Assalammualaikum.. wbt
Seketika sunyi entri ni, ruangan yang menjadi medan perkongsian diari sehari-hari.. Kesibukan sedikit menghadkan masa untuk diri ini menaipkan bicara dari sang hati..
Secebis cinta yang terbazir di dunia, pasti saja ada yang berharap tentangnya..Mukaddimah yang sebenarnya sangat ringkas dan mudah di fahami.. Dulu ada hati terluka, kini ada yang sudi membalutnya berharap Allah berkati dan lindungi hati ini.. Ku biarkan hari-hari berbuat sesuka hati sambil diri meredhai kerana Illahi..
Lagu ini sekadar motivasi, kembali memiliki harapan kerana sedar betapa
besar kasih sayang Tuhan.. Aku sangat bersyukur, kekuatan dan semua
rasa bahagia yang hadir.. Sesungguhnya hidup itu tak kekal bahagia, tak
juga kekal derita dan kita yang mengemudi kehidupan ini harus selalu
berkompaskan Allah sebagai penolong dalam melayari hari-hari yang
bersisa entah berapa..
Dunia ni singkap sahaja, sedang penghuni silih berganti..
Memulakan sikap sabar memang pada awalnya sulit, namun semakin kita terbiasa ianya menjadikan hati selalu tenang mendepani apa sahaja situasi.. Selalulah berbaik sangka dan jangan mudah menelan bulat-bulat berita yang kita terima sebelum menyelidik kebenarannya.. Belajar untuk melihat manusia itu lemah, jadi kita akan mendidik hati untuk selalu memaafkan kelemahannya..
p/s: Berkasih-sayang kerana Allah, insyaallah akan melimpah jua kasih sayang-Nya..
('-')/ nur_hani