Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 28 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA~ ('-')/

Assalammualaikum~ w.b.t



  • Alhamdulillah...
Di izinkan lagi aku hidup pada hari ini, memegang gelaran sebagai isteri kepada cik abang yang nun jauh di mata tapi selalu dekat di hati.. Siapa menyangka, siapa menduga.. Setelah sebulan menjadi tunangan orang aku akhirnya kini telah pun mendirikan rumah tangga bersama insan yang telah berjaya memenangi hati keluargaku.. Atas izin Allah semuanya..

  • Sejak 9. November. 2012...
Kini sudah genap 19 hari memasuki fasa baru, semuanya aku syukuri kerana penantian selama ini akhirnya bertemu jawapannya.. Syukur sangat, ada bahagia dalam halalnya perhubungan.. Anugerah terindah.. Tanggungjawab baru, keluarga baru dan segala yang serba baru kecuali aku orang yang sama namun tetap berbaeza dari segi emosi dan banyak sudut untuk membina rumahtangga yang harmoni lagi diredhai insyaallah.. Sekalipun telah diikat dalam akad, hubungan ini teruji jua saat harus berjauhan kerana komitmen pada kerjaya.. Namun itu tidak menghalang cinta yang baru sahaja berputik diantara 2 hati ini..

  • Teringin benar aku kisahkan...
Perjalanan menuju ke jinjang pelamin.. Bagaimana konflik itu dan ini serta pelbagai peristiwa yang mengganggu emosi.. Akan aku usahakan kiranya punya kesempatan.. :) Blog ini sesungguhnya sangat sunyi, usaha ku untuk menambah follower pula selalu bertangguh.. Semoga punya kesempatan.. 

  • Cukup dulu bicaraku..
Kalau di ikutkan hati banyak benda nak cerita cuma boleh jadi kaku pula depan pc ni hihi.. Insyaallah akan bersambung..

p/s:
Dalam mengharungi kehidupan jangan takut di lambung ombak.. Banyakkan sabar dan istighfar..

('-')/Nur_hani


Thursday 25 October 2012

Cemburunya..

Cemburunya~ (//_\\)

Assalammualaikum,


Sebenarnya aku "cemburu" baca blog orang, banyak yang update blog masing-masing dan aku pula tak ada masa jak memanjang.. Pastu asal nak publish something jak mesti ada halangan.. Lama benar aku tak menitipkan kata-kata di blog yang sekian lama terbiar.. Semenjak raya aidilfitri rasanya dah terbiar.. Kisah raya pun aku tak sempat cerita lagi.. So, untuk melepaskan kerinduan aku nak cerita sikit-sikit apa yang dah berlaku:

Al-kisah, bermulalah di sebuah padang pasir.. Hehe.. :


OGOS
  • Tarikh 1 & 3 syawal 1433, pertemuan 2 buah keluarga.. Sejak dia menyatakan hasrat untuk menjadikan hubungan ini halal pada 9 Ogos 2012 selepas dia solat istikharah akhirnya dia bulat dengan keputusan.. Saast itu juga fasa demi fasa telah tersedia buat kami berdua..Si dia menyatakan hasrat untuk ke rumah nak bawa seisi keluarga berkenalan dengan my family.. Seriously? Memang serius, dan aku berdebar tunggu waktu tu.. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Kehadiran mereka seisi keluarga ibaratnya merisik khabar, hihi tersipu malu aku di buatnya.. Penuh ruang tamu dengan mereka sekeluarga ada bahagia sukar ku gambarkan.. Thanks Allah, anugerah buat ku.. Selang sehari kami pula membalas ke rumah si dia,untuk pengetahuan korang jauh juga perjalanan nak ke rumah si dia.. Kalau dia tak ambil kat pekan entah pa jadi, rasanya drive sendiri sesat agaknya hehe.. Adik aku yang baru jak kuarkan kereta rasanya berdebar bawa kereta baru dia hehe..Terdetik di hati aku juga tentu rumah atas bukit, ternyata tekaan ku benar belaka.. Satu peristiwa yang adventure.. Tapi ada ukhwah terbina alhamdulillah.. ('-')/
  • Selepas beberapa hari raya, kami melalui perbincangan telah membina kata sepakat untuk meneruskan segala perancangan.. Satu-persatu urusan di notakan sebagai ingatan,dan setiap minggu ada sahaja hal yang harus kami selesaikan bersama.. Susun atur urusan sudah dicatatkan tinggal menanti waktu untuk dilaksanakan..
  • Banyak juga yang cuba menyatakan ketidak senangan mereka akan niat ini kerana kata mereka terlalu muda.. Aku enggan menyatakan suara untuk membalas bicara itu, tapi di hati ku ada doa moga Allah beri kefahaman kepada orang-orang ini akan niat hati kami.. Moga Allah redhai keputusan ini, amin..
SEPTEMBER
  • Bermulalah sudah persiapan ke arah majlis besar nanti.. Bermula dengan majlis pertunangan yang akan berlangsung sebulan dari sekarang.. Persiapan pun kami bincang dan cuba buat bersama sekalipun kami masih kekok saat bersua.. Masa beli barang hantaran, kami bawa kaka dia sekali jadi ada juga orang tengah yang boleh tolong kami berkomunikasi.. 
  • Hujung minggu, itu sahaja masa yang kami ada.. Aku meninjau dan buat perbandingan harga sambil tu buat perbandingan harga barang-barang untuk di buat hantaran.. Syukur alhamdulillah, kami dapat jaga batasan dalam pergaulan sebab dia bawa kaka dan anak buah teman kami beli barang.. Walaupun pada awalnya aku gementar jumpa ipar tapi atas izin Allah aku dapat juga bawa diri.. ('-')/ Hehe.. Macam-macam barang dah beli, mana kain, wangian, dan macam-macam yang berkaitan.. Walaupun ada yang tak beli lagi, sekurang-kurangnya dah ada jadi aku perasan juga ini benar-benar dan bukan mainan.. Tq Allah, syukur alhamdulillah kerana banyak juga urusan yang di permudahkan.. Seminggu ini urusan barang hantaran jak pun dah penat, doaku semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik.. Sepanjang seminggu, setiap malam ku menjadi sibuk sebab nak buat gubahan pelbagai bentuk, mujur ada kawan serumah yang prihatin sesekali turut sama memberikan idea dan membantu menghasilkan gubahan.. Aku memilih warna ungu tema untuk pihak lelaki dan pink untuk pihak perempuan.. Aku siap cari kat google lagi cara-cara nak buat gubahan.. Asal jumpa yang berkenan aku terus print, siap buat buku scrap lagi hehe.. Kelas kau jahhh.. Hihi, hehe, haha..
  • Sepanjang persiapan itu kami juga berdua pun macam pasangan lain  juga kena buat ujian saringan HIV di hospital, mengikuti kursus pra-perkahwinan, dan kena isi borang nikah dan macam-macam lagi.. Memandangkan parent tak nak tunang lama-lama kami akur dan faham akan niat mereka.. Semoga Allah bantu kami jaga batasan dalam perhubungan hingga di halalkan perhubungan..Majlis pertunangan di awalkan atas permintaan pihak keluarga si dia..
  • Sepanjang perjalanan sebelum majlis, pelbagai halangan dan ujian, hati dan emosi ini hanya Allah Maha Tahu segala sesuatu.. Tiada kekuatan melainkan dengan izin-Nya.. Penantian yang menguji hati dan iman ku sebagai manusia biasa..
OKTOBER
  • Semakin hampir saatnya, semakin kuat ujian ni.. Tak boleh patah balik, kena go on.. Be strong! 
  • Sesungguhnya aku dah mula merasa bahang debaran yang teramat sangat.. Detik itu semakin menghampiri dan terasa berbeza rasa ini, tak dapat aku memberi bayangan hanya mereka yang melalui fasa ini  dapat benar-benar mengerti maksud ku ini.. Semakin dekat waktu itu semakin gementar pula ahaiii.. 
  • Tiba hari di nanti majlis pertunangan.. 6 oktober 2012 tarikh keramat yang menyaksikan 2 buah kelaurga bertemu memberi restu hubungan ini untuk bersatu.. Aku bangun seawal pagi, menyiapkan diri berwangi-wangi hehe.. Final touch, fuh sempat lagi buat semula hiasan coklat gara-gara di serang semut.. Pergh, masa punya singkat mana nak buat gubahan buah lagi.. Hihi, pressure juga lah aku di pagi hari.. Bagi mengurangkan tekanan aku minta tolong adik aku Nana inaikan jemari aku ni.. Masa itulah juga ada tangisan dan senyuman serta debar perasaan yang sangat bercampur-baur..
  • 11.00 pagi acara bermula.. On time si dia datang bersama rombongan keluarga.. Aku yang menanti di ruang bilik tak putus-putus selawat dan berdoa moga urusan majlis dipermudahkanNya.. Pada hari itu aku dan si dia mengenakan warna merah jambu.. Sangat sweet, sempat lagi blackout jap.. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk meneruskan majlis.. Saat dipanggil keluar aku begitu tenang alhamdulillah.. Sana sini aku nampak masing-masing dengan kamera dan aku seolah jadi perhatian seketika.. Owh, just like an artist perghhh.. jangan marah.. Kamu dapat imagine tak suasana tu? Hehe.. Acara pun bermula.. Ada yang mencuit hati n ada juga suasana serius seketika, berselang dengan senyum penuh makna.. Saat cincin di sarung itulah tanda 2 hati mengikat janji.. Pelukan penuh makna dari bakal mentua menghadirkan kesyukuran yang teramat.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Semoga dapat membina hubungan yang harmoni hendaknya.. Selesai semuanya sesi bergambar dah tentu tak ketinggalan, di susuli dengan majlis makan-makan sambil beramah mesra dengan tetamu dan majlis bersurai.. Lega..
  • Sekarang sudah bergelar tunangan orang, darah manis lah katakan dan pada masa sama kami sama-sama siapkan diri dengan ilmu untuk ke satu fasa lagi.. Moga Allah pimpin hati kami berdua di jalan ini.. S-A-B-A-R, itulah yang kami kena selalu terapkan sambil tak putus berdoa apalagi dalam jarak ini.. Masih rasa dekat di hati, e-mail dan telefon kan ada.. Plus doa dalam solat juga jadi penguat, insyaallah.. ('-')/
Okey sekian dulu buat masa ini.. Tentang tragedi bulan oktober sabar menanti sambunganya.. mekasih pada yang sudi membaca kisah ini.. Tentang gambar nanti lau ada kesempatan akan cuba kongsikan..


