Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 30 June 2011

speCiaL edition! ('-')/

Nyummy. . . i like!


Uniknya seni.. tumpah bha air ni! hehe

Inspirasi di balik kedamaian laut, memikat hati mecipta kerinduan!
(huhu, nak pergi lagi tmpt ni..)




jeng! jeng! jeng! ni lah ikan yang terpilih tuk di masak 3 rasa..
harga RM25.00, leh tahan harga..


Hah ni lah ni rumahku syurga ku.. barisan2 gmbr yg bg ilham.. chewah!


Membaca menambah ilmu.. jd rajin2lah membaca..



Aku tak rasa nak cakap banyak hari ini.. Gambar khas untuk tatapan anda.. Harap anda suka lah ya..

p/s: kadang-kadang lebih baik DIAM..


('-')/ nur_hani

Wednesday 29 June 2011

Gelabah, kenapa?

12:43 pm
Suasana pejabat huru hara seketika.. Pemeriksaan fail meja, kebetulan Mr. H jadi pemeriksa dan aku pulak yang gelabah.. Kenapa gelabah ni? Aku mengelak lagi, dan senyuman gagal aku pamerkan, dia tanya pun aku tak pandang muka.. Salahkah aku? dia nampak serius menyemak, dan aku tak berminat nak ambil tahu.. Hari ni dia kelihatan segak, baju taris merah dengan rambut belah tepi dan senyuman "extra sweet", opss.. Astaghfirullahalazim.. Tapi pastinya aku tak tersenarai dalam perhatianya maklum sahaja berdepan dengan banyak fail meja yang perlu di semak, jadi cikgu lah nampaknya.. begitu gelak hati ku.. hehe

1:10 pm
Alhamdulillah, merasa juga aku nasi ayam air tangan kak N.. Syukur alhamdulillah, dengan izinNya aku dapat menikmati hidangan tengahari yang meriah ni.. Mr. H pun sempat merasa menu hidangan sambil menyemak fail meja yang berselerakan.. Aku memang tak boleh pandang dia owh..

Beberapa bulan sebelum aku tamat kontrak, dan aku begitu sibuk memikir apa "next plan" yang samar-samar ni.. Maklum sahaja masa terlalu pantas berlalu, tanpa sedar sudah di bulan jun dan bakal menyusul julai.. ramadhan menanti untuk menghadirkan malam yang lebih damai, di ikuti dengan hari raya yang bakal di rai.. Solo lagi, mana agaknya bakal suami ku tika ini? ('-')/ hehe

Berita gembira ingin ku kongsi, adik aku dapat kerja, sambil belajar.. mudah2an jadual kerja dan belajar dapat dia bahagikan dengan baik dan moga Allah permudahkan.. Pada masa sama dapat lah menampung belanja dia smentara menunggu PTPTN.. moga dia sukses hendaknya, tak pernah lupa mendoa kejayaannya..

Aku melihat diri ku di cermin dan tersenyum.. Akhirnya awan hitam itu berlalu, begitulah kata ku pada diri.. Erm, keyakinan ku bahawa kesabaran ubat mujarab walau pahit tapi ia bermenfaat.. Aku yang dahulu takut berdepan dengan hari-hari kini semakin ceria dan positif dalam melalui satu hari ke satu hari berikutnya.. Alhamdulillah, cinta ku pada Allah seakan bertambah, dan ada ketika ujian sudah begitu biasa pada mata ku.. Hanya saja apabila melibatkan keluarga, hati ini terusik jua hingga kadang menitis juga permata berderai.. Bila hati hancur luluh saat itulah insan dapat melahirkan kesungguhan dalam DOA, kerana itulah bukti lemahnya kita tanpa Dia.. AllahMaha Kuasa..

2:00pm
Nak mulai waktu kerja semula, pening lah pulak.. Fikir hal rumah boleh buat serabut, macam-macam hal dan rakan serumah akan berkurang.. Semalam sempat lah makan-makan sedikit dan melayan jiwnag sebentar di pantai Tanjung Aru sempena hari-hari akhir member serumah tu kat sini.. Ramai juga orang semalam, ada berdua dan sekumpulan pun ada, lepak-lepak hirup angin pantai pastu balik..

Cakap sal rumah, terasa nak pindah pun ada tapi tak tahulah fikir panjang dulu terlalu banyak yang mengganggu ruang fikir macam berat berkati-kati.. Sabar nur hani, separuh dari iman tu..

Menanti panggilan temuduga, belum sedia apa-apa.. Apakah yang patutnya aku sediakan?
-pengalaman kerja?
-isu semasa?
-pekeliling?
-wht else?

2:22 pm
Sunyi semacam, dengar bunyi keyboard n mouse jak dan radio yang tak berhenti melalak.. bla bla bla.. ngantuk pulak.. betul orang kata mulut ni 1 sebab kalau dua takut tak reti diam nak bercakap jak, lagipun salah dalam bicara boleh mengundang padah.. "So be carefull with your words".. 

3:02 pm
KERJA.. ikhlas kah kita? buat "extra job" tapi "payment" sama saja, tapi tanpa sedar kita sebenarnya dapat "extra mark" tuk pahala insyaAllah.. Tapi yang utama kena telus, tepuk dada tanya iman.. Sikit lagi nak siap, "fighting!"..

p/s: "Bila perlu bicaralah, jika tidak sebaiknya DIAM.."

('-')/nur_hani

Tuesday 21 June 2011

. . . Tak Tahu apa harusku Laku,

Bismillahhirrahmannirrahim..

Maafkan aku Mr. H,
tak berniat aku berbuat begitu,
apatah lagi saat sering kita bertemu,
tingkahku memang semulajadi begitu,
harap kamu tak berkecil hati dengan aku..

Aku cuba untuk baik-baik sahaja, namun nyata gagal jua..
Ya Allah.. ampuni hamba Mu.. Bukan ku mahu begitu..
Sepertinya ada sesuatu yang menghalangi aku..
Mungkin masih perlu WAKTU..
biar masa menjawabnya..

Biarlah rahsia ini ku DIAM kan saja..
('-')/nur_hani

Monday 20 June 2011

Ujian Tuhan..

7:00am
Aku demam dan seakan lemah seluruh anggota, malah untuk bangun pagi pun aku sehabis daya memujuk anggota untuk bergerak.. Aku semalaman berbalut selimut kerana kesejukan hingga sanggup tidur di sofa ruang tamu untuk mngelak terkena kipas demi menhormati rakan sebilik.. Pagi itu aku cuba bersenam selama setengah jam untuk mengeluarkan peluh dari badan agar rasa lebih selesa.. Alhamdulillah aku dapat juga buat dan sedikit segar.. Aku berehat sebentar dan kemudian mandi sbelum membuat sarapan pagi..

9:00am
Aku menyediakan bahan untuk memasak sup ayam.. Al-maklum selera orang demam.. Ku sengaja lebihkan halia untuk wangi dan buang angin.. Menu yang berjaya membuka seleraku.. Ya Allah, ujian ini terlalu kecil dan moga aku tidak mengalah.. Astaghfirullahalazim.. Alhamdulillah..

Seharian aku di rumah, kesihatan tidak mengizinkan aku untuk bekerja.. Aku cuba untuk tidak mengadu dengan ujian ini kerana "aku harus positif terhadap semua ini.." Begitu kata suara hati kecil ku..

11:00am
Beristirehat dan membaca buku..

selebihnya rutin biasa dan aku sedaya ku melawan sakit yang aku rasakan.. Terasa ada kekosongan cuba ku isikan dengan zikir & istighfar..

"Jangan biar masa lapang terisi dengan kemurungan, bimbang mudah di bisiki oleh syaitan"

('-')/nur_hani

Friday 17 June 2011

HIDAYAH itu kehendak Allah..

10:00am
Subhannallah, Alhamdulillah.. Sekali lagi, jumaat telah muncul setelah 5 hari bekerja.. Ketibaan hari ini dinanti-nanti oleh ramai.. Terutama yang hatinya kerinduan untuk merebut pahala yang banyak pada hari yang cukup indah ini.. Untuk aku ilmu ku perolehi lagi, Alhamdulillah.. 

HIDAYAH, ada yang menanti, ada pula yang mencari, dan tak kurang yang tak ambil peduli.. Manusia punya otak untuk berfikir, punya anggota untuk melaksana, dan punya hati untuk membina niat.. Aku tumpang gembira untuk mereka yang beroleh hidayah dari Allah serta istiqamah dalam mendekati Allah.. Aku juga berdoa agar bisa istiqamah dalam mencari redha dam ampunan Allah..

