Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 12 September 2011

Aku Sayang Kalian Kerana Allah

 9: 05 am
Dengan nama Allah pagi ini ku mulakan lagi, dan senyuman masih aku ukirkan dalam menahan sakit gigi.. Pasti ada sesuatu di sebalik ujian ini.. Aku yakin, ya..  Sabar~

Perhubungan yang unik antara kita dan sekeliling membuktikan bahawasanya hidup kita tak sendiri.. Khas buat sahabat-sahabatku, aku mahu kalian tahu aku sayang kalian kerana Allah.. Aku tak mengharap balasan dari kebaikan ini melainkan mencari redha dan keampunan Allah.. Hati ini merasa bahagia melakukan hal-hal yang baik kerana itu diri ini nekad mahu melakukan lebih banyak hal yang baik.. Alhamdulillah Allah hadirkan insan2 baik seperti kalian, semoga kita saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati, ingat-mengingatkan dan doa-mendoakan.. Amin,

Luas terbentang rahmat Allah, jadi jangan mudah menyerah kalah.. Aku dah buat temu janji esok pagi jam 9:30.. Aku nak pergi tampal gigi, mudah-mudahan aku boleh bertahan.. 1 hari lagi nur hani, kamu pasti boleh!

Seronok sarapan dengan teman sepejabat, berkongsi rezeki rasa lebih meriah ni.. Suka hati ini melihat wajah-wajah ceria, hehe.. Mhm, pejabat ni kalau tak ada hurup M macam tak sah.. Aku syukur juga bila dapat mengelak diri sebab meja aku berada di sudut tepi.. Tapi bila ada perkara positif ada ketika aku join da club.. Hehe..

Sempat dapat ilmu kat web ni, meh kongsi Solat Taubat..

Nak dengar ikim.fm, bateri fon low pula.. Tak pelah.. Fokus dengan kerja.. (: Senyum..

10: 00 am
 Lepas makan panadol, lega sikit rasanya.. Sedang mendiamkan diri..

11: 47am
Interesting,  ujian tiba dan aku cuba bertenang.. Semoga my sis akan memahami.. Aku tak mahu memihak sesiapa dan setiap mereka saling dalam dilema.. Kekeliruan dan buntu mencari jalan penyelesaian.. Perkara terakhir yang dapat aku buat ialah mendoakan segala hal ke arah kebaikan.. Ready to go,


1: 15 pm
Ada berita gembira dan sedih juga, kawan seangkatan dah dapat tawaran kerja tetap.. Tahniah, tapi macam sedih pula.. Tak mengapalah.. Kami akan sokong kamu, dan takdir ini harus di lalui.. Setiap pertemuan ada perpisahan semoga kita tak putus perhubungan.. Amin,


I'm DONE!




p/s: Hidup ini biarlah sentiasa bermotivasi, dan pastikan emosi dalam keadaan tenang menghadapi sebarang situasi kemudian barulah kita boleh nampak jalan penyelesaian.. (: insyaAllah..


('-')/nur_hani

2 comments: