Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 19 July 2013

KiTa WarNai HaRi iTu BersaMa~

Bismillahhirrahmannirrahim~

Assalammualaikum, wbt..


   Astaghfirullah al-azim dah lama benar aku membiarkan blog ini senyap tanpa kisah baru.. Mana tidaknya semenjak sibuk dengan perpindahan dan memasuki bulan ramadhan aku yang kat rumah ni pun sibuk mengurus itu dan ini.. Kesihatan pula sedikit terjejas mungkin masih menyesuaikan diri dengan tempat baru..Sejak awal bulan Julai aku sudah mulakan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa, dan aku akui janggal juga pada awalnya, sudah biasa bekerja lebih kurang 3 tahun.. Masa majlis hari tu sempat juga kawan pejabat buat majlis perpisahan.. Part yang paling sukar ialah memberi ucapan, suara dah beketar-ketar lepas tu boleh pula sebak nak menangis rasanya.. Hadoi, alangkah sedih rasa hati.. Tapi part favourite ialah posing dan dapat hadiah.. Huahua, dorang tau aku dah pindah rumah baru dorang siap buat collection untuk beli hadiah, orang bagi ambil jelah malu-malu lagi.. Syukur alhamdulillah dan terima kasih semuanya..



   Sudah melepasi 10 ramadhan, kini memasuki hari ke 11 seluruh umat islam di dunia menunaikan rukun islam ke 3 ni.. Aku pun macam suri rumah lain, asyik memikir juadah untuk berbuka dan merancang pengisian yang bermenfaat sepanjang ramadhan ni.. Inilah hikmahnya pindah kat sini, dapat juga berpuasa bersama suami tersayang dan menyediakan hidangan bersahur dan berbuka.. Kepada cik suami inilah anugerah buat kita, "SemOga KiTa LeBih poSitiF meWarNai HaRi-haRi yaNg meNdaTanG BersaMa!"~ :)

   Sepatutnya pada entri kali ini aku berkisah tentang trip ke Tawau pada bulan lepas, tapi nampak gayanya aku buat plan B.. Haha, plan B lah sangat, maka dah hampir hilang memori nak cerita pasal trip kat sana.. Hampeh bebenar aku ni.. Alahai Pn. Nurhani, apa dah jadi? :)

Tapi memandangkan aku dah buka cerita, apa kata aku cerita sedikit je lah ye, tentang perjalanan ke Tawau.. Sebenarnya pada hujung bulan  Mei yang lalu aku dan keluarga sebelah suami pergi ke Tawau untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar aku.. Sambil menyelam minum airlah jawabnya kan? Memandangkan kat Tawau terkenal dengan barang dapur macam kuali, senduk, periuk belanga, lesung batu dan apa sahaja lah yang melibatkan dapur dan yang paling extreme harga di sini lebih murah daripada beli di bandar.. Hah kalau dah tak percaya silalah datang sendiri hehe.. Nah, apalagi aku dengan sangat gumbiranya memasang niat untuk shopping.. Huahua, cik suami pun dah bagi green light.. Lagipun semuanya untuk rumah yang bakal kami tinggal bersama juga.. Anyway ada satu moment yang sweet untuk aku kenang iaitu suapan dari cik suami.. Seingat aku sebelah petang lepas majlis akad nikah aku dan suami mencari makanan untuk makan malam, sekurang-kurangnya tak lah kelaparan kat hotel nanti sementara menunggu majlis sebelah malam.. Nak di jadikan cerita, tempat baru jadi aku pun tak pandai nak cari tempat makan.. Bila sebut KFC cik suami pula naik muak, jadinya aku bercadang beli nasi dan ikan sardin plus limau, plus bawang, plus cili padi.. Cik suami lebih setuju menu yang ini, yang penting bukan ayam haha.. Siap jak beli bahan dan nasi bungkus 2 aku dan cik  suami balik ke hotel, dan aku pun buatlah persiapan apa yang patut.. Cik suami ada bawa juga pisau serbaguna jadinya senanglah kerja aku.. Tengah menyiapkan makan tu tangan aku terkena lukalah pula, entah bila kena dah la tu tangan kanan pula macamana nak makan ni? Aku pun tak perasan pasal luka tu, nasiblah dah siap semuanya.. Finally masa nak makan tak ada sudu lah pula, bila pakai sudu hotel mak ai patah lah pula.. Sungguh "sudah jatuh di timpa tangga lagi".. Jadinya memandangkan tangan aku pun sakit, terpaksalah cik suami suapkan isteri dia ni.. Syukurlah cik suami dengan senang hati sudi suapkan isteri dia yang manja sesangat ni, hadoi.. Hikmah jugalah semua tu, merasa juga suapan dari abang sayang aku hehe.. Rasanya itu jaklah kenangan yang menarik untuk aku kenang.. Tapi ada satu hal lagi yang aku teringat, sebelum majlis akad nikah ipar aku tu sempat juga aku minta make-up dengan biras sebab dia offer, ahai.. Mekasihlah sangat ye,walaupun.. hee :)

   Sambung pasal bulan puasa, alhamdulillah sejak pindah tempat baru ni dapat jiran pun cukup bagus.. Masa awal-awal pindah tu aku sempat juga pergi kenduri dorang jadi secara automatiknya aku berkenalan dengan dorang sekeluarga.. Inilah namanya semarak warna keharmonian hehe.. Sejak bulan puasa ni amalan bertukar juadah pun dah jadi kebiasaan, macam tak sangka aku akan dapat alami situasi macamni pada usia muda macamni.. Kalau masa kecil dulu nenek akan buat juadah dan aku jadi tukang hantar kali ni aku belajar buat sendiri walaupun tak lah teror mana yang penting ada usaha kan? Lama-lama nanti mahir lah tu macam masterchef, huahua.. Cute~

  Terkadang terasa sunyi juga, sebab jauh dari keluarga dan yang ada pun kawan-kawan yang masing-masing dah bekeluarga.. Kat sini aku banyak menghabiskan masa di rumah dan sesekali bertegur dengan jiran sebelah menyebelah.. Mengemas rumah sudah menjadi rutin bagi aku dan insyaallah tak berapa lama lagi aku akan sibuk membantu suami dengan bisnes dari rumah.. 

   Namanya pun pulau, cuaca di sini dah confirm lah panas kan? Itu yang bikin aku jarang nak keluar rumah haha, nak jaga warna kulit lah sangat.. Lagi satu, walaupun kawan baik aku ada di sini aku sendiri belum pernah ada kesempatan nak jenguk dia begitu juga dia apalagi sejak dia mengandung ni.. Aku pun tak reti bawa kereta itulah susah juga nak cakap.. Cik suami pula kerja shift, kena tunggu 4 hari baru ada cuti 4 hari.. Tapi cuti 4 hari tu kadang-kadang ada sahaja urusannya.. Ada kawan minta coverlah, customer nak jumpalah, balik kampunglah dan macam-macam hal yang kadang-kadang tak di sangka.. Semoga ada kesempatan ziarah kenalan pada bulan puasa ni harapnya..

Warna-warna baru muncul di sini, walaupun pada asalnya terasa asing aku yakin dapat membiasakan diri..Lagipun aku dan suami berhasrat untuk membina keluarga baru di sini insyaallah dapat 2,3 dah ok rasanya.. Mudah-mudahan Allah kabulkan amin..Sementara itu, kami honeymoon lah dulu jawabnya.. Hehe..

Hari ini nak fikir juadah apa pula erk? Ahai, nasi ayam santek kot.. :)

p/s: Menjaga hubungan baik dengan jiran amalan yang mulia, jadilah jiran yang baik.. Pesan buat diri dan kalian yang sudi melapangkan masa membaca entri ini.. Sekian, wassalam..

('-')/ NUR HANI_in da house



Monday 3 June 2013

25, ada apa dengan angka? ~

Allah Maha Besar, ツ
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..




Bismillahhirrahmannirrahim..  
Syukur dengan nikmat hayat lagi sehari, aku mempunyai kesempatan menyisipkan sedikit waktu buat blog yang agak sunyi seketika dari kisah ku di alam nyata.. Kesunyian ini adalah kerana kekangan waktu yang menyulitkan jemari ini melantunkan kata yang sekian lama ingin aku luahkan dari hati terdalam.. aiseh.. hehe..


Tajuk hari ini "25, ada apa dengan angka?".. Secara berbunganya walauapapun nombor yang melingkar di sekeliling hidup kita setiapnya punya makna tersendiri.. Misalnya nombor 25: 25 tahun berkhidmat dalam syarikat atau jabatan, 25 tahun sudah usia perkahwinan, 25 tahun umur anak yang sulung, 25 tahun ialah umur mendapat pekerjaan, 25 tahun umur yang sesuai untuk mengakhiri zaman bujang, atau mungkin saja pada tarikh 25 haribulan merupakan tarikh kelahiran anda.. (*pst.. pst.. aku dah pening nak pilih nombor jadi jangan hairan nombor yang menjadi contoh hanya nombor 25.. hehe.. )



Aku pula nak berkisah tentang pencapaian yang telah berlaku kepada nombor 25 ini.. Secara rawaknya nombor 25 ini telah pun berjaya menaiki satu pangkat yang memberikannya gelaran sebagai "isteri" dan "menantu".. Pemilik  nombor 25 ini juga perlu membuat keputusan besar dalam hidupnya iaitu melepaskan kerjayanya kini untuk memilih berada di sisi suami tercinta.. Sekalipun mendapat reaksi yang pelbagai, sebagai seorang isteri pemilik nombor 25 ini memahami tanggungjawabnya kini lebih kepada suami kerana itulah hakikatnya setelah memilih untuk berumah tangga.. Semoga hati ikhlas untuk redha dengan keputusan ini.. Selama ini  nombor 25 telah mencipta kisahnya tersendiri dan setiap kisahnya menghadirkan insan yang pelbagai ragam.. Kemanisan, kepahitan dan rasa-rasa lain yang telah mewarnai hidup ini serba sedikit memberi kesan kepada peribadi pemilik  nombor 25 ini.. Kalian juga sama, karakter kita semua terbentuk hasil persekitaran dan pembawaan diri.. Kunci yang utama dan patut ada pada setiap kita ialah jati diri, yang tidak akan mengizinkan kita menjadi pak turut sebaliknya lebih berpendirian dalam membuat keputusan atau tindakan.. Semoga kita lebih bijak menggunakan akal dan emosi dalam sehari-hari.. Belajarlah mengawal kekalutan dengan istighfar, semoga Allah memipin tingkah kita..

Fasa demi fasa itulah jalanan cerita hidup setiap kita.. Manakala hal naik atau turun melihat pada usaha dan takdir yang tertulis buat kita.. Seseorang mengingatkan aku dengan kata-katanya "jika kita tidak bergerak atau bertindak, kita tidak akan pergi ke mana-mana dan tidak dapat mengubah nasib kita".. Aku memikirkanya berkali-kali walaupun ayat itu sudah cukup tersurat dan jelas maknanya.. Aku seharusnya mengawal minda separa sedar dan sedar untuk set minda agar selalu positif.. Hanya aku mampu megubah jalan hidup aku dan orang sekeliling sebenarnya tidak mampu pun menghalang aku untuk berjaya.. Sebaiknya aku kurangkan bercakap, dan lebihkan tindakan yang menghasilkan hal-hal yang baik dan membawa kebaikan..

Sekian sahaja bicara ku buat masa ini.. Rasanya terlalu sedikit untuk di kongsikan.. Apapun semoga ada menfaat buat kita semua.. Insyaallah kesempatan akan datang aku nak cerita kisah perjalanan pergi tawau masa cuti minggu lepas, nantikan kisahnya nanti.. insyaallah.. Apapun terima kasih kepada yang singgah membaca, dan selamat sejahtera semuanya..


p/s : Hidup biar kaya dengan budi pekerti, barulah kita lebih di sayangi insyaallah..

('-')/ NURHANI_in da house


Saturday 20 April 2013

Hujung minggu @kampung~ horay!

Alhamdulillah..

Assalammualaikum w.b.t

 Syukur sangat diberi anugerah hidup lagi sehari dan kesempatan meluang masa bersama keluarga walaupun tanpa suami di sisi.. Aku akui situasi ini janggal juga untuk dilalui tapi insyaAllah ini hanya untuk seketika.. :) Sabarlah wahai hati yang berkelana.. Hihi..

 Kembali pada topik utama hujung minggu @kampung~horay! Semalam borak dengan my mum sampai lewat malam.. Lama tak kami tak luang masa sebab aku pun dah mula aku komitmen lain sejak kahwin.. Sesekali tu adalah berhubung melalui telefon.. Masa cuti macam ni lah boleh berborak face to face.. Selain daripada itu aku berpeluang juga masak my family favourite menu  "chicken curry".. 

tada.. hehe..











 Sesuai makan bersama nasi atau roti canai.. Hehe.. Tapi kalau my mum and my dad yang masak lagi kaw~ Hehe.. Sesekali balik kampung apa salahnya aku pula ke dapur kan? Lagipun my mum and my brother sekarang ni asyik sibuk kat car wash.. Jadinya aku tolonglah apa yang patut.. 

 Cuaca hari ni mendung, ~ ............................................................... Hihi.. Ada panggilan masuk tadi, tu lah pasal noktah memanjang.. Hehe.. Erm, jap.. Ish, apa aku nak cakap tadi erk.. .....................................................................  Akhirnya.. Hujan turun dengan lebatnya.. ..


Sempat ambil gambar di beranda dapur tadi.. hehe

 Sempat jugalah aku bangkit kain before hujan lebat membasahi pakaian yang aku jemur pagi tadi..

Sebakul kain  with sebakul sepit.. Hihi..

 Masa hujan macam ni pun ada yang cuci kereta.. Hehe.. Hujan yang turun membawa rezeki.. Alhamdulillah..^_^.


Suasana kat car wash depan rumah..


 Sangat lebat hujan di luar sana.. Paling best kalau dapat mandi hujan.. Hehe.. Sayangnya dah tak boleh.. Hanya untuk kanak-kanak jak, hehe.. Ops.. Masa dah T.A.M.A.T~ Padahal baru kejap aku spend time kat sini.. Dah kena bersiap untuk balik rumah sewa sebab besok nak kena kerja lagi.. Al-maklum esok kan dah hari I.S.N.I.N.. Hehe.. K.. Sampai sini dulu kisah cuti di hujung minggu.. Kalau ikutkan hati banyak nak cakap tapi cukup lah buat masa ni.. Sampai jumpa lagi..

p/s:
Aku suka sangat ayat ni : 

"amalan yang paling baik ialah berbuat B.A.I.K" reset minda..

('-')/ nur_hani