Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Tuesday 29 November 2011

Hati Yang Berbolak-balik~

Subhannallah, dengan nama Allah aku memulakan hari.. (:

Rabu~ hari keliru untuk aku..
Ya Allah, hatiku milikMu nyata mudah berbolak-balik.. Entah mengapa sedang aku sudah bulat dengan keputusan nyata bertubi-tubi orang sekeliling seolah memaksa aku untuk memikir dan menimbang semula keputusan yang aku buat.. Memandangkan aku seorang yang mudah panik akhirnya aku mempertimbangkan semula dan entah dari mana datang kekuatan aku untuk menarik  semula surat perletakkan jawatan.. Penuh berani aku jumpa bos dan meminta untuk pertimbangan.. Aku telah hantar surat letak jawatan dan sudah pun sampai ke pihak atasan, sekarang aku serahkan nasib aku kepada Allah.. Aku telah berusaha, beserta doa dan apa jua risiko yang aku terima aku perlu hadapi kerana ini yang telah aku pilih.. Aku harus tenang dan hadapi dengan positif.. Allah Maha Kuasa cukuplah aku serahkan segala.. Aku tak mampu untuk mengawal semua ini..


10:00 am
Jujur, aku seolah menyesal dengan tindakan yang aku buat sehingga aku berkali-kali menyalahkan diri.. Namun pada akhirnya aku sedar aku tak boleh patah-balik lagi, ini semua keputusan yang telah aku buat dan semoga ini adalah pilihan terbaik.. [Ya Allah, ke mana pun takdir hidupku semoga akan membawa kebaikan dan menambah keimamanku kepadaMu.. Aku tak berdaya melainkan apa yang telah Engkau izinkan untuk diriku..] 

Sekarang aku memulakan tugas seperti biasa, ada yang memandang penuh hairan bila mengetahui aku masih bertugas lagi,  namun ramai juga yang menyambut baik keputusan ini.. Sebenarnya keputusan ini langsung tiada dalam perancangan aku, aku masih ingat lagi beginilah juga hati aku  semasa aku membuat keputusan untuk sambung belajar  menyiapkan "final project"..  Tapi pengakhirnya aku berjaya menyiapkan cuma banyak halangan sepanjang menjalankan projek tersebut, ada pahit manis dalam kenangan itu dan aku melihat kebaikan manusia melalui hati budi.. Kemudian banyak hal buat aku berfikir panjang dan aku benar-benar berserah kepada Allah.. Ya Allah, kini aku sedikit lega dan menerima bahawa aku harus berdepan dan tak boleh lari dari kenyataan.. Allah Maha Besar.. Memang sakit juga menahan rasa bersalah ini, sehingga aku memilih untuk tidur awal dan lupakan seketika hal keputusan yang aku pilih.. Ya Allah kepadaMu aku berserah..

Kesibukan 2 hari ini membataskan aku, dan nyata aku sangat lemah kecuali apa yang diizinkan Allah..  Nyata aku masih diperlukan untuk bertugas di sini..

2:10 pm
Aku menerima  panggilan dari Kak Su, berhubung tawaran bekerja di syarikat swasta tempat anak buahnya bekerja.. Sepertinya Allah mengatur sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.. Ya Allah, aku memohon ampun padaMu, hal dunia ini banyak telah memeperdayakan aku.. Akhirnya aku memilih untuk diam.. Sekali lagi, inilah pilihan yang aku ada.. Aku beri masa pada diri untuk bertenang dan kali ini sepertinya ada sesuatu yang Allah perlihatkan kepada aku..


*Sikap tenang dan tetap dengan pendirian..
*Solat istikharah dan sentiasa berserah kepadaNya..
*Positif dalam doa dan pemikiran dan jaga hubungan denganNya..

Aku masih bisa tersenyum walaupun ada gelora di lubuk hati.. Allah Maha Hebat memberi aku ketenangan dan aku kesyukuran.. 


3:02 pm
HIJRAH- Hijrah ke tempat baru, begitulah kata bos kepada aku.. Membuat aku berfikir tentang itu.. Aku terfikir ada benarnya semua ini, namun aku mohon Allah tunjukkan pilihan terbaik untuk aku.. Semoga tidak sia-sia segala usaha,  sebarang keputusan nanti aku tak boleh menoleh kebelakang lagi..

p/s: Selalulah bertenang, ambil masa dan jangan mudah di pengaruhi oleh orang lain.. Ok! Chiayo!

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment