Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 31 July 2011

1 Ramadhan

10:32 am
Salam.. Hari ini permulaan puasa bagi semua yang beragama islam tak kira usia, bangsa mahupunstatus..  Aku sahur  dengan 2 biji kurma dan minum air suam.. Aku memulakan hari ini dengan lebih tenang walaupun hakikatnya awal pagi lagi aku di uji dengan hal-hal yang kecil dan jika tidak di kawal boleh membawa kepada amarah.. Astaghfirullahal azim.. 

Aku merai ramadhan di pejabat dengan mendengar radio Ikim.fm dan Alhamdulillah, permulaan baik untuk mengawal diri dari berbicara kosong.. Rahmat bulan ini lebih baik dari 1000 bulan.. Semoga aku tak sia-siakan kehadirannya.. Bila dah buat pelan tindakan harus di selangi dengan pelaksanaan untuk tingkatkan ibadah tanpa mengganggu aktiviti harian.. Moga aku lulus ujian ramadhan ini.. Kawal hawa nafsu, untuk rebut kelebihan ramadhan agar ia beri pengertian buat kita yang bergelar insan.. Moga ibadah di terima oleh Allah, insyaAllah.. Tapi biarlah  ibadah yang berkualiti hendaknya..  Kerana inilah 
  • Masa untuk memohon keampunan dari Allah 
  • Masa untuk memberi dan memohon kemaafan (terutama kepada ibu bapa)
  • Masa untuk memperbanyak ibadah baik sedekah atau lainnya.. Termasuk solat lewat malam
  • Masa untuk mengawal diri (lidah, perbuatan dan lain2 yang mengurangkan pahala puasa)

12:10 pm
Keihklasan dan ketulusan 2 hal ini mudah di lafaz, namun payah di laksana insyaallah mudah bila dah dimulakan.. Jadi jangan di tangguh-tangguhkan :).. Semoga ramadhan memberi kita lebih keinsafan dan beroleh keampunan Allah..

Dalam bimbang dan hilang arah, perbanyaklah zikrullah.. Kerana jiwa-jiwa perlu penyucian perlu di lembutkan dan dididik.. Yang lalu telah pun berlalu, kesempatan yang di beri  umpama 1 kelahiran baru bagi mereka yang ingin menjadi insan yang lebih baik.. Mudah-mudahan Allah permudahkan.. amin..


p/s:
Menfaatkan bulan ramadhan yang telah tiba sebaiknya.. Mari sama-sama kita baiki hubungan dengan Allah..

('-')/nur_hani

1 comment:

  1. Kita tak mungkin dapat lari dari membuat salah, jadi tak salah bila mengaku salah..

    ReplyDelete