1 bicara dari penceramah agama begitu kuat melekat pada minda, "Jangan terlalu gopoh dalam ibadah.." Buatlah berperingkat, agar terus melekat.. Itu yang aku cuba buat, dan aku akui cubaan cukup kuat terutama saat memasang niat.. Awalnya kelihatan kemas namun dalam melaksana ada ketika kita salah dalam tingkah.. Ya Allah, aku telah menganiaya diri sendiri, mohon ampunanMu kerana aku bimbang sesat dalam perjalanan mendekatiMu Ya Tuhan.. Astaghfirullah al-azim..

10:45am
Sejak isnin lalu hatiku telah menanam azam baru, dan aku cuba usahakan.. Tapi setiap kali mencuba, kesempatan itu terlepas dan selangnya hanya beberapa saat.. Namun aku yakin ada yang Allah rancangkan.. Mungkin ada hikmahnya begitulah pujuk ku pada hati.. 

11:00am
Ada pula kawan sekerja jual kain, kebetulan tak lama lagi puasa.. Banyak juga yang membeli, aku pun sama.. Hehe..Beli untuk aku dan adikku..

Aku perasan tanggungjawab semakin besar, dan aku seakan merasa kedewasaan.. rindu zaman anak-anak ku.. Masa begitu pantas berlalu, begitu kataku pada diri sendiri.. Ya Allah, jangan biar aku rebah dan mengalah dengan ujianMu.. Terus simpan kesabaran Alhamdulillah.. Ya Allah kirimkan aku kekuatan dan keteguhan iman.. Jangan biar ku sesat tanpa arah tujuan..

1:35pm
1 minggu ini aku bersyukur dapat bersenam 3 hari berturut-turut.. Terasa sihat, tapi makanan yang aku pilih tak sihat.. Kena sungguh-sungguh kali ini, nak tukar pola pemakanan.. 

Beberapa jam lagi sebelum pulang kampung.. Kesihatan teruji, supaya aku kurang bercakap agaknya.. Moga aku selalu positif.. 

p/s:
"Jangan putus asa berdoa walapun belum memperoleh jawapan, simpan ikhlas_sabar_syukur.."

('-')/nur_hani

Monday 13 June 2011

Cari tenang dalam kekalutan..

5:45am
Bismillahirrahmanirahim.. Pagi ini aku agak kelam-kabut.. Selalunya aku akan bangun awal untuk menyediakan sarapan dan memulakan hari dengan ketenangan yang lagsung tidak mengejar masa.. hari ini aku terpaksa mengejar masa.. Syukur aku masih boleh memujuk tubuh untuk menggerakkan tiap anggota untuk pergi bekerja..

7:25am
Aku tiba di pejabat, terasa penat dan lemas anggota.. Kurang tidur agaknya, aku membawa mata tidur dalam 5minit.. Alhamdulillah aku dapat menyegarkan pagi ku.. Semangat pulih semula, dan kekusutan jadi lega dalam kedamaian.. Kemudian aku mencari-cari sarapan, Asia City jadi pilihan bersama teman..

8:00am
Tugas bermula, aku memasang fokus.. Cuba positif dan terus senyum untuk membangkit motivasi dan "energy".. 

1:15pm
"Lunch McD", kawan sekerja belanja.. Alhamdulillah moga murah rezekinya.. Rehat, solat dan bertugas semula..

Terima mesej dari adik, perlukan pertolongan.. Aku cuba membantu sedayaku, maklum sahaja "student" jadi aku fahamlah situasinya kerana aku pernah melaluinya..

3:00pm
balik kerja nanti nak "jogging".. Harap aku kuat untuk melaksanakannya.. Mahu menjalani hidup yang sihat.. =)

p/s untuk diri:
Hati akan tenang kalau dapat membantu orang lain keluar dari permasalahan.. InsyaAllah..

('-')/nur_hani

Sunday 12 June 2011

Pengisisan Hari Ahad ku..

6:50am
Bangun agak awal, walaupun tubuh kepenatan.. Aku cuba memulakan hari dengan senyuman lalu menyusun jadual aktiviti pagi ini:

7:00am\ cuci kain..
7:30am\ sarapan pagi..
8:30am\ jemur kain..
9:00am\ menonton televisyen..

Selepas semuanya terlaksana seperti yang di rancang aku memilih untuk berehat, penat yang amat menyebabkan aku yang jarang tidur petang terdorong untuk tidur.. Lebih kurang jam1 petang aku menerima mesej dari "my bestfriend".. Aku menerima ajakan untuk keluar "jogging".. Aku sangat teruja dan terus setuju, temujanji kami pada jam4 petang dan aku tak sabar menanti..

4:05pm
Aku sudah bersiap, dan kami kemudian bertolak  ke Taman Rimba Tropika berhampiran Jabatan Pertanian.. Kami bertiga termasuk adik kesayanganku begitu teruja untuk ber"jogging".. Suasana agak meriah, ada yang datang sendiri, dengan pasangan, tak ketinggalan yang datang seisi keluarga.. Sebaik meletakkan kereta kami bersedia memulakan aktiviti riadah dengan berjalan kaki kemudian lari anak seterusnya "jogging" mengikut rentak sendiri, kami saling kejar mengejar..

Sesekali berjalan kaki menhayati sekeliling aku dapat melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti termasuk tai chi, bermain badminton, ayunan, jongkang jongkit dan senam robik.. Yang paling menarik perhatian aku bila ada bapa-bapa yang mendukung anak mereka di atas bahu membuat aku sedikit cemburu.. Tapi aku tumpang bahagia melihat situasi begitu.. Hati ku berdetik mudah-mudahan aku juga bisa membina keluarga sihat dan bahagia.. amin..

Tanpa sedar aku telah berjaya membuat 6 pusingan, dan kami kemudian berehat seketika di tangga menghadap ke jalan raya.. Kami sempat bertukar cerita tentang perkembangan masing-masing dan saling bertukar pendapat.. Aku lega "my bestfriend" sudi berkongsi kisahnya dan aku harap aku telah memberi nasihat yang berguna..

Selesai berehat aku sempat bermain 1,2 cus di tangga dengan adik kesayanganku.. Akhir sekali kami berangkat ke Grace Point untuk minum petang sambil bersembang.. Macam-macam gelagat manusia, yang paling aku tak selesa ada pula "uncle" yang bawa anjing ke taman padahal sudah ada papan tanda larangan membawa binatang peliharaan terutama anjing.. Hairan, tak nampak atau buat-buat tak nampak?

Lebih kurang jam6 lebih kami berangkat pulang.. Badan rasa segar, berehat sebentar kemudian mandi.. Otak sudah ligat memikir mahu saterika baju, kemas barang dan nak menonton AF9 konsert final..

9:00pm
Masing-masing (rakan serumah) mencari tempat duduk, masa untuk menonton konsert.. Aku banyak berdiam dari bicara.. Hanya menyampuk bila "ngam" tajuk.. 

Persembahan yang paling di ingati persembahan Nera, Hazama dan Fina.. Yang lain tak nak komenlah.. Hazama menang dan sesuailah sebab dia paling ok "last night".. Tahniah, moga tak lupa diri..

12:00pm
Aku mensaterika baju untuk seminggu, tenaga sedikit "low" tapi masih segar.. Sebaik selesai, barulah aku boleh tidur.. berakhir sudah ahad ini, sehingga jumpa lagi.. Assalammualaikum..

p/s untuk diri:
Selalulah melakukan "kebaikan sebagai satu tanggungjawab"  yang harus di ikuti dengan keikhlasan beserta kesabaran, dan JANGAN pula menganggap ianya sebagai 1 BEBAN! ingat, Tuhan yang membuat penilaian pada setiap perbuatan.. 

('-')/nur_hani

Saturday 11 June 2011

Hujan rahmat..

6:24pm
Pagi sabtu, jam5 subuh aku sudah bangun dan bersiap sedia untuk acara penting hari ini.. Jujurnya aku tidak bersemangat untuk memulakan acara hari ini, namun sebaik jam loceng berbunyi aku segera duduk dan menadah tangan memohon diberi kekuatan untuk memulakan hari ini lagi.. Alhamdulillah aku dapat memujuk hati untuk bersiap.. Pemilihan baju warna hitam, tudung kelabu, aksesori pula jam tangan, rantai sempena hadiah hari lahir baru-baru ni, dan cincin.. Aku mengenakan kasut tumit tinggi 3 inici, berwarna putih..  Sedikit bedak, celak mata, gincu merah jambu dan aku telah bersedia.. Penampilan yang meyakinkan aku untuk memulakan hari.. Tepat jam6:30 seperti yang di janjikan aku menunggu di ruang tamu sebelum di jemput menghadiri majlis pagi ini..

