Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Saturday 20 April 2013

Hujung minggu @kampung~ horay!

Alhamdulillah..

Assalammualaikum w.b.t

 Syukur sangat diberi anugerah hidup lagi sehari dan kesempatan meluang masa bersama keluarga walaupun tanpa suami di sisi.. Aku akui situasi ini janggal juga untuk dilalui tapi insyaAllah ini hanya untuk seketika.. :) Sabarlah wahai hati yang berkelana.. Hihi..

 Kembali pada topik utama hujung minggu @kampung~horay! Semalam borak dengan my mum sampai lewat malam.. Lama tak kami tak luang masa sebab aku pun dah mula aku komitmen lain sejak kahwin.. Sesekali tu adalah berhubung melalui telefon.. Masa cuti macam ni lah boleh berborak face to face.. Selain daripada itu aku berpeluang juga masak my family favourite menu  "chicken curry".. 

tada.. hehe..











 Sesuai makan bersama nasi atau roti canai.. Hehe.. Tapi kalau my mum and my dad yang masak lagi kaw~ Hehe.. Sesekali balik kampung apa salahnya aku pula ke dapur kan? Lagipun my mum and my brother sekarang ni asyik sibuk kat car wash.. Jadinya aku tolonglah apa yang patut.. 

 Cuaca hari ni mendung, ~ ............................................................... Hihi.. Ada panggilan masuk tadi, tu lah pasal noktah memanjang.. Hehe.. Erm, jap.. Ish, apa aku nak cakap tadi erk.. .....................................................................  Akhirnya.. Hujan turun dengan lebatnya.. ..


Sempat ambil gambar di beranda dapur tadi.. hehe

 Sempat jugalah aku bangkit kain before hujan lebat membasahi pakaian yang aku jemur pagi tadi..

Sebakul kain  with sebakul sepit.. Hihi..

 Masa hujan macam ni pun ada yang cuci kereta.. Hehe.. Hujan yang turun membawa rezeki.. Alhamdulillah..^_^.


Suasana kat car wash depan rumah..


 Sangat lebat hujan di luar sana.. Paling best kalau dapat mandi hujan.. Hehe.. Sayangnya dah tak boleh.. Hanya untuk kanak-kanak jak, hehe.. Ops.. Masa dah T.A.M.A.T~ Padahal baru kejap aku spend time kat sini.. Dah kena bersiap untuk balik rumah sewa sebab besok nak kena kerja lagi.. Al-maklum esok kan dah hari I.S.N.I.N.. Hehe.. K.. Sampai sini dulu kisah cuti di hujung minggu.. Kalau ikutkan hati banyak nak cakap tapi cukup lah buat masa ni.. Sampai jumpa lagi..

p/s:
Aku suka sangat ayat ni : 

"amalan yang paling baik ialah berbuat B.A.I.K" reset minda..

('-')/ nur_hani

Monday 15 April 2013

Kisah April

Assalammualaikum.. wbt

Bismillah, dengan nama Allah.. Akhirnya sekali lagi ku rajinkan tangan menaipkan ayat pada skrin komputer ni.. Kesibukan di luar alam maya, membataskan waktu untuk aku mengemaskini blog yang sekian ketika aku abaikan.. Bukan sengaja, cuma diri ini kadang tak punya masa dan kalau ada pun terlalu sebentar kerana komitmen di alam nyata yang lebih memerlukan.. 

Baik-baik saja

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kehidupan ku di alam nyata baik-baik saja.. Adapun beberapa hal berlaku namun aku masih bisa mengucapkan syukur kerana kekuatan dari-Nya.. Tiada satupun kepunyaan kita di dunia ni, dan setiap pinjaman Allah  punya had masa penggunaannya.. Aku juga melalui hal yang sama.. Sekali lagi sifat redha ku di uji dan ku akui pahit untuk aku telan kesabaran namun itulah juga ubat yang dapat menyembuhkan perasaanku.. 



 Rajuk manja

Situasi merajuk dan memujuk adalah asam garam berumah tangga, sesekali sifat keanak-anakan ini muncul.. Apatah lagi dengan gelaran PJJ (pasangan jarang jauh) ,sungguh banyak dugaan.. Namun begitu aku tidak memilih untuk membiar situasi itu untuk tempoh masa lama.. Alhamdulillah,Allah ilhamkan di hati ini untuk mendidik diri menjadi pemaaf dan memilih untuk segera berbaik.. Sikap cik suami yang bijak menawan sifat kebudak-budakan aku banyak mengajar aku lebih dewasa dalam mengawal emosi.. Itulah namanya tolak-ansur dan aku pula tak boleh lah ambil kesempatan dengan sikap cik suami ni, sebaliknya aku kena jadikan itu sebagai teladan agar aku juga boleh jadi pasangan yang boleh bertolak-ansur.. Insyaallah, kata nak jadi isteri soleha.. Hehe..


Sifat mengambil berat 


Sikap sebilangan mereka yang terlalu mengambil berat akan perkembangan hidup ini sesekali mengusik hati dengan soalan yang aku sendiri penat hendak menjawabnya.. Namun begitu aku memilih tersenyum juga.. Apa yan bisa ku ungkapkan ialah "Doakan untuk saya".. Syukurlah dengan zikir dan istighfar aku bisa menyejukkan hati ini.. Sungguh ajaib ayat-ayat suci Allah untuk merawat mereka yang berjiwa kacau.. Huhu.. Jadi jangan pernah kita menjauh dari-Nya.. Siapalah kita tanpa kasih-sayang dan belas kasihan dari-Nya.. ~

 

Ulang Tahun Kelahiran

Beralih tajuk sedikit.. Actually today ada baby girl punya hari lahir, dan pada hari sabtu dan ahad baru-baru ni pun ada kawan pejabat yang sambut hari lahir.. Ucapan ku buat kalian semoga Allah selalu memberkati kehidupan kalian.. Amin..





Jadinya aku noktahkan dulu kisah ku pada kali ini.. Insyaallah akan kembali dengan kisah baru..  Sabar menunggu ya.. Terima Kasih..
 
p/s: "Berkatalah yang baik-baik, jika tidak lebih baik diam" (-.-')

('-')/Nur_Hani