Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 30 April 2012

.. Apa yang telah aku terjumpa,

Assalamualaikum.. intro ni aku nak bagi korang lagu ni..


~Memahami, mengerti dan menjalani penuh sabar dan hati-hati..~

 
21:00 pm
Fuh, layan sungguh aku lagu ni.. Hehe..
Sekadar cuma mengisi ruang ini..

Aku terjumpa sesuatu yang membuat aku berbahagia.. Atas izin Allah aku bertemu dengan hamba Allah ini, dan aku selesa untuk berkongsi banyak hal dengannya.. Makin mengenali makin ingin mengerti.. Namun aku tak meletak sebarang target di atas jalinan ini.. Aku menjalani saja landasan ini, berdoa ia akan kekal ke akhirnya.. Harusnya aku amalkan ikhlas menerima apa sahaja yang terukir di atas takdir.. Syukur alhamdulillah  sehingga hari ini kami dapat saling menjaga antara satu sama lain, semoga Allah redha..
Aku berharap dia dapat menerima hadirku seadanya aku..
Semoga Allah bantu kami agar dapat saling menjaga hati & iman.. Amin..

22:05 pm
Erm, nak kongsi sikit.. Ada 2, 3 kali terserempak dengan sorang ni bertudung labuh.. Sederhana perwatakan, buat aku melihat diriku.. Di hati berkata bertuahnya perempuan ni dia sudah ada ciri-ciri ahli syurga.. Semoga aku juga satu hari akan dapat berhijrah sedemikian untuk menjadi muslimah terbaik di sisiNya.. Amin.. Kemudian akal ku berbicara pada hati, normalnya yang memimpin adalah lelaki dan aku berdoa juga akan hadir insan yang sudi membimbing aku tentang ilmu agama agar dapat jadi hamba Allah yang sesungguhnya.. Sabar dalam penantian, (:

Sudah lewat malam.. Ku akhiri bicaraku dengan sekian..
-TAMAT-


p/s: Jangan terlalai oleh dunia dalam menjaga hubungan denganNya.. Itu tanggungjawab kita kerana selayaknya Allah menerima cinta dari hamba-hambaNya.. Belajar menyayangi kerana Allah.. (: ewah..

('-')/ Nur_hani


Wednesday 25 April 2012

Ulat Juga Akhirnya Bertukar Menjadi Rama-rama

Nah! begitulah kita manusia.. Melalui tahap-tahapnya.. Dari anak kecil yang belajar merangkak, kemudian berjalan,  lalu menjadi dewasa.. Proses kedewasaan ini adalah bila kita melalui banyak pengalaman dalam hidup.. Bila aku imbas kembali aku akhir-akhir ini kurang melalui ujian getir seperti yang sudah-sudah.. Pasti akan ada jua nanti, namun aku berharap Allah beri aku kekuatan untuk apa jua jua ujian yang bakal aku rempuh pada masa depan.. 

10.45 am
Entah mengapa, Allah hadirkan satu-persatu sahabat lelaki dalam hidup aku.. Pada awalnya aku enggan itu berlaku, tapi kuasa Allah aku tak dapat nak sangkal.. Pada masa sama satu-persatu juga menjauh kerana aku sendiri mahu menjaga batasan itu.. Mungkin di sebabkan syarat dalam persahabatan yang aku beri menjadi kunci pemisah kerana mereka tidak dapat menerimanya.. Pada aku persahabatan tak perlukan kata-kata manis, tapi bila bersahabat kita harus jujur dan saling menghormati antara satu dan yang lain.. 

11.00 am
Pasti ada hikmah semua ini.. Entah mengapa saat menaip ini air mata seakan bergenang.. Seusai bicara ini agaknya menenangkan hati ini yang banyak menyimpan kisah sehar-hari.. Erm, baru-baru ni aku balik kampung.. Ayahandaku bertanyakan kiranya aku sudah menemui pengganti hati, aku diam dan sekadar berkata hanya berkawan belum serius.. Ayahanda menyuarakan hasrat hati ingin melihat aku bertemu jodoh sebelum dia tiada.. (Saat menaip ini airmata ku jatuh jua, berderai dalam sedar..) Luluh hatiku mengenang permintaan ayahanda.. Malam itu aku berfikir panjang, hati kecil ini berkata "siapa yang tidak mahu berkeluarga, punya anak-anak, suami dan kehidupan di fasa baru namun aku tak dapat melihat lagi siapa jodohku.." Aku tak berhenti berdoa, sambil tu aku usaha juga.. Namun insan yang hadir pada hari-hari ku semuanya berbeza dengan pencarianku.. Ada yang terlalu mengejar cita, ada yang terlalu muda dan tidak matang.. Masih segar dalam memori, baru beberapa hari berlalu macam semalam ayahanda berbicara padaku.. Aku sedar ayahanda dan bonda bimbang akan usia ku yang semakin meningkat semoga Allah bantu aku untuk tunaikan impian kedua ayahanda dan bonda.. 

11.05 am

Aku dalam penantian, semoga ada tawaran panggilan kerja di mana-mana agar aku dapat bayar baki yuran kolej dan menampung kehidupanku serta berkongsi rezeki dengan ahli keluarga dan semoga dapat beribadah juga dengan rezeki kurniaanNya, insyaallah.. Betul kata orang, makin besar gaji, makin besar juga keperluan.. Semoga Allah cukupkan keperluan kita semua.. Nak kongsi sikit.. Bila berbelanja pernah tak senaraikan 2 benda ni selain keperluan diri? 

1/ untuk ibu ayah

2/ untuk tujuan ibadah

Terkadang malu juga dengan Allah, rezeki melimpah tapi tak reti mahu berkongsi.. Ada ketika terlepas pandang dengan 2 benda ni.. Semoga dapat istiqamah masukkan 2 senarai ni setiap kali keluar gaji, agar lebih berkat rezeki yang diperolehi.. Amin.. (:

11.25 am
Seketika aku menggantikan tugas PA, pengalaman sebegini sukar diperolehi tapi ok lah juga.. Aku rasa dah acapkali aku di beri kepercayaan jadi rasanya ini tanggungjawab yang aku kena pikul sehabis baik.. Tugasnya tak lah berat manapun cuma kerja aku sebenar pulak yang terganggu sedikit, sebab tu lah kekadang tak tercapai target bulanan aku..


11:37 am
Hah, malam ni ada acara untuk merai pesara.. Aku salah seorang petugas di bahagian pentas jadi jawapannya "no excuses".. Malam ni nak pakai : kemeja hijau, slek coklat, n make-up juz nice.. Tak perlu lah "over", aku pun nak "simple" ja.. 

Wah sedar tak sedar berjela pula ayat aku, sambil tu aku nak kongsi lah sikit apa yang berlaku beberapa ketika ini:
1/ Melancong ke labuan melawat sahabat karib.. Merapatkan ukhwah..
2/ Pakcik aku yang kahwin orang labuan tu dah dapat "baby", Alhamdulillah..
3/ Sahabat aku dah buka kedai akhirnya, makin sibuk la nanti.. Semoga jadi orang berjaya yang beriman..
4/ Adik aku juga dah mulakan operasi kedai "cafe" dan "car wash".. Semoga mereka juga jadi insan yang berjaya dan beriman..
5/ Berlima menyewa sebilik.. Jimat sedikit, tapi nampak gayanya bulan 5 nanti berat juga aku nak bayar sewa sendiri.. Macam nak cari tempat mahu pindah ni sebab yang lain tu pun mahu pindah juga..
6/ Abang aku nak kahwin dah, bulan 6 ni.. Nak kena fikir baju lagi, ahai..

Ok, kisah ku terhenti di sini dan jalan yang masih belum habis ku lalui.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Salam sayang buat kalian..

p/s:
Wahai hati tetaplah berpegang teguh dengan pendirian, sekalipun kamu berkemungkinan kehilangan teman.. Allah kan selalu ada, (:

('-')/ Nur_hani


Tali Kisah Persahabatan

Sehingga bertemu, Wah! Tajuk saja sudah semacam.. Itu tanda rindu ku pada sahabat karib yang nun jauh.. Alhamdulillah cuti lepas kami dapat luang masa bersama.. Tahun ini juga aku dapat "wish" mereka untuk ulang tahun kelahiran, hadiah juga dah beli.. Sabar menanti hadiah kalian ya..


click for more  


1.20 pm
Bismillah, Alhamdulillah.. Kesempatan menitipkan kisah di saat ini, pejabat lengang tiada orang.. Al-maklum gaji keluar makan lah jawabnya.. Ada yang membeli-belah dan ada jua yang mengukur jalan.. jam dinding 1:20 petang.. Aku baru siap makan nasi campur berlaukkan ikan bakar, ayam masak merah dan sayur pakis.. Lumayan juga kenyang aku ni.. Mengantuk pula aku ni, aduhai.. Kepala pening semacam.. Tidur bagus ni..

3.00 pm
Suasana kembali ceria, dari lengang sekarang penuh pulak.. Alamak, hampir terlupa kawan ajak party birthday.. Terlupa duit poket cukup-cukup saja, kena tunggu jumaat baru ada masuk.. Tengok lah macamana nanti, baju jalan pun tak fikir lagi.. Alahai, aku ni kan.. Tapi kadang-kadang bagus juga kalau tak fikir.. Sekadar ikut rentak.. hehe, tengah layan lagu-lagu ~sheila majid, ogy ahmad daud dan raja ema.. Terasa berada di zaman itu, siok nyerrr.. Kaka-kaka di pejabat ni pun rasa muda kembali hehe.. 


Sempat bersembang tentang zaman muda, hehe.. Aku pasti rindu kalian semua bila aku dah tak di sini.. Kawan pejabat sini memang "happening".. Hah! Sekejap lagi mahu balik.. Seharian ini pantas masa berlalu, masa untuk pulang.. Hujan gerimis di luar, jadi bawalah payung.. Sehingga berjumpa lagi.. Bubye~ Assalamualaikum..

p/s:
Take care people..

('-')/ Nur_hani