Lebih kurang jam7, persiapan saat akhir masih dilakukan aku turut sama membantu.. Acar bermula pada jam10 lebih kurang, maklum sahaja menanti ketibaan VVIP..

Hujan lebat di luar, tapi aku tak menyedari maklum sahaja dalam dewan.. Namun cuaca itu langsung tidak menjadi halangan untuk meneruskan majlis.. Tugasku sebagai urusetia hadiah dan penyambut tetamu tidaklah terlalu berat dan tidak ada pula yang terlalu menarik sepanjang acara tersebut.. Semua sama seperti acara lain, ada perasmian, ucapan, persembahan dan makan serta penyampaian cenderamata. Tapi yang utama info tentang 1 Malaysia dan sedikit pesanan buat setiap anggota berhubung tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat.. 3 perkara yang melekat di minda ku Informasi, Interaktif, dan Inovatif.

Aku sempat mengambil gambar dan beramah mesra dengan kenalan baru, suasana agak meriah dengan kehadiran jemputan yang memenuhi ruang lobi dan dewan Hotel Promenade.. Hari ini Mr. H kelihatan serius, aku pula yang rasa janggal agaknya dia marah kat aku.. Tapi untuk apa kalau, mhm.. Apapun aku harap ini tidak akan berlanjutan tak tahu dari mana mahu mulakan.. Ya Allah, tak mahu bermusuh..

Alhamdulillah, acara berjalan lancar dan semua orang kenyang perut dan senang hati..

7:00pm
Aku tiba di rumah hampir jam2 petang.. Penat berehat seketika dan kemudian aku cuba melelapkan mata.. Lewat petang aku bawa adik pergi bandar, nak beli barang dapur dan lain-lain.. Sempat pula aku di khabarkan ada kawan serumah yang berderita hal rumah di FB.. Tak ke aib tu cerita hal kat rumah kat orang lain secara langsung si FB plak tu, tak faham nak marah bukan budak lagi.. Ada otak fikirlah.. Agaknya betul kata sasterawan negara, anak muda sekarang kurang mengenali bahasa indah kerana itu kurang adab sopannya..

Pasa masa sama tengah menunggu bus, aku dan fikiran merayau-rayau.. Ya Allah bantu aku untuk tenang melalui hari ku.. Hanya itu mampu ku bicara kepada hati dalam rasa gundah-gulana..

Jam4 petang, suasana di "shopping mall" sangat ramai dan padat.. Aku singgah si "cyber cafe" untuk update blog dan FB.. Sambil tu layan lagu kat youtube.. Tenagh seronok sunyi-sunyi buat bising pula budak-budak di sini, mhm.. "keep do my job".. k, tu jak lah perkongsian hari ini. Hingga bertemu lagi.. InsyaAllah isnin nanti..

('-')/ nur_hani

Friday 10 June 2011

Kesyukuran dalam Sebuah Kedamaian..

9:15am
Jumaat, hari ini hitam dan kelabu menjadi pilihanku.. warna yang sedikit kelam-kabut tapi masih memberi keselesaan.. Alhamdulillah, hari ini aku di hantar ke pejabat oleh mama.. Kebetulan mama hantar pak cik ke "airport" pagi ni jadi singgah lah sebentar mama jumpa anak manja dia ni.. Hehe.. Nama jak kaka tapi manja.. Itulah aku, suka di manja, tapi hakikatnya aku sering berdikari..

Semalaman aku memikir dilema akhirnya aku memilih jawapannya.. Semoga tiada pihak yang berkecil hati.. Hari ini aku menangis dari hati yang terdalam, bukan kerana amarah bukan pula benci tapi kerana kesyukuran kepadaNya atas segala kedamaian yang aku bisa rasakan di hari-hari ku.. Jumaat ini benar-benar ku kesyukuran.. Itulah perasaan yang membuat aku merasa kerdil dan lemahnya diri tanpa kasih sayangNya.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan aku tidak layak sesaat pun melupakan Dia yang sentiasa ada dan Maha Melihat hamba-hambanya.. Sehingga tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatianNya.. Allah Maha Hebat..

