Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 15 March 2012

Peristiwa jan, feb, mac 2012

Bismillah,


  • Sekian lama aku tak menitipkan bicara di blog ni.. Kenalan pula tak pernah bertambah sebab aku tak reti nak buat iklan.. 
  • Erm, apa yang perlu aku buat? Oh idea please.. Hah, tu la orang sibuk mau buat blog aku pun sibuk nak buat.. Dah ada blog sendiri tak reti nak kasi aktif.. Alahai, kena buat sesuatu ni.. 
  • Nanti aku kena wat transformasilah juga ni..


...


AUCHAK! (:


Sekali lagi kita bertemu di medan maya.. Berkongsi kisah walau tak bersua rupa.. Aku sedar aku dah pun menjalani banyak hari di tahun baru ini.. bila menoleh ke belakang aku sedar banyak hal yang terjadi sepanjang waktu ini.. Kemudian dalam tak sedar aku terasa pantas masa berlalu..

Ya Allah bertambah lagi usiaku,dan bersamanya ada amanah untuk aku laksanakan.. Aku berdoa agar dapat istiqamah memelihara hati dan iman.. Sepanjang sepeninggalan aku, ada banyak peristiwa di luar jangka aku.. Kelihatan seperti kejutan di tahun baru semoga saja membawa kebaikan & menambah keimanan..

Izinkan ku bercerita kisah ku sepanjang 3 bulan ini yang masih lekat di memori dengan kuat~ 

07/jan/2012
~hari2 ku teruji, satu demi satu.. aku ada ketika aku menangis dalam doa-doa.. adik-adik, rumah dan lain-lainnya..

14/jan/2012
~bermula 1 lagi episod baru yang jalan ceritanya ku tak tahu tapi ada bersamanya kuntuman senyuman yang indah atas izin Allah..


17/jan/2012
~adik bongsu kena cacar..

18/jan/2012
~janji temu yang di aturkan oleh teman.. tapi aku telah berkata dalam hati, lalui saja waktu itu dan anggaplah ini yang pertama dan terakhir.. that's it! 

Allah itu ada, itulah kenyataannya.. Hakikat itulah membuat aku kuat menjalani lagi kehidupan ini..

Ouwch.. Aduhai, kaki sakit hadoiii..


erm, kita sambung k..




08/Februari/2012
~Pada tarikh ini temanku menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta yang agak besar.. Aku bersyukur kerana aku menjadi sebahagian dari orang yang mengetahui hal ini, tak mengharap apa-apa ini pun mencukupi..


note:
*dalam bulan ini juga adik lelaki aku memulakan perniagaan kecil2an..



*aku menerima hadiah berupa jam tangan dari temanku..


*chipsmore tiba-tiba muncul semula, hairan tapi aku tak pernah ambil hati sebab dah lali dengan sikap kawan yang sorang ni..


07/Mac/2012
Aku menerima panggilan, mama di masukkan ke wad kecemasan, sesak nafas.. Syukur mama ok juga, cuma kena "review" lagi untuk tahu hasil kajian dari x-ray.. Semoga mama baik-baik sahaja, aku ambil cuti sehari untuk pulang dan menyenangkan hati mama..


09/Mac/2012
~Sepupu aku berkahwin dengan cinta hatinya, sayangnya keadaan tidak mengizinkan memandangkan kesihatan mama.. Apapun semoga kamu memaafkan.. Aku masih mahu mendoakan kebahagiaan kalian saudaraku.. (:


15/Mac/2012
~Tarikh penting buat temanku.. Dia akan membuat keputusan yang akan memberi kesan seumur hidupnya.. Aku tak pasti adakah dia masih ingat dengan kata-katanya atau itu hanya gurauan baginya.. Aku mungkin tak bisa mengakui perasaan sendiri, maafkan aku kerana aku tak meluahkan pada kamu.. Aku hanya mengadu pada-Nya..


3:43 pm
... Ada ketika kita sebagai manusia memerlukan teman untuk berkongsi cerita, tapi bila fikir balik apa juga yang mereka boleh lakukan? Kita juga yang hadapi kan? dan hanya Allah mampu memberikan pertolongan.. hanya mungkin hati sedikit ringan tapi bukankah ia juga atas izin Allah? tq krn sudi membaca entri ini(:


p/s: Selesaikan urusan dengan Allah, dan Allah akan selesaikan urusan kita insyaAllah..

('-')/ nur_hani




Wednesday 14 March 2012

lukisan hati anda

Manusia sifatnya selalu mengharap indah dalam kehidupan:

*SETUJU? Kecuali mereka yang meletakkan matlamat syurga sebagai destinasi pasti maklum akan jalan penuh berliku, terbentang duri dan sesekali menyakiti dan hatikan merintih pedih.. (: Namun sabar menjadi teman sejati dan setiap sakit itu bersamanya ada pengajaran untuk di ambil sebagai panduan untuk bangkit dan menjadi insan lebih jaya.. Sebab tu kita kena ubah mentaliti dan "delete negative word" dalam hidup!

*Kembali ke tajuk lukisan hati.. Menyinggah ke blog orang-orang yang berilmu membuat cas positif bertambah-tambah.. Melihat karya lukisan yang mempesona membuat hati bertanya lukisan hati anda~ apa? Jika di tanyakan padaku lukisan hati ku saat ini ialah kedamaian dan ketenangan dan itulah yang ingin aku sebarkan pada mereka di sekitarku. Apapun lukisan hati anda itu menggambarkan emosi, pilihlah lukisan bahagia dan itu kan memberi kesan pada diri dan sekeliling jua.. 

11:29 am

*Ingin aku kisahkan jua aku jatuh hati dengan akhlak mereka yang indah dan terasa tulusnya.. Aku lebih suka mengintai insan-insan ini dari sudut yang tak di ketahui.. Perlahan-lahan aku belajar dari kebaikan mereka serta mengambil bait kata yang baik dari setiap ucapan mereka untuk rujukanku.. Aku meneladani mereka kerana aku tahu untuk jadi baik, kita kena tengok akhlak yang baik juga.. Jom audit diri~

3:30 pm
*Sehingga kini aku masih mencari-cari, dan pencarian ku tak semudah ku jangka.. Semoga aku berhasil menemukannya.. Usaha beserta doa dan selebihnya tawakal pada Allah.. Semoga  di pertemukan dalam suasana yang di redhai, n di berkati oleh-Nya.. Amin..

Sekian.

rahsia~ buat hati tertanya-tanya..

('-')/nur_hani