p/s:
Siapkan diri dengan ilmu.. Pada masa sama cuba baiki hubungan dengan Allah, ibu bapa, keluarga dan insan sekeliling.. Positif lah selalu walaupun kalut dan kusut menjengah hari kamu.. Anyway, Selamat Hari Raya Korban kepada yang meraikan.. K, kata-kata akhir istighfar jom..

('-')/ Nur Hani

Monday 6 August 2012

di jambatan kasih~


Assalammualaikum wbt~
Sepinya blog ku tanpa kisah, dan tanpa kehadiran new followers.. Ahai, tak pe.. Kamu tak rugi apa-apa pun Nur Hani.. (: Hehe.. Tapi ku masih mahu berterima kasih dan mohon maaf kalau ada salah silap kepada yang sudi berkunjung dan meninggalkan komen..

Walaupun belum tahu ada yang sudi nak ambil tahu kisahku, aku masih mahu menitipkan peristiwa-peristiwa yang ku kira seronok untuk aku kongsikan.. Sesungguhnya ada bisik hati yang penuh ketulusan mengharapkan sedikit penjelasan dan pengertian.. Akhirnya terluah makna di balik kehadiran..

Sekian lama hanya berhubung melalui peti pesanan ringkas, tanpa suara.. Dia yang dulu suka menyakat dalam kejauhan Allah jadikan kami rapat.. Kuasa Allah.. Tak pernah aku terlintas mamat ni menjadi penting kini.. Walaupun begitu tiada pertemuan berdua, sebaliknya ber3 itupun sebentar cuma.. Jarak ini pada aku cara Allah pelihara hati dan iman kami ber2.. Semoga kami memahaminya.. Sekalipun aku tak di sisi kamu, aku tahu Allah tetap ada bersama kamu.. Begitu juga aku, sekalipun kamu tiada Allah masih ada untuk menemani aku.. Begitulah aku mengingatkan diri agar menjaga batasan dalam hubungan ini.. Rasa lebih "eksklusif" pula relation ini.. 

Sama-samalah kita tambah ilmu pengetahuan agama, baiki hubungan denganNya dan ibu bapa terutamanya.. Aku berusaha baiki kelemahan diri bukan untuk kamu tapi untuk Allah.. Sebab aku nak jadi hamba Allah yang selalu mencintaiNya.. Aku perlu selalu kuat, tabah, redha, dan sentiasa meletakkan pergantungan dan harapan hanya padaNya kerana itu fitrah kita manusia.. Makin kita jaga hubungan dennganNya makin terpelihara kita di sisiNya..

Aku mahu ajak kamu perbaiki akhlak dan peribadi agar tampak indah pada pandangan Ilahi.. Sebelum aku layak menjadi pilihan kamu dan sebelum kamu menjadi pilihanku sebaiknya kita bersedia dari semua sudut.. Siapapun jodoh kita sekurang-kurangnya kita telah menyediakan ramuan untuk menciptakan bahagia dan keharmonian dalam alam rumah tangga  pada masa depan insyaallah..
Raya yang bakal tiba mendebarkan aku, niat kamu untuk mengenali ahli keluargaku pada aku satu pertemuan penting yang harus aku notakan dalam diari.. Aku ingin menyiapkan diri sebelum bertemu bakal mentua nanti.. Semoga Allah bukakan hati mereka terima aku apa adanya, kerana keluargaku telah siap untuk menerima kamu apa adanya.. Hari raya ke 2 tarikh pilihan, aku berdoa semuanya akan berlangsung dengan aman dan tenang insyaallah.. 

Sepertinya kamulah orang yang ku nanti dalam doa-doa selama ni.. Syukurlah, dalam bulan ramadhan ni dapat juga kita buat qiamulail.. Walaupun berjauhan, rasanya doa telah buat kita rasa dekat antara satu sama lain.. Erm, moga kita dapat istiqamah pelihara ibadah dengan Allah hingga akhir hayat insyaallah.. 


p/s:
Korang puasa ok ka? Aku penuh setakat ni.. Alhamdulillah.. Semoga ibadah kita di bulan puasa al-mubarak ni di terima di sisiNya.. Amin, terawih jom~ (:

('-')/ Nur Hani