Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 25 October 2012

Cemburunya..

Cemburunya~ (//_\\)

Assalammualaikum,


Sebenarnya aku "cemburu" baca blog orang, banyak yang update blog masing-masing dan aku pula tak ada masa jak memanjang.. Pastu asal nak publish something jak mesti ada halangan.. Lama benar aku tak menitipkan kata-kata di blog yang sekian lama terbiar.. Semenjak raya aidilfitri rasanya dah terbiar.. Kisah raya pun aku tak sempat cerita lagi.. So, untuk melepaskan kerinduan aku nak cerita sikit-sikit apa yang dah berlaku:

Al-kisah, bermulalah di sebuah padang pasir.. Hehe.. :


OGOS
  • Tarikh 1 & 3 syawal 1433, pertemuan 2 buah keluarga.. Sejak dia menyatakan hasrat untuk menjadikan hubungan ini halal pada 9 Ogos 2012 selepas dia solat istikharah akhirnya dia bulat dengan keputusan.. Saast itu juga fasa demi fasa telah tersedia buat kami berdua..Si dia menyatakan hasrat untuk ke rumah nak bawa seisi keluarga berkenalan dengan my family.. Seriously? Memang serius, dan aku berdebar tunggu waktu tu.. Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Kehadiran mereka seisi keluarga ibaratnya merisik khabar, hihi tersipu malu aku di buatnya.. Penuh ruang tamu dengan mereka sekeluarga ada bahagia sukar ku gambarkan.. Thanks Allah, anugerah buat ku.. Selang sehari kami pula membalas ke rumah si dia,untuk pengetahuan korang jauh juga perjalanan nak ke rumah si dia.. Kalau dia tak ambil kat pekan entah pa jadi, rasanya drive sendiri sesat agaknya hehe.. Adik aku yang baru jak kuarkan kereta rasanya berdebar bawa kereta baru dia hehe..Terdetik di hati aku juga tentu rumah atas bukit, ternyata tekaan ku benar belaka.. Satu peristiwa yang adventure.. Tapi ada ukhwah terbina alhamdulillah.. ('-')/
  • Selepas beberapa hari raya, kami melalui perbincangan telah membina kata sepakat untuk meneruskan segala perancangan.. Satu-persatu urusan di notakan sebagai ingatan,dan setiap minggu ada sahaja hal yang harus kami selesaikan bersama.. Susun atur urusan sudah dicatatkan tinggal menanti waktu untuk dilaksanakan..
  • Banyak juga yang cuba menyatakan ketidak senangan mereka akan niat ini kerana kata mereka terlalu muda.. Aku enggan menyatakan suara untuk membalas bicara itu, tapi di hati ku ada doa moga Allah beri kefahaman kepada orang-orang ini akan niat hati kami.. Moga Allah redhai keputusan ini, amin..
SEPTEMBER
  • Bermulalah sudah persiapan ke arah majlis besar nanti.. Bermula dengan majlis pertunangan yang akan berlangsung sebulan dari sekarang.. Persiapan pun kami bincang dan cuba buat bersama sekalipun kami masih kekok saat bersua.. Masa beli barang hantaran, kami bawa kaka dia sekali jadi ada juga orang tengah yang boleh tolong kami berkomunikasi.. 
  • Hujung minggu, itu sahaja masa yang kami ada.. Aku meninjau dan buat perbandingan harga sambil tu buat perbandingan harga barang-barang untuk di buat hantaran.. Syukur alhamdulillah, kami dapat jaga batasan dalam pergaulan sebab dia bawa kaka dan anak buah teman kami beli barang.. Walaupun pada awalnya aku gementar jumpa ipar tapi atas izin Allah aku dapat juga bawa diri.. ('-')/ Hehe.. Macam-macam barang dah beli, mana kain, wangian, dan macam-macam yang berkaitan.. Walaupun ada yang tak beli lagi, sekurang-kurangnya dah ada jadi aku perasan juga ini benar-benar dan bukan mainan.. Tq Allah, syukur alhamdulillah kerana banyak juga urusan yang di permudahkan.. Seminggu ini urusan barang hantaran jak pun dah penat, doaku semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik.. Sepanjang seminggu, setiap malam ku menjadi sibuk sebab nak buat gubahan pelbagai bentuk, mujur ada kawan serumah yang prihatin sesekali turut sama memberikan idea dan membantu menghasilkan gubahan.. Aku memilih warna ungu tema untuk pihak lelaki dan pink untuk pihak perempuan.. Aku siap cari kat google lagi cara-cara nak buat gubahan.. Asal jumpa yang berkenan aku terus print, siap buat buku scrap lagi hehe.. Kelas kau jahhh.. Hihi, hehe, haha..
  • Sepanjang persiapan itu kami juga berdua pun macam pasangan lain  juga kena buat ujian saringan HIV di hospital, mengikuti kursus pra-perkahwinan, dan kena isi borang nikah dan macam-macam lagi.. Memandangkan parent tak nak tunang lama-lama kami akur dan faham akan niat mereka.. Semoga Allah bantu kami jaga batasan dalam perhubungan hingga di halalkan perhubungan..Majlis pertunangan di awalkan atas permintaan pihak keluarga si dia..
  • Sepanjang perjalanan sebelum majlis, pelbagai halangan dan ujian, hati dan emosi ini hanya Allah Maha Tahu segala sesuatu.. Tiada kekuatan melainkan dengan izin-Nya.. Penantian yang menguji hati dan iman ku sebagai manusia biasa..
OKTOBER
  • Semakin hampir saatnya, semakin kuat ujian ni.. Tak boleh patah balik, kena go on.. Be strong! 
  • Sesungguhnya aku dah mula merasa bahang debaran yang teramat sangat.. Detik itu semakin menghampiri dan terasa berbeza rasa ini, tak dapat aku memberi bayangan hanya mereka yang melalui fasa ini  dapat benar-benar mengerti maksud ku ini.. Semakin dekat waktu itu semakin gementar pula ahaiii.. 
  • Tiba hari di nanti majlis pertunangan.. 6 oktober 2012 tarikh keramat yang menyaksikan 2 buah kelaurga bertemu memberi restu hubungan ini untuk bersatu.. Aku bangun seawal pagi, menyiapkan diri berwangi-wangi hehe.. Final touch, fuh sempat lagi buat semula hiasan coklat gara-gara di serang semut.. Pergh, masa punya singkat mana nak buat gubahan buah lagi.. Hihi, pressure juga lah aku di pagi hari.. Bagi mengurangkan tekanan aku minta tolong adik aku Nana inaikan jemari aku ni.. Masa itulah juga ada tangisan dan senyuman serta debar perasaan yang sangat bercampur-baur..
  • 11.00 pagi acara bermula.. On time si dia datang bersama rombongan keluarga.. Aku yang menanti di ruang bilik tak putus-putus selawat dan berdoa moga urusan majlis dipermudahkanNya.. Pada hari itu aku dan si dia mengenakan warna merah jambu.. Sangat sweet, sempat lagi blackout jap.. Tapi itu tidak menjadi halangan untuk meneruskan majlis.. Saat dipanggil keluar aku begitu tenang alhamdulillah.. Sana sini aku nampak masing-masing dengan kamera dan aku seolah jadi perhatian seketika.. Owh, just like an artist perghhh.. jangan marah.. Kamu dapat imagine tak suasana tu? Hehe.. Acara pun bermula.. Ada yang mencuit hati n ada juga suasana serius seketika, berselang dengan senyum penuh makna.. Saat cincin di sarung itulah tanda 2 hati mengikat janji.. Pelukan penuh makna dari bakal mentua menghadirkan kesyukuran yang teramat.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Semoga dapat membina hubungan yang harmoni hendaknya.. Selesai semuanya sesi bergambar dah tentu tak ketinggalan, di susuli dengan majlis makan-makan sambil beramah mesra dengan tetamu dan majlis bersurai.. Lega..
  • Sekarang sudah bergelar tunangan orang, darah manis lah katakan dan pada masa sama kami sama-sama siapkan diri dengan ilmu untuk ke satu fasa lagi.. Moga Allah pimpin hati kami berdua di jalan ini.. S-A-B-A-R, itulah yang kami kena selalu terapkan sambil tak putus berdoa apalagi dalam jarak ini.. Masih rasa dekat di hati, e-mail dan telefon kan ada.. Plus doa dalam solat juga jadi penguat, insyaallah.. ('-')/
Okey sekian dulu buat masa ini.. Tentang tragedi bulan oktober sabar menanti sambunganya.. mekasih pada yang sudi membaca kisah ini.. Tentang gambar nanti lau ada kesempatan akan cuba kongsikan..


p/s:
Siapkan diri dengan ilmu.. Pada masa sama cuba baiki hubungan dengan Allah, ibu bapa, keluarga dan insan sekeliling.. Positif lah selalu walaupun kalut dan kusut menjengah hari kamu.. Anyway, Selamat Hari Raya Korban kepada yang meraikan.. K, kata-kata akhir istighfar jom..

('-')/ Nur Hani