Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 4 November 2011

STOP~

لا حول ولا قوة إلا بالله
(La hawla wala quwata illa billah)
(There is neither might nor power except with Allah)
astaghfirullahalazim..
STOP!
JANGAN~BERANGAN!
Fuh.. ni la perkataan pertama yang menjadi ingatan buat aku bila aku mula di bisikkan dengan angan-angan yang bukan-bukan.. Bila aku ingat balik dan renung diri aku jadi diam.. Kenapa? Kerana ingin menangis, aku ingin menyatakan syukur dan memohon ampun untuk setiap kesilapan.. 
Ya Allah, di terpa lagi rasa itu.. Aku mohon perlindungan dari-Mu agar terpelihara imanku.. Jadikan hatiku cinta pada-Mu, rindu pertemuan dengan-Mu, dan kekal setia pada agama-Mu.. 
Ya Allah.. Sungguh perasaan ini adalah ujian-Mu buatku, sungguh aku sayang dia namun aku tak bisa untuk memberitahunya.. Teman.. Hanya kepada-Nya ku adu rasa, hati yang rindu ini ku luah hanya pada-Nya, dan di kejauhan ini ada sepotong doa ku hadiahkan buat kamu.. Cukuplah Allah tahu, semoga Allah bisikkan di hati kamu untuk merasai keihklasanku bersahabat dengan kamu.. Masih tiada pertemuan antara kita kerana Allah belum mengizinkan, tiada gambar untuk kamu tatapi kerana ku selesa begini.. Semoga Allah ilhamkan kamu untuk memahami aku dan semoga Allah satukan hati kita untuk sama-sama memperbaiki diri.. Aku ingin kita sama-sama berjalan seiring menuju redha-Nya, semoga Allah memperkenankan.. Amin..

Ya Allah, aku selalu berahsia akan perih ini dari pengetahuan mereka.. Namun aku tak mampu merahsiakan dari pengetahuan-Mu.. Sungguh aku lemah dalam langkahku tanpa-Mu.. Ya Allah, aku bersyukur lahir sebagai islam, dan dapat peluang untuk mempelajari islam yang aku anuti.. Sesekali tersadung jua dalam langkah merapatkan diri pada-Mu dan mengejar cinta-Mu.. Namun atas izin-Mu ku bangun dan melangkah lagi tanpa henti, terima kasih Allah..
 p/s: apa2 hal kembalilah kepada Allah, mohon petunjuk-Nya untuk segala hal.. 
('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment