Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 21 August 2011

Aku Mencuba..

10: 29am
Alhamdulillah aku masih hidup lagi.. Sambung tugasan yang sepatutnya.. Allah izinkan aku untuk menggunakan anggota lagi.. Pagi ini hati sangat rindu, kepada ayah dan bonda yang nun jauh di sana.. Air mata tak tahan dan akhirnya bergenang derasnya.. Awal pagi ku kirimkan mesej untuk kurangkan kerinduan.. Aku bersyukur membuat sejuk di sudut hati, terasa dekat restu mereka di sini Allahu Akbar..

Perkenalan menjadi kawan,  menyambung ukhwah 2 insan.. masih lagi berkawan, soal perkembangan aku tak dapat hendak pastikan.. Aku takut terlalu tinggi meletak harapan, biarlah masa memberi ruang untuk saling memahami.. Alhamdulillah pertemuan pertama membuat aku senang dengan dia, peribadinya ada yang mencuri perhatian ku.. Keramahannya buat aku suka untuk berbual tanpa rasa kekok.. Malah sikapnya tempoh hari yang sangat mengambil berat membuat hati terpaut.. Aku lalui sahaja waktu ini, semoga perhubungan ini tidak mengganggu perhubunganku dengan Allah dan insan-insan di sekeliling ku.. Amin

Aku mencuba membuka ruang, mudah-mudahan saat tiba insan itu Allah memberi aku petunjukNya.. Semoga dapat menjaga HATI yang cuma 1 ini.. Moga sentiasa bertambah taqwa dan iman amin..

Sedang mendengar radio ikim fm.. Nasihat hal perkahwinan, sebaiknya kahwini wanita kerana agamanya selain harta dan kecantikannya.. DOA sebaiknya dari dalam hati sebagai pelindung, semoga diri dan pasangan dapat sama-sama sepakat menjaga rumah tangga dan menjadi insan soleh dan soleha.. Jangan putus asa, sentiasa berusaha dan tambah ilmu rumah tangga..

11: 09am
Tentang wanita:
  • Kasih sayang wanita umpama bulan, kadang besar kadang kecil namun sering terserlah..
  • Wanita adalah insan lembut tapi bukan lemah.. 
  • Wanita itu hiasan dunia, bukan untuk di sanjung pula..
p/s:  DOA adalah senjata terbaik untuk memelihara diri..


('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment