Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Tuesday 2 August 2011

رمضان كريم ~cari ilmu :)


8: 20 am
Redup di pagi 3 ramadhan..

10: 05 am
Line sistem tak berapa bagus lah pulak.. Jadi aku rajinkan jemari menaipkan bicara lagi.. Sungguh aku rindukan tazkirah dan solat jemaah.. Bila kah akan ada peluang untuk aku merasa tenang dan damai dengan sesungguhnya, rindu Ya Allah..

10: 27 am
Pada saat ini, di sekitarku ramai yang sibuk mencari duit lebih apatah lagi mengenang hari raya yang bakal tiba dan membuat ada ketika aku juga ingin mencari kerja part-time sabtu ahad.. Tapi aku mula fikir, apa guna hidup jika mengabdi pada kerja sedangkan aku sebaiknya belajar untuk merasa cukup dengan apa yang Allah telah kurnia.. Rezeki Allah meluas sungguh Allah tak mungkir janji.. Kita jaga Allah,  maka Allah akan jaga kita insyaallah..  Yang utama kita mesti jaga tali kita dengan Allah (perhubungan dengan Allah melalui solat, zikir, istighfar, dan memperbanyak amal kebaikan)..  Jadi tak jadilah aku hendak kerja part-time,  tapi pada masa sama ada rezeki dari sumber lain.. Rezeki datang dari sumber yang tak pernah di duga, kata orang kalau rezeki takkan ke mana.. :)

12: 09 pm
Tadi lepas dengar tazkirah kat ikim.fm dapatlah ilmu alhamdulillah berguna untuk memperbaiki diri.. antaranya seperti berikut:

  • Jangan sibuk mengubah orang, tapi sibukkan lah mengubah diri.. Ubah diri sebelum hendak ubah orang lain.. 
  • Bertanggungjawablah atas apa yang berlaku,  jangan salahkan orang atas sesuatu keadaan dan semak diri semula jika ada khilaf terdahulu yang tak di sedari..
  • Berlawanlah dengan kelembutan walaupun kamu di baling dengan umpatan dan hinaan yang menyakitkan.. Belajar mencari kebaikan dalam kejahatan (istiqamah untuk selalu positif)..
  • Cuba senaraikan kebaikan dan keburukan kita sebagai cara muhasabah diri.. 
  • Selalulah memberi kemaafan, agar hadir banyak hal yang positif pada masa depan..
2:00 pm
Aku boleh dengar kaka-kaka di pejabat ni sibuk cerita pasal apa menu nak berbuka.. Aku diam jak.. Cuma nak beli 1 menu jak di bazaar sebab aku nak masak di rumah nanti.. Lebih jimat, mhm.. Lagipun buat apa beli barang dapur kalau tak masak.. :) Kan? Rindu nak masak dengan mama macam dulu-dulu.. Seronok dengar kawan-kawan yang dapat berbuka dengan keluarga suasana yang pasti meriah.. Semenjak kerja ni boleh di hitung makan bersama tu berapa kali sahaja.. Aku positifkan diri walaupun keluarga di uji kerana bagi aku inilah tanda kasih sayang Allah agar aku lebih faham dan menghargai mereka yang sangat penting dalam hidup aku..  sebab tanpa mereka siapalah aku yang comel ni.. hehe

p/s:  Hiduplah seperti air yang tetap meneruskan perjalanan walau apa keadaan dan ujian..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment