Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 21 September 2011

~apa yang istimewa sangat?

 Apa saja yang berlaku.. semua di luar jangka,
9:35 am
Bismillah, Sebelum memulakan 1000 langkah kita mulakan dengan 1 langkah.. Ewah, kata-kata yang aku dapat dari ikm fm, terima kasih siti & saiful seronok pagiku dengan mengambil aura dari kalian.. Semua dari izin Allah.. Aku mulakan pagi dengan baju rona hitam dan tudung kelabu.. Memberi kelaianan pada hari ini.. Tamu di Asia City awal lagi dah memanggil untuk di kunjungi.. 
Sebaik tiba di pejabat aku dan 5 lagi rakan sama-sama pergi tamu untuk melihat menu untuk sarapan pagi ini.. Berbagai-bagai menu ni, rambang mata.. Sambil tu aku beli bawang merah dan bawang besar.. Hehe,
11:00 am
Alahai, cepat masa berlalu.. Sampai aku tak sedar dah jam11 pagi rupanya.. Hari ini kelihatan baik-baik sahaja.. Tapi ujian juga untuk aku bila melihat beraneka kuih raya yang terhidang di pejabat ni, alahai kena diet ni.. Huhu, asyik makan silap hari bulan timbangan rosak pula bila nak timbang berat hehe.. Harap tak lah sampai macam tu sekali..
11:37 am
✿ ♥ HATI BERBUNGA, dan ibaratnya musim bunga sakura di jepun.. Hehe
✿ ♥ ♥ HATI BERBUNGA, sehingga tiada ayat untuk menzahirkan perasaan.. Alhamdulillah
✿ ♥ ♥ ♥ HATI BERBUNGA, seperti bumi terhenti seketika.. Perasaan indah yg Allah ciptakan..
>Ada Kebahagiaan,
Hanya dengan bicara yang entah apa sahaja yang dibualkan..

>>Ada Senyuman Indah,
Walaupun perbualan yang tak sampai sejam lamanya..

>>>Ada Keceriaan Terpancar,
Hanya dengan lawak yang biasa tapi kena di jiwa..

>>>>Ada Ingatan Mencuri Hati Ini,
Yang lekat di minda hingga tak jemu untuk di ingati.. Pelik jika di imbas kembali..

~apa yang istimewa sangat?

Panggilan teman itu Allah jua yang mengizinkan.. Pada saat hati ku teruji dengan sekeliling yang pelbagai halnya, Allah menenangkan aku.. STOP! Aku kembali memijak bumi untuk memberi ingatan pada diri, bahawa yang Allah hadirkan itu pinjaman.. Pada bila-bila masa akan di pulangkan apabila sudah luput tarikhnya.. Jangan lupa itu Nur Hani~ Semoga kami saling kasih-mengasihi, rindu-merindui, ingat-menginagati dan doa-mendoakan kerana Allah.. Amin

Aku jalani walaupun ada gementar, dan aku mahu terus melangkah gagah manakala selebihnya aku pasrah pada Allah.. Hanya doa sebagai senjata ku menempuh segala takdir hidup ku..

p/s: Selalulah berbaik sangka walau keadaan tidak mengizinkan kamu demikian.. Hikmah pasti ada..

('-')/nur_hani

Friday 16 September 2011

Bersaksi 2 kalimah,

>> 2:4 1pm
Alhamdulillah.. Atas izin Allah aku bernafas lagi di atas bumi bertuah Malaysia.. Bersaksikan 2 kalimah syahadah aku membulatkan niat menjalani hari mencari redha dan keampunan Allah.. Manusia seperti ku ada ketika lelah dan lemah.. Aku mengakui tak mudah untuk aku berada di mana aku di sini saat ini.. Kejayaan sepenuhnya belum aku miliki namun akan ku usaha untuk merai, selebihnya ku serahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa..

Hari ini aku sendirian di rumah makcik.. Aku mengisi lapangku dengan berkongsi hari melalui blog ini .. 

>>3:01 pm
Baru sebentar tadi aku menghubungi kedua ayah dan bonda tercinta.. Hati lega mendengarkan khabar kedua-duanya.. Senyum ku bukan kepalang, ada kuntum-kuntum bahagia aku rasakan.. Orang kata kalau mahu di sayangi belajarlah menyayangi.. Aku banyak terlepas peluang melimpahkan kasih dan sayang kepada kedua insan penting dalam hidup ku ini, dan kini aku tak mahu mengulangi kekhilafan yang membuat aku kerugian.. Maafkan kaka, kaka akan berusaha tebus semuanya..Kaka sayang kalian berdua..

Aku yakin Allah sedang melihat, memerhati hatta setiap inci hal sekecil zarah yang terjadi di atas bumi ini tak terlepas dari cctv Allah.. Membuat aku semakin menginsafi diri, dalam usaha untuk membaiki mutu ibadah aku tak mahu mengalah walaupun ujian semakin menekan apalagi ketika hendak membuat kebaikan.. Aku selalu berkata pada diri bahawa selalulah menjaga niat hati, kerana di situ fokus utama..

Aku sangat bersyukur, terlalu banyak hikmah dalam segala hal yang di takdir dalam hidup ku.. Kesakitan yang dahulu aku rasakan membuat aku lebih memahami situasi orang lain.. Ada satu sudut yang membuat aku melihat dunia ini dari cara yang luar dari kebiasaan.. Aku juga berpeluang memahami diri aku yang sesungguhnya perlu menambah ilmu dan harus lebih bermotivasi untuk memberi aura yang positif kepada orang di sekeliling ku.. Aku juga didik diri buat baik bukan sebab pujian atau keduniaan tapi biarlah Lillahi taala.. Begitu juga halnya kalau bersahabat biar ikhlas, bukan mengharap agar di balas..

`Jangan mendamba dunia, ia tak kekal selamanya..
``Hisablah diri untuk bekalan ke akhirat tempat kembalinya kita semua..

Syukur Allah permudahkan aku dalam memperoleh ilmu pengetahuan.. namun ilmu ku tidaklah sehebat para alim ulama, atau ustazah di luar sana.. Tapi ini tidak bermakna aku akan berhenti menuntut ilmu sebaliknya peluang-peluang ini membuka hati yang terlalu satu untuk lebih memahami agama yang aku anuti ini.. Aku wanita akhir zaman yang masih memerlukan pimpinan insan..

`Ya Allah, hadirkanlah untuk ku seorang penolong dari-Mu..
``Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalanya..

>>4:07 pm
Membaca jambatan ilmu, aku paling suka membaca buku motivasi daripada majalah-majalah yang ada sebilangannya hanya berintipati gosip semata-mata.. Aku dah banyak koleksi buku, tapi koleksi--koleksi juga yang penting di baca dan ambil menfaat untuk rujukan kehidupan.. Sebab tu aku merasa setiap hari adalah hari baru yang tak harus di persia..

Mhm.. Ada satu hal aku nak kongsi, aku ada satu tabiat baru  iaitu mudah simpati bila ada yang melalui situasi yang mana membuat mereka bingung dan dilema.. Ada yang sanggup melukakan hati sendiri untuk terus berada dengan kekasih hati, ada yang dilema oleh masalah keluarga, dan tak kurang yang menjadi kejam kerana merasa seluruh dunia musuhnya.. Sebenarnya mereka ada masalah dengan hati.. Pada aku mereka ni cukup kasihan, aku pernah terfikir untuk menghulur bantuan memberi nasihat tapi ilmu sejengkal cuma dan aku hanya mampu mengangkat doa.. Tapi bila mereka perlu pertolongan aku berusaha juga membantu agar mereka tak berputus asa dengan kehidupan ni.. Aku sangat gembira untuk menghulurkan bantuan saat mereka berada dalam kesulitan.. Aku hanya pengantara, Allah jua yang memberi keizinan..

Aku rasa dah macam-macam kisah aku masukkan kat sini,  tapi masih lagi berpandu tajuk iaitu bersaksi 2 kalimah aku ingin berkongsi tips untuk penghuni rumah sepenuh.. Semoga kalian tak mensia-siakan masa agar kelapangan yang ada dapat di guna untuk merawat hati dan menambah iman pada Ilahi.. Masa itu emas.. Walaupun aku bukan sepenuh masa kat rumah tapi aku harap bergunalah setiap tips ini semua berdasarkan pemantauan aku dan sedikit cedukan pendapat dari pelbagai pihak.. Sekadar ingin berkongsi , terserah anda untuk memikirkan keperluannya.. Kita mulakan:-

  1. Jaga 5 waktu, dan berusaha untuk istiqamah Lillahi Taala..
  2. Selesai tugasan rumah bolehlah menonton tv, dan ada baiknya anda menonton saluran yang menambah pengetahuan bukan sekadar hiburan kosong yang akan merosakkan pemikiran..
  3. Cari hobi yang boleh memberi faedah seperti memasak, menjahit, membaca buku, menulis sajak, melukis dan paling tidak pun bersukan bersama keluarga atau jiran lagipun ianya baik untuk kesihatan.
  4. Berzikir sambil melakukan aktiviti seharian, tambah pahala dan buat kita rasa dekat dengan Tuhan..
  5. Belajar ilmu agama, berpakat dengan ahli komuniti tempat anda tinggal dan upah ustaz atau ustazah bertauliah sebagai sumber rujukan..
  6. Selain itu anda boleh mendirikan solat-solat sunat agat keimanan bertambah kuat..
  7. Muhasabah diri, koreksi kesilapan dan cuba perbetulkan persepsi yang mengatakan anda menanggung beban.. Sebaliknya beritahu diri bahawa tanggungjawab ini anda laksanakan sebagai tanda kasih-sayang anda terhadap ahli keluarga dan setiap satu berada dalam penilaian Allah..
  8. Manakala yang terakhir, anda di cadangkan supaya mengisi lapang dengan membaca Al-Quran dan terjemahan bertambah lagi ilmu pengetahuan... InsyaAllah,
Fuh, dah banyak aku mengomel ni, rasanya cukup sampai di sini.. Sekian.. sehingga bertemu lagi,

p/s : Jalani hidup dengan keikhlasan bukan dengan keterpaksaan.. 

('-')/nur_hani

Monday 12 September 2011

Aku Sayang Kalian Kerana Allah

 9: 05 am
Dengan nama Allah pagi ini ku mulakan lagi, dan senyuman masih aku ukirkan dalam menahan sakit gigi.. Pasti ada sesuatu di sebalik ujian ini.. Aku yakin, ya..  Sabar~

Perhubungan yang unik antara kita dan sekeliling membuktikan bahawasanya hidup kita tak sendiri.. Khas buat sahabat-sahabatku, aku mahu kalian tahu aku sayang kalian kerana Allah.. Aku tak mengharap balasan dari kebaikan ini melainkan mencari redha dan keampunan Allah.. Hati ini merasa bahagia melakukan hal-hal yang baik kerana itu diri ini nekad mahu melakukan lebih banyak hal yang baik.. Alhamdulillah Allah hadirkan insan2 baik seperti kalian, semoga kita saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati, ingat-mengingatkan dan doa-mendoakan.. Amin,

Luas terbentang rahmat Allah, jadi jangan mudah menyerah kalah.. Aku dah buat temu janji esok pagi jam 9:30.. Aku nak pergi tampal gigi, mudah-mudahan aku boleh bertahan.. 1 hari lagi nur hani, kamu pasti boleh!

Seronok sarapan dengan teman sepejabat, berkongsi rezeki rasa lebih meriah ni.. Suka hati ini melihat wajah-wajah ceria, hehe.. Mhm, pejabat ni kalau tak ada hurup M macam tak sah.. Aku syukur juga bila dapat mengelak diri sebab meja aku berada di sudut tepi.. Tapi bila ada perkara positif ada ketika aku join da club.. Hehe..

Sempat dapat ilmu kat web ni, meh kongsi Solat Taubat..

Nak dengar ikim.fm, bateri fon low pula.. Tak pelah.. Fokus dengan kerja.. (: Senyum..

10: 00 am
 Lepas makan panadol, lega sikit rasanya.. Sedang mendiamkan diri..

11: 47am
Interesting,  ujian tiba dan aku cuba bertenang.. Semoga my sis akan memahami.. Aku tak mahu memihak sesiapa dan setiap mereka saling dalam dilema.. Kekeliruan dan buntu mencari jalan penyelesaian.. Perkara terakhir yang dapat aku buat ialah mendoakan segala hal ke arah kebaikan.. Ready to go,


1: 15 pm
Ada berita gembira dan sedih juga, kawan seangkatan dah dapat tawaran kerja tetap.. Tahniah, tapi macam sedih pula.. Tak mengapalah.. Kami akan sokong kamu, dan takdir ini harus di lalui.. Setiap pertemuan ada perpisahan semoga kita tak putus perhubungan.. Amin,


I'm DONE!




p/s: Hidup ini biarlah sentiasa bermotivasi, dan pastikan emosi dalam keadaan tenang menghadapi sebarang situasi kemudian barulah kita boleh nampak jalan penyelesaian.. (: insyaAllah..


('-')/nur_hani

Sunday 11 September 2011

Berbaik Sangka..

11 : 18 am
[♥ بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ]

Bermulanya isnin ini dengan senyum penuh keceriaan.. Alhamdulillah.. Seawal pagi mesej ku kirim buat teman2 dari kejauhan ku mahu mereka mengukir senyuman memulakan tugasan.. Sekalipun ada mesej yang tidak berbalas aku cuba bersangka baik.. Hati ku berkata: kita tak tahu apa yang orang lain lalui, setiap mereka punya alasan untuk setiap tindakan.. Mereka juga ada hak untuk memiliki "privacy".. Jadi jangan ambil hati pada tingkah manusia pada kita.. Buat biasa saja, tak perlu menaruh harapan untuk menjadi orang penting dalam hidup mereka.. (: be cool,

Suasana raya masih di sana-sini, rumah terbuka dan macam-macam acara di laksana.. Ya Allah, ampunkan hamba-Mu yang lemah ini.. Ada ketika berlaku hal-hal di luar jangka, hingga tak dapat di elak dan aku merasa bersalah.. Aku berdoa untuk memperbaiki diri, dan terus tingkatkan kualiti ibadah.. Memang begitu, semakin mendekati semakin diuji, semoga aku kuat menempuh liku-liku hidup ini..

Masa begitu pantas berlalu, 13 syawal sudah pun ku lalui.. Hari ini14 syawal sunggul tak ku menyedari.. Bertanya lagi, banyak amal selama hidup ini, penuh kah? Berkurangkah? Diterimakah? Bimbang, cuma aku teringat beberapa ayat yang membuat aku suka untuk memberi peringatan pada diri dan antaranya,
  • Nilaian Allah bukan pada banyaknya amalan tapi seikhlas mana hati kita saat ia dilaksanakan..
  • Jangan hitung kebaikan yang kita lakukan tapi hitunglah kebaikan yang Allah berikan agar kamu insaf dan selalu bersyukur..
  • Ingatlah kebaikan orang pada kamu, dan lupakan kebaikan kamu pada orang lain..
  • Selalulah memberi kemaafan, hati kamu akan tenang menjalani kehidupan..
  • Apapun tindakan bermula dengan niat..
12 : 00 am
Aku sakit gigi, membawa kepada sakitnya kepala.. Hanya Allah tahu rasa yang aku alami, semoga aku redha pasti ada hikmahnya.. Sabarlah wahai nur hani, huhu..


Banyak yang bertanya tentang aku dan teman baru, aku hanya mampu tersenyum.. Kisah kami ibarat apa ya? (: Seketika kami ~S.E.N.Y.A.P~ dan aku tak ada ayat untuk memberi ulasan sekadar senyum sebagai jawapan.. Pada aku kami masih sesi suai kenal.. Doakan perhubungan ini berkekalan kiranya memberi kebaikan, dan biarlah kami berjauhan kiranya perhubungan ini membawa kemudaratan.. Hanya Allah Maha Tahu, ku berserah pada-Mu Maha Esa..

2: 05 pm
Tengah makan jambu batu sambil buat kerja, sambil tu baca artikel-artikel secara online dan chat dengan kawan2 yang sedang online.. Cuaca mendung, ada petanda hujan.. (:


Setakat ini dahulu bicara ku, sekian..

p/s:  Selalu lah bersemangat! & menyumbang kepada kebahagiaan orang lain.. Apapun yang ingin kamu lakukan ingat bahawa Allah sentiasa memerhatikan kamu..


('-')/nur_hani

Tuesday 6 September 2011

Upload gambar, untuk tatapan teman


8: 55 am
Salam, today mood ok jak.. Nak upload gambar jap lagi.. Everyone, be ready..

Kemeriahan menyambut raya di pejabat.. Horayyy!
Jalan raya sesak jguga, alahai..

Pusat membeli-belah hampir terbelah, ramai betulll..




Balik kg, woo woo.. ('-')/
Suasana di rumah my dad, malam sebelum raya..
Raya, sangat  sinonim dengan kui raya.. byknyerrr (:

Pagi raya,
Hujan rahmat, Alhamdulillah..





















Masa untuk bermaaf-maafan.. Sedihlah pulak.. huhu






Hujan bukan penghalang menjalani syawal yang di nanti.. ayuh rai,
Jalan-jalan cari kui raya, hehe.. jom..
11: 24 am
...Candid masa buat kui raya, hehe..
Tengok betul-betul, cara buat hehe..
Isikan inti kacang, kat tengah..













Bulatkan semula dengan padat spya tak mudah pecah
Tak sabar menanti, wangi dah keluar.. yummy,













































Bila dah sejuk cikit, gaul dengan gula halus..











Selesai, hehe.. Gerenti sedaplah! (:












Hah! Ni plak kuih celup coklat.. blm msk lagi ni..


Last, kuih cornflakes, manis n rangup.. Siap!












Yummy, Sedaaap.. hehe
Sepupu yang comel, nak tlg jg hehe.. alahai..

Monday 5 September 2011

lagi, dan lagi..

8: 44 am
Ar-raudhah ramzun lil waqar (taman simbol untuk ketenangan), ni lah yang aku dapat dalam kelas bahasa arab tadi di ikim fm.. Alhamdulillah, harap betul lah aku eja ni.. Allah Maha Kuasa memberi 1 lagi hari untuk hidup tanpa aku ketahui baki yang masih ada.. Terlalu pantas masa ini berlalu, dalam sedar tak sedar sudah dewasa diri ini.. Mendidik diri menjadi lebik baik tak sama dengan mendidik orang.. Hal ini kerana melibatkan kejujuran terhadap diri sendiri dan kepada Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui sedang itu sebuah ~RAHSIA~..

10:12 am
Semoga langkah dalam hidupku di berkahi Allah.. Sebenarnya seronok menambah persaudaraan dalam persahabatan.. Jalinan ikhlas tanpa mengharap balasan atau menyimpan harapan.. Aku tak mengharap jadi orang penting dalam hidup sesiapa, cukup syukur di jadikan saudara dan teman.. Aku dah makin faham kehidupan ini perlahan-lahan.. Tiada 1 pun akan kekal lama, sampai masa kembali kepada yang empunya termasuk kesihatan, teman-teman dan segala yang kita ada  kerana semua pun pinjaman Allah.. Kita mesti selalu beringat dan bersyukur hendaknya dengan kurniaanNya..


Aku dan teman ku masih berhubung malalui e-mail, mungkin tidak sekerap di awal perkenalan.. Aku memberi dia ruang untuk melaksana tugasnya, pada aku dia seorang sahabat yang baik.. Aku juga berharap persahabatan ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan mendidik kami agar lebih matang dapat pergaulan.. 


11: 13am
Saat ini aku berdiam diri, jauh dari rasa-rasa yang akan menghadirkan gelisah.. Doa sahaja dapat jadi senjata ku memerangi kekalutan.. Moga Allah kirimkan aku kekuatan dan keteguhan iman.. aminnn..


11: 28 am
Ternampak iklan pizza, 3 regular pizza rm35.. yummy.. Alahai, lau bbuka gn pizza sedap juga agaknya kan? Ops, hampir tlupa, ada yang susah dapat makan.. Semoga aku tak lupa untuk berkongsi rezeki kurniaan Ilahi.. (:


p/s:  Just move on.. k,


('-')/nur_hani

Hati milik Ilahi,

8:14 am
Bismillahhirrahmannirrahim.. Suasana pejabat sedikit sunyi sepi.. Ada yang masih bercuti, al maklum raya kan sebulan hehe.. Tangan dah rindu menaip, dan hati teruja untuk brkongsi cerita di hari raya.. Walaupun dah seminggu raya, bulan puasa punya memori tersendiri yang aku tak dapat lupa.. meh perlahan-lahan kita belek kisah ramadhan ku yang membuat aku teruja.. Apapun ku mulakan dengan memohon kemaafan atas segala kekhilafan dalam sedar atau tidak..
  • Ramadhan bez part buat kuih smpai jam 2:30 am, tapi yang rugi tak dapat p ikut terawih.. Huhu.. Banyak peristiwa yang membuat aku mengukir senyuman.. Syukur,
  • Lepas tu bila tiba raya, part yang paling aku suka ialah jalan2 dengan member2.. Sekian lama menyepi tanpa berita, pertemuan menjalin semula ikatan.. Alhamdulillah..
  • Aku juga sempat ambil pose2 terbaik.. buat tatapan kalian.. (:  hehe, nanti akan di sediakan 1 page khas tuk gambar tatapan kalian.. sabar menanti ya..
  • Cuba untuk lebih bijak mengawal emosi.. Bukan mudah, tapi tak susah sendiri pilihlah..
9:18am
Temanku itu sudi menghadirkan diri ke rumah pada raya yang ke2.. Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja.. Aku tidak terlalu melihatkan keterujaan.. Cuba bertenang malah aku tak mahu dia menduga hati ku.. Jelas aku merasa mudah memahami dan aku tak akan memaksa.. Sebagai seorang kawan aku seharusnya memberi kebebasan.. Masih saling berkenalan, moga aku dapat menjaga hati sebaik mungkin.. Akan ingin menjarakkan diri, agar selalu menjaga batasan..
Sekali lagi Allah menguji imanku, kehadiran teman baru itu rasanya bukan untuk aku miliki.. Allah mahu aku selalu berkongsi dan jalani secara sederhana, dan ingatan buatku bahawa tiada hal yang abadi melainkan Allah.. Cinta pada Allah aku takkan rugi, malah banyak hal yang baik-baik terjadi.. Sekalipun di uji damai di sisi Ilahi kerana menyakini tiada hal yang sia-sia.. Setiap kali hati terlalai aku cuba istighfar, dan mengingatkan diri hidup tak lama kat dunia ni.. Ketahui bahawa hati ini milik Allah sememangnya.. Sesungguhnya Dia layak untuk di cintai, kerana kasih sayangNya pada hamba-hambaNya terlalu banyak sekalipun ada yang berpaling dariNya.. Ya Allah teguhkan imanku, tetapkan pendirianku kepadaMu ku memohon.. Semoga di perkenankan, amin..

Kini aku lebih bahagia begini, Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.. Aku mahu memperbaiki ibadah ku dan hubungan denganNya.. Semoga hati ini selalu dalam iman dan taqwa.. Ya Allah:
Semoga aku sentiasa sabar menerima ujian,
Sentiasa syukur atas segala kurniaan,
Sentiasa redha segala qada,
dan ikhlas mencari redha dan ampunanNya..

11: 04am
Raya aku dapat bersama mama dan bapa.. Aku cuba meluang masa untuk kedua-duanya.. Penat namun inilah tanggungjawab, berusaha membahagiakan sehabis daya walau ada ketika hati kecil ini teruji.. Aku berdoa agar kami sekeluarga beroleh limpahan kasih sayang, keteguhan iman, kesihatan tubuh badan dan di murahkan rezeki (yang halal).. Sempat juga bersama-adik-adik dan anak-anak buah yang comel dan keletah yang pelbagai.. Hehe

Ujian, tak mungkin hilang dari papan kehidupan.. Berpegang kuat pada isi Al-Quran dan sunnah.. Tiada yang mustahil di sisi Allah.. Allah Maha Hebat..

p/s: Syawal, sebaiknya garisan permulaan untuk tingkatkan lagi ibadah lepas dah khatam Ramadhan.. Bukan cuba, tapi laksana untuk istiqomah ibadah lewat malam harapnya.. Banyakkan ingat Allah, jaga hati dengan hati-hati kerana di sana nilaian Ilahi..

('-')/ nur_hani