Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 5 September 2011

lagi, dan lagi..

8: 44 am
Ar-raudhah ramzun lil waqar (taman simbol untuk ketenangan), ni lah yang aku dapat dalam kelas bahasa arab tadi di ikim fm.. Alhamdulillah, harap betul lah aku eja ni.. Allah Maha Kuasa memberi 1 lagi hari untuk hidup tanpa aku ketahui baki yang masih ada.. Terlalu pantas masa ini berlalu, dalam sedar tak sedar sudah dewasa diri ini.. Mendidik diri menjadi lebik baik tak sama dengan mendidik orang.. Hal ini kerana melibatkan kejujuran terhadap diri sendiri dan kepada Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui sedang itu sebuah ~RAHSIA~..

10:12 am
Semoga langkah dalam hidupku di berkahi Allah.. Sebenarnya seronok menambah persaudaraan dalam persahabatan.. Jalinan ikhlas tanpa mengharap balasan atau menyimpan harapan.. Aku tak mengharap jadi orang penting dalam hidup sesiapa, cukup syukur di jadikan saudara dan teman.. Aku dah makin faham kehidupan ini perlahan-lahan.. Tiada 1 pun akan kekal lama, sampai masa kembali kepada yang empunya termasuk kesihatan, teman-teman dan segala yang kita ada  kerana semua pun pinjaman Allah.. Kita mesti selalu beringat dan bersyukur hendaknya dengan kurniaanNya..


Aku dan teman ku masih berhubung malalui e-mail, mungkin tidak sekerap di awal perkenalan.. Aku memberi dia ruang untuk melaksana tugasnya, pada aku dia seorang sahabat yang baik.. Aku juga berharap persahabatan ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan mendidik kami agar lebih matang dapat pergaulan.. 


11: 13am
Saat ini aku berdiam diri, jauh dari rasa-rasa yang akan menghadirkan gelisah.. Doa sahaja dapat jadi senjata ku memerangi kekalutan.. Moga Allah kirimkan aku kekuatan dan keteguhan iman.. aminnn..


11: 28 am
Ternampak iklan pizza, 3 regular pizza rm35.. yummy.. Alahai, lau bbuka gn pizza sedap juga agaknya kan? Ops, hampir tlupa, ada yang susah dapat makan.. Semoga aku tak lupa untuk berkongsi rezeki kurniaan Ilahi.. (:


p/s:  Just move on.. k,


('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment