Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 1 December 2011

Debar ku terjawab~ syukur

* Berita di nanti: Alhamdulillah.. Aku dapat balik kerja kat sini, syukur..

11:00 am
Sistem slow sangat, aku mengambil peluang ni download lagu dan aku gerakkan jemari menaip di  di blog.. Aku ingin meluah sedikit akan tingkah manusia, memang selayaknya aku tidak menilai mereka sedang aku juga ada ketika berbuat salah dalam tingkah hatta dalam sedar atau sebaliknya.. Sekadar buat perkongsian dan cuba jadikan sempadan,.. Aku sangat kasihan apabila seseorang memburukkan seseorang yang lain dengan mereka cerita yang tak betul dan seolahnya seseorang yang lain itu berperangai sangat teruk.. Kenapa agaknya dia buat begitu? Aku yang tahu hal sebenar cuba untuk menyatakan kebenaran tapi mereka ermmm..


12:20 pm
Aku sedang berehat.. Aku cuba tidak bercerita hal yang aku lalui, seolahnya aku buat seperti tiada apa yang berlaku.. Pada masa yang sama aku tak mahu mendesak sesiapa, mereka punya hak masing-masing dan aku lebih suka berdoa kepada Allah untuk segala urusan apalagi yang melibatkan perasaan.. Aku tak mahu terlalu memikirkan kerana aku mahu mencari tenang selepas beberapa hari aku bergelut dengan pelbagai hal.. Ya Allah, ampuni dosa-dosaku dan aku memohon taufik hidayah dan petunjukMu dalam menjalani liku-liku hidup.. 
2:00 pm
Aku meneruskan langkah, di tempat kerja yang lama dan cuba berdoa semoga ada hikmahnya kesetiaan bekerja di sini.. Baiklah, ayuh bertugas semula..


2:32 pm
Erm, he called me 2 times.. Ada jawapan di hujung talian seakan sungguh-sungguh menyatakan.. Hanya Allah Maha Tahu kebenaran, semoga Allah ilhamkan di hati si dia untuk memberi penjelasan..

p/s: Bersabarlah bila diuji, kemudian cuba baiki hubungan dengan Allah dan ibu bapa, maafkan kesalahan insan dan berakhlak baik.. Pasti hati kamu akan tenang, insyaAllah..

('-')/nur_hani






2 comments:

  1. salam..

    dalam hidup ini..pasti kita akan diuji..ujian itulah yang akan mematangkan kita..

    moga awak sabar..

    ReplyDelete
  2. terima kasih sekamar rindu kerana keprihatinan kamu.. sy sgt hargai (:

    ReplyDelete