Kitaran hidup, ada fasa-fasa yang perlu kita lalui sebelum memperoleh kejayaan.. Seharusnya kita tidak mempersiakan tiap kesempatan, namun ada ketika kita merasa selesa hingga terlepas pandang beberapa hal tapi selagi punya akal gunakanlah ia untuk keluar dari apa jua permasalahan..

11:09am
Syukur dah gaji.. Gembira.. Pada masa sama banyak hal yang menunggu untuk diselesaikan.. Semoga segala yang dipelan dapat di laksana dengan jaya.. amin.. Kejap lagi aku nak keluar makan dan beli barang kat CP..

3:05pm
Tadi ada perbincangan urusetia untuk acara esok.. Aku sangatlah teruja tapi gementar maklumlah acara tu melibatkan menteri-menteri.. Mudah-mudahan berjalan lancar, amin.. Tugasan nampak mudah, tapi protokol tu yang utama.. Aku pilih baju simple jak janji "nice" hehe.. Okay, "be ready!"..

Memikir hadiah untuk "my dad", maklum sahaja hari bapa.. Rindu kat bapa, tadi telefon dia lepas juga rindu.. Sempat juga menerima pesanan dari bapa, tiba-tiba terharu apa pun mudah-mudahan bapa sihat-sihat saja.. Mama pun, rindu nak peluk mereka, sayang kamu cinta hati ku..

"Jika persoalan serasa menyakitkan, nantikan jawapannya dalam kesabaran (kelegaan)"..

('-')/nur_hani

Thursday 9 June 2011

Kebetulan yang menyenangkan..

9:00am
Suasana pejabat ceria hari ini, aku pun sama.. Hari ini khamis dan merupakan hari batik bagi jabatan kerajaan.. Dan aku memilih biru sebagai warna pilihan, malah bukan aku seorang sahaja ada juga beberapa orang rakan dan bos-bos serta pengarah pun turut sama mengenakan warna biru nampak meyakinkan.. "Feel GOOD!".. Satu lagi kebetulan, sedang ceria ada pula rakan sekerja nak "spend" makan.. ewah, hari yang baik rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.. Dia ajak makan lepas habis waktu bekerja tapi bukan berdua malah kami bertiga.. Hehe, rasanya sempena TL yang telah lepas, haha janji mesti di kota.. Aku tak minta tapi dia yang janji, hehe rasa bersalah kot, apapun "happy" lah.. 

Ops.. ada pulak tiba-tiba Mr. H hari ni..Lama tak nampak, mhm entah kenapa kalau nampak dia aku susah nak senyum dia tak pernah sakiti hati aku cuma agaknya dek kerana geram dengan tingkahnya dulu masa pertama kali masuk ke pejabat dia bersikap agak kasar tu yang bikin aku geram.. Tapi, aku tak patut buat begitu, cuma minda aku telah di set setiap kali jumpa dia aku memang tak boleh senyum, terus wajah serius.. Padahal pernah juga Mr. H 2, 3 kali senyum masa kami terserempak di mana-mana majlis atau acara yang di anjurkan oleh jabatan cuma aku pula buat tak tahu.. Maaf Mr. H, harap-harap benda ni tak berlanjutan..

Semalam aku sempat titipkan beberapa kata-kata dari teman dan sedikit berkisar kisah dan pengalaman.. Moga dapat aku pegang sebagai pedoman.. :

Nilaian Allah pada Hati bukan pada Wajah..

JANGAN fikir apa yang terjadi pada silam kamu,
Tapi
 Fikir apa yang kamu ingin jadi pada masa depan kamu..

"Merebut kebahagiaan dengan Dendam 1 Kerugian, 
Tapi 
Menanti Kebahagiaan dengan Kesabaran 1 Keuntungan"

2:43pm
Riuh rendah bila sahut menyahut suara mendendang lagu anuar zain yang sedang berkumandang di corong radio yang nun di sudut.. Layan.. hehe, aku yang sibuk menaip sempat ketawa kecil melihat tingkah mereka.. Beberapa jam lagi sebelum pulang ada pula ni pengumuman khas, ada acara di hotel promenade sabtu ni bersama menteri.. Terus otak ini berfikir nak pakai baju apa? Pada masa sama membuat aku dilema lagi ada majlis "uncle J" juga.. Ya Allah, berikan aku petunjuk.. Mahu sangat hadiri majlis kahwin "uncle J" nanti ambil hati pula keluarga.. Antara nak jaga hati bos dengan keluaraga, tersepit di antara 2..

