Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 31 July 2011

1 Ramadhan

10:32 am
Salam.. Hari ini permulaan puasa bagi semua yang beragama islam tak kira usia, bangsa mahupunstatus..  Aku sahur  dengan 2 biji kurma dan minum air suam.. Aku memulakan hari ini dengan lebih tenang walaupun hakikatnya awal pagi lagi aku di uji dengan hal-hal yang kecil dan jika tidak di kawal boleh membawa kepada amarah.. Astaghfirullahal azim.. 

Aku merai ramadhan di pejabat dengan mendengar radio Ikim.fm dan Alhamdulillah, permulaan baik untuk mengawal diri dari berbicara kosong.. Rahmat bulan ini lebih baik dari 1000 bulan.. Semoga aku tak sia-siakan kehadirannya.. Bila dah buat pelan tindakan harus di selangi dengan pelaksanaan untuk tingkatkan ibadah tanpa mengganggu aktiviti harian.. Moga aku lulus ujian ramadhan ini.. Kawal hawa nafsu, untuk rebut kelebihan ramadhan agar ia beri pengertian buat kita yang bergelar insan.. Moga ibadah di terima oleh Allah, insyaAllah.. Tapi biarlah  ibadah yang berkualiti hendaknya..  Kerana inilah 
  • Masa untuk memohon keampunan dari Allah 
  • Masa untuk memberi dan memohon kemaafan (terutama kepada ibu bapa)
  • Masa untuk memperbanyak ibadah baik sedekah atau lainnya.. Termasuk solat lewat malam
  • Masa untuk mengawal diri (lidah, perbuatan dan lain2 yang mengurangkan pahala puasa)

12:10 pm
Keihklasan dan ketulusan 2 hal ini mudah di lafaz, namun payah di laksana insyaallah mudah bila dah dimulakan.. Jadi jangan di tangguh-tangguhkan :).. Semoga ramadhan memberi kita lebih keinsafan dan beroleh keampunan Allah..

Dalam bimbang dan hilang arah, perbanyaklah zikrullah.. Kerana jiwa-jiwa perlu penyucian perlu di lembutkan dan dididik.. Yang lalu telah pun berlalu, kesempatan yang di beri  umpama 1 kelahiran baru bagi mereka yang ingin menjadi insan yang lebih baik.. Mudah-mudahan Allah permudahkan.. amin..


p/s:
Menfaatkan bulan ramadhan yang telah tiba sebaiknya.. Mari sama-sama kita baiki hubungan dengan Allah..

('-')/nur_hani

Thursday 28 July 2011

Puasa dan..

12:10 pm
Puasa dah dekat.. Look at ourself, macamana kita merainya? Hanya dengan makan-makan? Atau dah bersedia Terawih?  Solat lewat malam?  Tanya diri sendiri, adakah kita dah bersedia?


Jaga tingkah laku, perkataan dan semua yang boleh mengurangkan pahala puasa.. Rugi kalau puasa tapi tak dapat apa-apa.. Sama-samalah kita usahakan k? Mudah-mudahan Allah izinkan.. amin










p/s: Belajar puasa dengan betul! huhu, pesan buat diri


('-')/nur_hani

Wednesday 27 July 2011

biLa HaRus memiLiH.. KepuTuSan yaNg akaN menyaKiti [aku_kamu]

1:57 pm / Sambil buat kerja aku terpana pada 1 persoalan.. Bila harus memilih, memilih apa? memilih antara 2 hal.. Namun ini bukan lah soal cinta tapi soal hidup dan mati.. Mengetahui seseorang yang sangat kamu sayang, sangat dekat dengan kamu, malahan teman sepermainan kamu dan darah daging kamu perlu membuat keputusan penting dalam hidupnya hingga kamu sendiri hilang ayat untuk di ungkapkan.. Tapi aku masih bersyukur, terpilih untuk mengetahui lebih awal hal ini.. Walaupun hakikatnya aku juga sama terluka namun aku tak layak mempersoalkan takdir Tuhan.. Ujian ini harus aku gagahi untuk di jalani.. Dia memutuskan untuk berahsia, namun aku masih memujuknya untuk berterus-terang agar dia tak menanggung sakit sendirian.. Tuhan, kirimkan dia kekuatan ku tahu dia terasa lelah namun dia bijak menyembunyi dan aku dalam diam menyedari itu..

2:18 pm / Setiap sesuatu telah tertulis termasuk pertemuan, perpisahan, kelahiran, kematian dan rezeki.. Sesungguhnya semua itu rahsia Allah.. Aku mahu menerima  qadha dengan redha cuba ikhlas dengan tingkah ini agar beroleh redha & ampunan Ilahi.. Meyakini ini pengajaran bagi yang hidup aku sentiasa memberi teguran buat diri saat bertubi-tubi soalan di  fikiran.. Ikhtiar, solat, doa dan tawakal padaNya.. Percaya pada hikmah tiap ketentuan Allah..

p/s: Untuk membuat seseorang tabah, anda sendiri mesti  gagah untuk jadi contoh..

('-')/nur_hani

Tuesday 26 July 2011

betul? atau wa kena beb!

 7:35am
Assalmmualaikum.. w.b.t, subuh tadi dapat call dari seseorang.. Insan penting dalam hidupku.. Rindu,

 11:25 am
Argh! Tiba-tiba bingung bin blur.. Ni ada la staff ofiz ni promo aku jadi suara iklan untuk kain mewah.. Asalnya aku sekadar bual2 biasa bertanyakan perkembangan aktiviti rakamannya.. Nah, last nya aku di promosi jadi suara iklan radio sempena hari raya ni.. Entah jadi entahkan tidak! Tonight recording.. Aku mencuba nasib lah ni..  Skrip dah ada, tinggal aku jak sama ada mahu atau tak! Kalau bersungguh aku mesti tunjuk bakat yang aku memang boleh..  Lagipun ni peluang yang aku nanti-nanti selama ini.. Ya Allah, seandainya ini rezeki buat aku Engkau permudahkanlah.. Amin,

12:01 pm
Mhm, aku nak say apa ya?  Aku cuma nak menjadi seseorang! I still learning, please teach me..

2:37 pm
Sakit perut.. Sejak dari CP lg.. Period and crit birit kali ni.. Ujian, woah.. smpai kekepala ni sakit dia.. Ini perut sah macam kena pulas-pulas argh! aduhai,  Ya Tuhan..

4:24 pm
-OUT-

p/s:  Selalulah bersedia, supaya tak panik menghadapi sesuatu situasi secara tiba-tiba..

('-')/nur_hani

Friday 22 July 2011

bait2 ayat daLam Hari2Ku!

12: 30 am
Tak dapat tidur, so baca buku-buku motivasi..

4:30 am
Loceng berbunyi! (ringtone irama ost mr. bean) Bangun wei! Nak p kerja dah..

7:25 am
Sampai pejabat.. Alhamdulillah,  dapat lagi hidup ni.. Boleh lagi bernafas dan punya kudrat untuk menaip.. Let's go straigh to the main point! 

"bait2 ayat  daLam Hari2Ku!"

Setiap hari kita bercakap kan?  Ada yang banyak cakap ada pula kurang bercakap..
Biasanya isu yang menjadi percakapan kita adalah berlandaskan sejauh mana ilmu dan pengetahuan seseorang individu.. Paling tidak pun kita akan bercakap sebab ingin memberi arahan, megucapkan salam perkhabaran, nak mengorat, beli ikan kat pasar dan macam-macam tujuan lain..
Tapi bait2 kata yang aku nak cakap kali ni adalah tentang kesannya kepada individu..

Baiklah.. Kita mulakan dengan kata-kata pujian, tak kisah la iklas tau x.. Yang mana fungsinya boleh menjadi pembakar semangat untuk individu yang ingin mencapai cita dan impian.. Tapi ada ketika boleh buat seseorang lupa diri dek puji terlalu tinggi.. blalala.. aAmaklum lah ye..

Kemudian, kata-kata motivasi boleh jadi peransang untuk orang yang putus cinta, jatuh bankrup, atau mungkin sedang kehilangan termasuk hilang arah tuju.. Selalunya kita tak akan tahu apa yang orang lain lalui sehingga anda sendiri melaluinya..  Kita adalah manusia biasa yang hakikatnya lemah, namun dengan mutiara kata yang kena pada waktunya kita bisa bangkit menjadi insan yang lebih tabah, teguh dan mantap, sehingga di luar  jangka kita sendiri..


Hah, di ikuti lagi dengan kata-kata umpatan yang sah-sah boleh mebawa kepada fitnah dan aib kepada orang.. Sesekali kita tak sedar kata-kata kita boleh buat seseorang di buang kerja, di cemuh masyarakat atau saja merosakkan masa depan dan mencemar maruah seseorang.. Sebaiknya kita lebih berhati-hati dan fikir dulu sebelum keluarkan sebarang ayat dari mulut yang mungkin berbisa.. Fuh.. 


Seterusnya, kita tengok plak kata-kata berunsur hinaan.. Ni lah yang teruk, mengecilkan kebolehan orang lain / memandang jijik / hina pada orang  memang teruk.. Kategori yang sebaiknya di elakkan.. Kasihan mereka yang menerima kata-kata demikian macam pisau jak kata-kata sebegitu boleh patah semangat orang.. Banyak bahasa indah kat dunia ni yang boleh di guna terutama dalam memberi teguran atau kritikan misalnya di kalangan bos kepada pekerja, atau mungkin guru kepada murid, tak pun ibu bapa kepada anak.. Kita boleh gunakan banyak kata-kata yang lebih sopan untuk memberi teguran dan teladan..


Paling akhir ialah kata-kata makian / kesat.. Selalu muncul dalam keadaan akal tak terkawal dan amarah yang menggelegak macam gunung meletus.. Ni bahaya sikit.. Almaklum boleh bikin di serang penyakit jantung dan bikin tinggi darah silap hari  mati.. Mana tidaknya bahasa sebegini selalu diselangi dengan suara tinggi yang kasar  dan sesekali kaki dan tangan ikut serta sekali.. Tu yang sampai kes pukul, dan lain2 yang mengerikan.. Mohon di jauhkanlah hal-hal begitu..

4: 05pm
Penutupnya, kita mesti mau hati-hati dengan setiap bait-bait bicara.. Biarlah bicara yang berfaedah dan membina minda harapnya.. Lidah ni akan di persoalkan kemudian hari apa-apa yang di lafazkannya.. Pesan buat diri dan semua.. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri..

p/s: Lidah:
boleh jadi pisau yang melukakan perasaan &
boleh jd ubat merawat hati yang nazak..
So, berhati-hati menggunakannya..


('-')/nur_hani

Tuesday 19 July 2011

Di baWah awan yaNg berSeraKaN..

8:45am
Awal pagi ini, aku mendongak ke langit biru.. Kepulan awan berserakan indah  hampir menutupi langit biru.. Aku yang leka menghayati dari jendela bas melahirkan kekaguman ciptaan Tuhan..

Mhm.. Selama aku menjadi pejalan kaki, aku mengalami pelbagai situasi.. Baru hari ini aku mendapati aku telah melalui banyak pengalaman yang tak dapat di bayar nilainya.. Mungkin hal ini biasa bagi sesetengah orang.. Pengalaman termasuk di dekati salesman, ternampak orang kurang upaya yang tersesat, terserempak orang gila & peminta sedekah, terlanggar orang dalam tak sengaja, terserempak orang sama setiap pagi, melalui kawasan persekolahan yang hingar-bingar, dan hampir boleh menghafal no. flat yang kerap lalu lalang di jalan raya.. Yang pasti melalui jalan yang sama, traffic light yang sama, dan simpang yang sama cuma sesekali ku mengubah arah untuk mencari ilham dan membuat kelainan pada hari yang terlalu biasa.. Hehe..

Aku juga belajar untuk merasai kesusahan hidup orang lain, supaya aku beringat dan  mengambil teladan dan buat sempadan.. Betapa aku sebaiknya selalu bersyukur kerana walaupun berdepan dengan pelbagai permasalahan, ternyata  ada mereka yang menghadapi ujian yang lebih hebat lagi..

Semua pengalaman itu mendidik aku menghargai insan-insan penting dalam hidupku terutama ibu bapa yang masih ada untuk aku berpaut kasih.. Aku juga belajar untuk mengelakkan pembaziran terutama yang melibatkan makananan.. Aku juga belajar menyimpan untuk masa kecemasan yang kita tak tahu bila tibanya.. Pada masa sama aku juga belajar untuk melaksana tanggungjawab yang di beri sebaik mungkin.. Aku juga belajar untuk lebih memahami situasi orang lain yang sering di pandang remeh sesetengah kita hari ini.. Tidaklah nanti kita di katakan tidak bertimbang rasa..

Aku juga perlahan-lahan menerima kenyataan bahawa aku harus banyak mengalah (sabar) dalam pertelingkahan, kerana perlahan-lahan ianya akan reda sendiri juga akhirnya.. Kata orang, Untuk padamkan api yang marak kita kena simbah air bukan minyak.. Tak mudah, namun tak susah terserah atas pilihan.. (So, ikut situasi lah  kan?) Hehe, lu fikirlah sendiri

12:13 pm
Terasa mengantuklah pula aku ni.. Alahai, mhm.. Menu lunch? Malas nak fikir masih kenyang lagi.. on diet!  Sekurang-kurangnyanya kena kasi  trun 3-4 kilo.. Lalala, chiayo!

 1: 40pm
Rehat, sambil kerja.. Lalala..

2:05 pm
Stop!

p/s:
Kita suka menghitung hari, tapi pernahkah kita menghitung amalan untuk di bawa mati?  Sebab kematian adalah rahsia Allah yang kita tak tahu bila dan bagaimana ketibaannya..

('-')/nur_hani

Monday 18 July 2011

MatA tak semak Lagi!

10: 50 am
Alhamdulillah, dengan izin Maha Kuasa sehari lagi buat diri ini..  Wah, sedap mata memandang melihat kekemasan.. Lalala.. Maksudnya? 

Akhirnya my boss cut his hair.. Tapi, yang sodihnya ni hah member  aku yang sebaya aku tak lah reti nak potong rambut.. Tak rimas kah dengan rambut lebat, panjang yang belah tengah tu macam tabir dah aku tengok.. Kalau ia pun nak berjimat agak-agak lah juga..

I dont know, whether they realize it or not about their self.. Whatever, its not me! Should I say that to myself so that I can ignore what I saw.. Huhu.. The best thing I can do may be..  

*******************************************************************  
Suka hati kome lah..                    
Bah! antam tia, mana saja tah kadikamu..                      
Terserah kamu, imej anda melambangkan diri anda..               
It's up to you, its about people impression..                                 
Lu punya pasal lo, wa tila mau ambil kisah pun..                          
*******************************************************************
Lala.. Biarkanlah.. :)

12:25 pm
Sudah tengahari.. Tak sedar masa hari ini.. Sepatutnya hari ini aku teman adik pergi hospital.. Tapi cuti aku tak banyak lagi nasib ada mak cik tolong temankan dia, senang juga hati sedikit..

Beberapa hari lepas aku pulang kampung.. My lovely dad  masak special  untuk anak dia ni.. Jangan jeles, urat daging masak kari, sotong masak kicap dan sambal ikan & sayur campur.. perh!  Lumayan ni menu dia.. Hehe, sedap tul.. Besa 1 piring jak makan ni kali 2 piring, cancel my diet.. Lalala.. Pada masa sama teringin nak korek lagi rahsia masakan bapa kesayangan ku ni.. Hehehe berguru lah kiranya.. Bapa memang terkenal dalam family kalau menu kampung ni, sebab tu nak sangat ambil tahu rugi kalau tak belajar..

Mhm, pada masa sama kesihatan bapa akhir-akhir ni kurang memuaskan.. Mengadu sakit perut..  Mungkin lepas operation tu tak sembuh lagi.. Merisaukan juga, mudah-mudahan kesihatan bapa akan beransur pulih.. Doakan dia ya? Terima kasih semua.. amin.. 

Konflik dalam keluarga adalah lumrah, mungkin ada ketika diam adalah penyelesaiain terbaik agar ketegangan bisa bertukar reda dan menjadi mudah untuk di selesaikan.. Aku terlalu sayangkan keluargaku, namun aku juga manusia biasa yang sesekali mahu menzahirkan rintihan hati untuk didengari.. Kemaafan ku pohon jika ada bait bicara yang telah menyakiti insan-insan yang ku kasihi.. Sesungguhnya jauh di satu sudut mengharapkan selalu bahagia hendaknya..

1:00 pm
Siapa sangka? Tiada siapa menduga, kawan aku serumah kini adalah my junior during in the high school.. Macam tidak percaya! tapi itulah hakikatnya, gembira bertemu mereka.. Hope pertemuan ini membawa sesuatu yang lebih baik pada masa depan.. Amin,

2:15 pm
Ku bangkit semula dari lara yang sangat panjang.. Cuba membetulkan apa yang dapat aku perbetulkan dan memperbaiki segala yang masih boleh aku perbaiki.. Jika aku terus meratapi kedukaan sampai bila-bila aku tak akan dapat mencapai kebahagiaan sedangkan terlalu luas rahmat Tuhan untuk aku menaruh harapan  dan merealisasi impian .. Tak dapat di nafikan kadang hadir jua perasaan kecewa, tapi aku harus belajar membuka hati dan terus positif menjalani hari yang Allah kurnia buat diri.. Peluang sentiasa ada, insyaallah berkat usaha dan doa pasti aku  bisa miliki bahagia..
SABAR menanti.. 

My sister  nak bawa pi   Wisma Merdeka.. Katanya nak tengok sunset.. Kebetulan pulak aku pun nak tenangkan fikiran jadi aku setuju sajalah.. :) Huahua.. Memang kat sanalah tempat lepak aku dan adik aku, dah jadi rutin setiap minggu wajib pi  sana.. Bagus juga, boleh relax my mind.. Ada yang nak ikut sekali?  Jom.. Tiada yuran di kenakan.. Lalala..

p/s:
*Biarlah kita jadi insan yang di buang ke langit menjadi bintang, jatuh ke bumi menjadi permata..
(Ke mana pun kita di buang kita boleh menjadi insan yang cemerlang, mudah-mudahan)

('-')/nur_hani

Friday 15 July 2011

PuLang KampunG..

3:25 pm
Assalammualaikum.. Hari ini tak da lah nak cakap banyak, tengah menunggu waktu balik dan hati dah di kampung..  Lala, "my dad" dah menanti.. Balik kampung dengan adik..

Petang-petang begini seronok juga menikmati pisang goreng sambil bersembang.. Hehe, nasib ada "member" beli kat "asia city" dapat lah di realisasi angan-angan nak makan..

Dah kenyang senang hati semua, gelak ketawa memecahkan sunyi di pejabat.. Ada saja cerita dan gelagat mereka.. "I'll miss them" bila dah keluar dari sini..

Lala, ka N memang "notty" ada saja mencetus ketawa alahai intan payung kesayangan kami ni, hehe.. Sempat-sempat lagi tanya: ^^mana ubi manis aku? ^^ Alala  dah habis akak oi sebab "ensom boboy" tak beli banyak.. Kaka kat kaunter sempat nyampuk : ^^Tu lah lain kali kalau ada makanan jangan di lambatkan.. Orang "ofiz" ni semua kuat makan hehe..^^ Kesian Kak N, kebetulan tinggal 1 tapi dah di ambil orang.. Hehe, nanti beli lagi k? Apapun "special  thanks" kepada "ensom boboy" satu-satu jejaka yang ada kat pejabat arini selain "our bos"..  Dialah yang susah payah meredah hujan nak beli untuk kami kat "ofiz" ni hehe.. Jasa mu di kenang.. :)

3:53 pm
Mhm.. Apa lah yang agaknya menanti aku kat kampung?




p/s:
Ada ketika situasi itu tidak memihak, sabar menanti giliran.. Teruskan berjuang! Terutama untuk insan yang telah banyak mencurah kasih & sayang..  Mhm, "be strong girl" huhu..

('-')/nur_hani

Thursday 14 July 2011

Usaha ke Arah itu,

3:49 pm
Lewat petang ini barulah berkesempatan menitipkan bicara di blog ini.. Alhamdulillah, limpahan nikmat kurnia buat aku.. Sekalipun tekak ini serasa sakit, dan pening kepala yang datang tak di undang masanya.. Namun aku masih mampu meneruskan hari, Alhamdulillah..

Tajuk usaha ke arah itu merujuk pada pengumpulan semula semua karya ku.. Semua sajak yang aku hasilkan sepanjang perjalanan hidup ku ingin aku buku kan.. Soal keuntungan bukan lah pokok utama ku.. Sebaliknya perkongsian kisah-kisah di sebalik bait-bait kata itu yang cuba aku sampaikan.. Niat ini sudah sekian lama aku pendamkan, akhirnya hati ku terbuku untuk mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.. Acapkali mencuba pasti ada ujiannya, aku tak mahu putus harapan..

Mudah-mudahan hajatku kesampaian.. Amin..

4: 02 pm
Sebentar lagi nak pulang.. Aku nak kena buat jadual waktu untuk diri menjelang bulan yang paling di nanti pencinta kedamaian.. Aku tak nak ketinggalan jadi sebahagian dari mereka, jom sama-sama kita muhasabah diri.. Dekatkan diri dengan Dia supaya kita beroleh kasih sayang yang melimpah dariNya.. Amin..

p/s :
Hari-hari kita berbaki entah berapa, moga kita selalu baiki niat hati dan baiki kualiti iman pada diri..
amin..

('-')/nur_hani

Tuesday 12 July 2011

now already 12/july/2011

8: 43 am
Alhamdulillah, "now already 12/july/2011".. Hidup melebihi dari anggaran aku, tak sangka.. Namun pagi ini hari yang "blur" untuk aku.. Mana tidaknya semalam tidur aku sedikit terganggu.. beberapa minggu ini aku mengalami masalh jadual tidur, sebaiknya aku melaksana 1 jadual khas untuk aku supaya boleh berehat secukupnya sambil menjalani hidup normal sebaiknya agar aku punya kualiti kesihatan yang lebih bagus.. Awal pagi aku buka "google" untuk search tentang "headache" :

http://en.wikipedia.org/wiki/Migraine ..

Sering aku alami akhir-akhir ni, agaknya terlalu banyak di fikirkan.. "Need some rest".. Teringin nak ke pantai lagi..  Tempat yang paling menenangkan aku, dan memberi ilham untuk menghasilkan karya.. Menjadi penyajak tersohor di dunia sendiri.. Chewah.. Ni hobi terbaru aku, ambil gambar.. hehe, suka tau.. Lalala..










 9:21 am
OMD, oi mak datuk! Ada bau yang kurang enak telah tiba ke pejabat.. "ninu, ninu, ninu".. Oksigen.. Tolong! Tolong! Tolong!  Huh, pengsan lah ni.. 

