Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 11 December 2011

berharap menjadi indah dalam kalbu~

Bismillah.. syukur alhamdulillah.. Aku bernafas lagi,  ya Allah.. ya Allah.. ya Allah..

08:30 am
Apakah aku bisa menjalani semua ini? Hati yang aku ada acapkali terluka, aku ingin merawatnya..
Ya Allah, jadikanlah setiap ujian-Mu menjadi indah dalam kalbu-ku..
Ya Allah, aku lelah dalam tangis.. Subhannallah, Allahuakbar..
Ya Allah, aku berhenti untuk sesuatu yang tak pasti..
Ya Allah, aku sedang rebah & sakit ku rasakan..

11:59 am
Aku tak sangka, sesungguhnya perancangan Allah memang di luar jangkaan.. Perasaan silih ganti, sabarlah wahai hati, Allah sedang menguji.. Semakin cuba mendekati, semakin kuat ujian buatku.. Sebagai hamba-Nya aku harus sahut cabaran.. Berserah pada Tuhan jauhi keputusasaan.. Takkan ada yang mampu memahami aku sepertimana Allah memahami dan mengetahui aku yang tercipta dengan izin-Nya..


Menyedari bahawa aku memang tak boleh lari dariNya walau apapun keadaan yang aku harus berhadapan.. Ya Allah, hatiku sayu dan ada rindu pada-Mu.. Ingin ku ulangi mengisi malam dengan bertahajjud dan zikir pada-Mu.. Aku akui kesibukan telah mencuri waktu dan kesempatan untuk aku berbicara dalam suasana yang cukup indah dengan redup cahaya yang sederhana membuka jiwa untuk lebih menghayati waktu itu.. Aku berharap untuk mencari-cari lagi waktu untuk semua itu.. Aku inginkan pertemuan itu lagi, semoga bisa aku cari kesempatan..


Kalian tak mungkin memahami, tapi aku tahu Dia selalu ada di sisi..


2:34pm
Teruknya bekerja dengan sistem, ermmm.. banyak kerja tertangguh oh no! huhu


p/s:
Wahai hati yang comel, Allah kan ada.. Jangan putus asa ya.. (:
('-')/nur_hani

Wednesday 7 December 2011

SATU~ selalu n selamanya

Bila aku bisa merasa ada 1, aku tahu aku tak pernah sendiri..

10:00 am
Alhamdulillah.. Aku bernafas lagi,  hidup lagi, sihat lagi dan ada hati yang mengingat Ilahi.. Syukur untuk segala yang dapat aku guna, aku memang tak mungkin dapat menghitung banyaknya kurniaan dariNya..

SABAR~ perkataan ini yang selalu aku simpan di hati.. Sesekali aku menangis bersamanya, ada hati yang kepasrahan, seakan ingin aku tanyakan banyak soalan tapi aku terus memujuk hati dengan berkata ini ujian, aku harus kuatkan hati, tak boleh mengalah semudah ini, menangislah tapi jangan mengalah.. Nur Hani:

*kiranya kamu kesakitan yakinlah masa akan mengubati, dan menyembuhkan..
*kiranya kamu disakiti yakinlah kesabaran itu tidak sia-sia saat kamu memaafkan..
*kiranya kamu ditimpa dengan kesusahan yakinlah akan hadir selepasnya kemudahan..
*kiranya ujian itu seakan tak tertanggung oleh kamu tetaplah bersyukur dan bertahan demi keampunan dariNya, sedarilah kamu sebenarnya tidak sendirian.. (Nabi Muhammad juga di uji dalam dakwahnya..)

Nukilan hati:-
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
Begitulah aku mengadu bila datang menerpa pelbagai emosi..
Nyata manusia lemah!
Aku tak berupaya..
Bagaimana harus aku gagahi?
Mampukah aku melalui semua ini?
Apakah yang akan terjadi di masa nanti?
begitu hati ini bertanyakan..
ampunilah aku atas khilafku,
sungguh terbatas keupayaanku..

Melihat langitMu aku menangis,
membuka pintu harapan bagi insan sepertiku,
membuahkan rasa keharuan, kesyukuran &
melahirkan sebuah kekuatan yang tak di duga-duga..
Bersama ku ada kisah dalam doa-doa,
membuat aku terus asa,
maka aku akan berkuat demiMu,
& kerana kesempatan yang masih ada,
semoga  peluang ini tidak ku sia-sia..

p/s: DOA~ teruskan berdoa jangan putus asa di bawah rahmatNya.. please, tQ

nur_hani('-')/

Thursday 1 December 2011

Debar ku terjawab~ syukur

* Berita di nanti: Alhamdulillah.. Aku dapat balik kerja kat sini, syukur..

11:00 am
Sistem slow sangat, aku mengambil peluang ni download lagu dan aku gerakkan jemari menaip di  di blog.. Aku ingin meluah sedikit akan tingkah manusia, memang selayaknya aku tidak menilai mereka sedang aku juga ada ketika berbuat salah dalam tingkah hatta dalam sedar atau sebaliknya.. Sekadar buat perkongsian dan cuba jadikan sempadan,.. Aku sangat kasihan apabila seseorang memburukkan seseorang yang lain dengan mereka cerita yang tak betul dan seolahnya seseorang yang lain itu berperangai sangat teruk.. Kenapa agaknya dia buat begitu? Aku yang tahu hal sebenar cuba untuk menyatakan kebenaran tapi mereka ermmm..


12:20 pm
Aku sedang berehat.. Aku cuba tidak bercerita hal yang aku lalui, seolahnya aku buat seperti tiada apa yang berlaku.. Pada masa yang sama aku tak mahu mendesak sesiapa, mereka punya hak masing-masing dan aku lebih suka berdoa kepada Allah untuk segala urusan apalagi yang melibatkan perasaan.. Aku tak mahu terlalu memikirkan kerana aku mahu mencari tenang selepas beberapa hari aku bergelut dengan pelbagai hal.. Ya Allah, ampuni dosa-dosaku dan aku memohon taufik hidayah dan petunjukMu dalam menjalani liku-liku hidup.. 
2:00 pm
Aku meneruskan langkah, di tempat kerja yang lama dan cuba berdoa semoga ada hikmahnya kesetiaan bekerja di sini.. Baiklah, ayuh bertugas semula..


2:32 pm
Erm, he called me 2 times.. Ada jawapan di hujung talian seakan sungguh-sungguh menyatakan.. Hanya Allah Maha Tahu kebenaran, semoga Allah ilhamkan di hati si dia untuk memberi penjelasan..

p/s: Bersabarlah bila diuji, kemudian cuba baiki hubungan dengan Allah dan ibu bapa, maafkan kesalahan insan dan berakhlak baik.. Pasti hati kamu akan tenang, insyaAllah..

('-')/nur_hani