3:45pm
Berakhir dulu diari hari ini, hingga bertemu lagi esok hari.. Sekejap lagi makan "free" kawan "spend", menanti setengah jam lagi.. 

('-')/nur_hani

Wednesday 8 June 2011

Pagi ini dan seisinya..

7:20am
Alhamdulillah.. Hari ini suasana pagi mendung, tapi langsung tidak menjejaskan keceriaan di wajah ku seperti cerianya baju pilihanku iaitu kurung merah jambu yang buat diri rasa ayu.. Masih dapat menghirup udara yang segar di bumi bertuah..

Permulaan yang baik untuk hari rabu, dan kebetulan ada pasar tamu berhampiran tempat kerja.. Aku singgah di pasar tamu sebelum ke tempat kerja dan sempat membeli ayam segar, ubi jepun dan makanan untuk sarapan pagi (nasi lemak dan kuih-muih).. Mulanya nak makan bubur ayam, tapi abang "cute" tak jual plak hari ni.. atau mungkin aku terlalu awal..

sampai pejabat perkara wajib yang aku lakukan :

* hidupkan suis komputer, buka facebook dan blog kemudian "update my new acc.."
* sarapan pagi dan kemudian mulakan tugasan.. KERJA..

9:05am
Suasana pejabat agak biasa, namun ada beberapa perkara luar biasa.. Bos yang tak pernah marah buat pertama kali ku lihat tingkahnya yang berbeza dari biasa dan sedikit mengejutkan.. Tapi pada aku, dia manusia biasa ada ketika batas kesabaran itu tergugat.. Pada masa sama ada rakan sekerja yang sedang gementar menanti ujian memandu hari ini.. Sempat juga beberapa rakan sekerja memberi galakan dan nasihat, moga semua selamat dan semoga lulus hendaknya.. amin..

11:59am
Lalala, suasana ofis sunyi semacam rupanya ramai yang teda.. Tapi bos-bos sibuk ke hulu ke hilir.. Aku, "steady", "rest" jap.. Penat plak mata ni, asyik menghadap nombor dari tadi.. Lagu-lagu kat radio S wat aku nak tido lah pulak.. Ingat Tuhan nampak jangan curi tulang, itulah pesan yang memotivasi aku.. Pada masa sama tengah fikir menu tuk tengahari.. Nak makan apa erk? Maggi kot, atau tapau kat bawah.. Masih berfikir, tiba-tiba aku terdiam!*#$% Mhm, hati ku seketika rawan, mengenang betapa beruntungnya aku.. Kenapa? Kerana aku masih boleh membuat pilihan untuk di makan sedang ada di luar sana yang tiada langsung bekalan makanan apatah lagi pilihan.. Subhannallah, moga aku selalu jadi orang yang sederhana dalam semua hal, amin..

3:37pm
Cuaca luar panas, tapi kat pejabat sejuk yang amat, beberpa minit sebelum pulang suasana lengang.. Apapun syukur dapat laksana tugas dengan jayanya walaupun ada masa "sistem down.." Mudah-mudahan pekerjaan hari ini di kira sebagai ibadah di sisi Allah.. Amin,

Salam..

[Cermin diri ialah pada akhlak dan peribadi, moga dapat memeliharanya]
('-')/nur_hani

Friday 3 June 2011

Selamat Datang..

Ucapan Alu-aluan khas buat semua yang datang ke link ini.. Hari ini hari pertama Diari ini di lancarkan.. Sekadar ingin berkongsi kisah dan pengalaman hidup.. Semoga Kehadiran diri ini di terima baik oleh semua.. Itu saja untuk hari pertama insyaAllah akan menyusul ceritera hasil pengalaman sehari-hari.. Salam penuh kasih sayang buat kalian.. Nantikan esok, jika ada..




('-')/ nur_hani
Lokasi: Pejabat