Sudah jadi satu kontroversi dan sememangnya bahan bualan 1 pejabat..  Uhuh.. Apa saja di pejabat ni, macam-macam saja halnya alahai..  Tapi bau badan memang boleh buat orang sekeliling kita tak selesa.. Kesian..

"Moral value of the story" jagalah kebersihan diri untuk keselesaan bersama..lalala


2:10 pm
Baru mau "lunch", nasi kuning.. Kawan belikan kat kantin di penjara kepayan.. Lumayan rasanya, huhu yum, yum, yum.. Menikmati dulu rezeki Allah..


Kenyang Alhamdulillah.. 


3:29 pm
"Line slow" lah pula ni.. Menguji betul.. Kepala lagi pening, lepas tu tekak ni sakit plak bila minum air.. Ujian buat aku,  nak suruh aku banyak diam agaknya.. Sambil tu melayan lah blog ni..

4:15 pm
-Tamat-
"prepare" nak balik.. 

p/s: Jaga kesihatan dan kebersihan tu penting untuk diutamakan..


('-')/nur_hani

Friday 8 July 2011

SAHABAT, aku_kamu_mereka

11:23 am
Pagi jumaat yang menghampiri waktu rehat.. Alhamdulillah segala kudarat dan waktu buat kita.. Hari ini suasa suram.. Banyak "member" yang khursus.. Sepi seketika "oficce" ni..  Alhamdulillah, aku dan rakan "kamcing" dah boleh bertegur sapa seperti sedia kala.. Kadang-kadang ada baiknya buat sesuatu tanpa fikir panjang, sebab aku ni di gelar sebagai gadis rumit yang terlalu memikir bila buat tindakan takut menghasil kan tindakan..  Sering di gelar juga gadis sastera kerana bila nak berbicara selalu belit-belit sebelum sampai ke isi utama.. Tapi istimewanya orang cakap, aku kategori orang yang romantik cumanya luculah "pompuan" pulak yang romantik sepatutnya lelaki.. Hehe.. Berbalik pada tajuk tadi, hehe.. Bila tadi aku tegur "i mean say something, no matter what" dengan "member kamcing" untuk berbual ok jak aku rasa lebih selesa.. Kesimpulannya kadang-kadang main belasah jak cakap bagus juga.. haha

11:37 am
Tengahari masa panjang ni nak buat apa erk? Masih kenyang lah.. Lagipun sarapan tadi berat:
makan nasi + sayur kobis + sambal aym yang ku masak.. Kat luar cuaca panas pulak berfikir nak keluar.. Ada yang lain sah-sah keluar pergi "shopping mall".. kadang bukan nak membeli, saja ukur jalan kat bandar ni.. hehe.. Macam-macam jak gelagat orang ni.. Bagus juga kategori senaman ringan..

4:55 pm
Hari ni nak kongsi tentang persahabatan..

Masa sekolah dulu mesti setiap kita ada kawan baik, tak tahulah kalau ada yang boleh jalani hidup sendiri-sendiri.. Mesti bosan "life" tu.. Dulu "bezfren" aku mesti 2 orang.. Maksudnya termasuk aku kami ber 3.. (Lebih kurang ala-ala totally spice, atau charlies angel, tak pun macam power puff girl.. Pendek kata semua yang sekutu dengannya).. Tapi tak kekal lama, yang paling lama setakat ni  dan masih lagi "contact each other" dengan kawan masa kat sekolah menengah.. Asalnya dulu "team" kami  7 orang, "group" paling besar, paling bising, dan paling suka buat fenomena..  Hehe.. Sampai  pernah kami 1 kumpulan di denda gara-gara bising dalam kelas.. Berdiri atas meja lagi tu.. Paling menang lah! Tapi tiap tahun makin berkurang ahli sebab ada yang pindah sekolah.. Hidup ini bukan kita yang tentukan jadi semua tu dah jadi adat dalam persahabatan bertemu dan berpisah..

Cuma aku paling sedih bila kita cuba berkawan ada ketika di salah mengertikan.. Sesekali teguran juga di anggap kesalahan, tapi sebagai rakan rasa tanggungjawab buat kita boleh simpan kesabaran walaupun di pulaukan atau mungkin menjadi bahan untuk di persendakan.. Apapun aku tetap sayangkan persahabatan yang pernah di jalinkan.. Sesekali persahabatan di uji Tuhan, itulah saat untuk kita tahu sejauh mana kekuatan ikatan itu mampu di pertahankan..

p/s:
Tujuan persahabatan adalah untuk saling menjaga antara satu sama lain.. Jadi jangan pernah menikam kawan dari belakang begitulah harapnya di kalangan kita semua.. teguran buat aku juga..
Tu jak nak cakap..

('-')/nur_hani

Tuesday 5 July 2011

Dah 3 hari,

8:00 am
Bismillahhirrahmannirrahim.. Rabu, dah 3 hari melalui hari pada minggu ini.. Seakan pantas masa berlalu.. Tak sedar "you all".. 

Nak kongsi ni seronok tadi membaca pengalaman cinta kenalan kat blog, "so sweet".. Awal pagi buat aku tersenyum.. Al-kisah cinta masa praktikal, macam-macam hal.. Kita hidup dengan pengalaman berbeza dan sesekali membaca kisah orang kita mungkin boleh ambil teladan yang baik kan?

10:25 am
Baru selesai perhimpunan bulanan.. Alhamdulillah, selamat semuanya walaupun keadaan dewan sangat uzur hingga mencetus kebimbangan di hati kalau-kalau runtuh bangunan ni.. Mhm, aku dan Mr. H memang akan selalu bertemu kerana kami di jabatan yang sama, jadi nak mengelak pun susah.. Sekali lagi, kami tidak bertegur sapa pada majlis perhimpunan ni.. Di hati aku kata, buat apa juga susah-susah fikir nak senyum dengan dia? Lagipun akhir-akhir ni macam dah makin dingin kami 2 walaupun masing-masing tak tahu kenapa tercetusnya hal ni.. Mulai hari ni aku hanya akan lalui seperti biasa jak, Mr. H saya tak memusushi kamu dan maaflah tak dapat nak berbaik dengan kamu.. Kamu bos saya dan rasanya saya tetap perlu menghormati kamu.. "DONE!"..

Huh.. "Refresh my mind" perhimpunan kali ini isu semasa, hal berkaitan PERHIMPUNAN BERSIH, dan PATI.. Di selit juga berkaitan "claim".. pengisisan yang agak baik untuk renungan bersama.. Semua pun penting dalam melahirkan keamanan negara serta rasa tanggungjawab sebagai salah seorang pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.. 

11:10 am
Pening memikir hal remeh-temeh.. "So", aku berlagak "cool".. Apa lagi bila bertanya soal hati pada aku, malas nak ambil pusing sangat.. Biarlah, pandai lah diam kalu dah penat bercakap.. Kadang-kadang ada ketika tawar hati nak bercinta, tapi aku juga manusia biasa yang tercipta dengan perasaan dan pada saat ini aku hanya mampu berdoa semoga di temukan dengan insan yang akan sama-sama membawa aku bercinta sampai syurga hendaknya aminnn..

Rindu pada keluarga tercinta, entah apa yang sedang mereka lalui tika ini? Aku dari jauh hanya mampu bertanya khabar dan mendoakan mereka di sana baik-baik sahaja hendaknya.. Puasa bakal tiba, di susuli dengan hari raya dan semoga saja ini akan menjadi medan pertemuan keluarga besar yang semakin berjarak ini.. Ujian tidak pernah lari dari papan kehidupan begitulah yang aku dan keluarga lalui kami juga tidak terlepas.. Pasti hikmahnya ada, dan ujian membuat diri makin merendah diri saat menghadap Ilahi.. Aku juga turut pesan pada teman-teman untuk menyimpan sabar saat menghadapi ujian, dan ikhlas menerima ketentuan, serta tidak lupa mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.. Pesat buat diri juga..

Aku akui, kerinduan untuk solat tengah malam, serta rindu untuk meluang masa membaca Al-Quran dan  memahami maksudnya.. Terlalu banyak terisi masa dengan aktiviti luar hingga sesekali merenungi diri terasa ada yang kurang pada hati..  Rupanya kurang "dating" dengan Ilahi.. Mengaku cinta, malu rasanya pada Dia yang selayaknya menerima pujian dan rindu dari hamba-hambaNya.. Mudah-mudahan aku dapat menyusun masa untuk menyediakan peluang mensucikan hati-hati yang kotor ini dengan Al-Quran..

11:25 am
"Today" aku perasan banyak bos-bos dan rakan sekerja lelaki tidak menjaga penampilan diri terutamanya soal rambut.. Sungguh merosak pemandangan mata aku rasakan.. Rambut di biar panjang melepasi kolar dan ada yang menyimpan jambang, sungguh tidak kemas.. Ish3, kalau pun "busy" takkan takda masa nak tengok muka kat cermin dan tengok keadaan diri.. Padahal masing-masing lebih "handsome" kalau berkemas.. Kalau kerja kat bengkel tak mengapalah juga..Inilah yang kadang-kadang kaum adam terlepas pandang..


Mhm.. Tiba-tiba aku nak tanya, perlukah kita belajar mencintai orang yang kita langsung tidak cinta? Sebaliknya kita sayang dia sebagai kawan.. Aku janggal terus bila kawan yang aku "kamcing" di katakan mula ada "feel" kat aku.. Pelik perasaan tu, dan aku pulak berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.. Ada ketika aku rasa dia main tarik-tali dengan aku, itu juga buat aku tak nak tunjuk emosi aku sangat.. Boleh bikin dingin lagi "relation".. Dia perasan aku dah tak macam dulu, tapi aku nafikan.. Terpulanglah pada masa yang akan menjawabnya.. huhu..

12:30 pm
Sebentar lagi waktu rehat.. Berhenti dulu..

p/s: Kamu tidak pernah sendirian, Allah ada bersama kamu..

('-')/nur_hani

Monday 4 July 2011

ada baiknya SABAR

8:53 am
Suasana pagi ini indah, hujan lebat rezeki turun melimpah-limpah..

Bismillahirrahmannirrahim,
Asslammualaikum w.b.t,

Pertama-tama ku panjat kesyukuran, atas nyawa di kandung badan kurniaan Tuhan buat aku.. Kesempatan untuk aku terus memperbaiki kualiti ibadah dan memperkukuh iman di dada dalam usaha mencari redha & ampunaNya.. Awal pagi ini hujan lebat buat ku tersenyum riang, suasana yang sangat mengujakan bagi aku untuk melaksana tugasan.. Semoga niat baik dapat di iring dengan tingkah yang baik, mudah-mudahan.. amin..

9:00 am
Had kesabaran manusia di atas segala yang di tempuh ada kala terbatas, namun sebaik-baiknya teruslah menyimpan sabar hingga ke akhir.. Seketika ingin saya bawa anda ke ruang persoalan.. "Bagaimana perasaan saat hasil kerja kita di ambil sebagai rujukan untuk di terbitkan tanpa mendapat sebarang persetujuan?" Mungkin saja ada yang melenting, dan melepas amarah.. Normal, tapi bagi sesetengah insan yang tidak mempunyai nama atau kedudukan tingkah begitu hanya di abaikan dan di hati hanya mampu berdoa moga Allah beri petunjuk.. Akhirnya mereka yang cuba menindas di uji Allah.. Bagi insan tertindas itu dia juga turut mengambil pengajaran agar tidak melakukan penindasan.. Ibaratnya hukum KARMA..

Di akhir masa itu, saat panggilan MASA menghampiri..  Tiada hati bisa berdusta debar itu ada..

11:05 am
Teruji dan terusan ku simpan kesabaran, dari kepayahan akhirnya kini menjadi kebiasaan.. Kesyukuran..
LAFAZ itu mudah dan melaksana itu payah, tapi DIAM sambil melaksana itu lebih mudah! Semoga bisa terus istiqomah..

Mencari penyelesaian untuk permasalahan, cuba tenang dalam kekalutan..

"PROBLEM, sound interesting.. After so hard looking for solution, I feel such like FIREWORK when it done.. And it was FUN!" =)


11:35am
Woah, rumah sunyi dah tak ramai orang.. Budak-budak praktikal dah balik kampung masing-masing.. Nur hani, lalui lah hari-hari ini dengan menerima seadanya suasana baru.. Pasti akan terbiasa juga tu, kan? Walaupun sesekali terasa nak pindah rumah lagi.. huhuhu.. SABAR, itulah yang aku termampu..

12:28 pm
Azan Dzohor, masuk waktu.. 

2:53 pm
Tertanya-tanya akan diri ini, mengapa payah benar menjaga iman? Sesekali terasa bersalah kerana ibadah tidak khusyuk  dan tidak bisa menghasilkan damai.. Mungkin kerana terlalu banyak di ruang fikir, atau saja kerana pola pemakanan atau pun dalam perbuatan tanpa sedar.. Ya Allah hambaMu ini mohon ampunanMu, sungguh terasa malu mengaku cinta... Semoga di hadirkan buat aku damai dan peluang membuat kebaikan.. aminnn..

Astaghfirullah al-azim.. Ya rabbi..







3:11 pm
Ramai yang demam kat pejabat ni, aku pula baru saja sembuh.. Saat di uji dengan kesakitan baru kita menghargai kesihatan.. jadi hargailah segala yang di kurnia dan banyak-banyaklah bersyukur kepada Tuhan.. 


Bila orang yang ceria sakit terasa kasihan timbul dalam perasaan, namun apa daya itulah namanya kehidupan.. Moga segera sembuh kalian dan positif melalui cobaan.. Usahalah mengukir senyuman.. =)






p/s:
  • "Don't judge book by it's cover"..
  • Tiada orang mulia yang tidak melakukan kesilapan dan
    tiada orang hina yang tiada masa depan..
  • Awan mendung tak selamanya begitu dan ia pasti akan berlalu, begitulah ibaratnya keperitan dalam hidup kamu..
('-')/nur_hani