Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 25 August 2011

Saling ingat-mengingatkan.. (KaWan)

10: 35 am
Permulaan pagi masih lagi bisa mengukir  senyuman indah anugerah Allah.. Alhamdulillah.. Ya Allah,  aku cuba menjauhkan diri.. Cuba berdikari lagi,  aku tak mahu memautkan diri pada sesuatu yang akan melalaikan aku dari melaksana tanggungjawab yang Allah beri. . Sekiranya hatinya telus untuk mengenali sejauh mana pun aku menjauh dia pasti akan mencariku dengan hati atas izin Ilahi.. 

Persahabatan ini terduga, ku kira dia dapat ku ajak sama-sama memperbaiki diri dengan bait kata indah agar tidak mengguris hati-hati antara kami.. Alhamdulillah ada ketika aku merasa dia dapat memahami prinsip ku tapi ada ketika kesabaran teruji namun ku gagahi hati untuk teguh dengan pendirian tanpa menyakiti hati insan yang bernama kawan.. Namun aku sendiri kini tidak pasti hala tuju perhubungan ini.. Aku hanya mampu berdoa persahabatan ini terisi dengan kasih sayang kerana Allah, bukan kerana lain-lain hal yang boleh mencemari keelokan adab sebuah persahabatan..

Masih ada lagi insan yang benar-benar mahu menghargai kasih sayang aku dan tulus dalam perhubungan jadi mengapa aku harus sedih kiranya aku akan kehilangan seorang teman.. Lagipun untuk apa memaksa hati orang.. Ada ketika lebih baik diam dari banyak bicara insyaallah dia akan sedar  jua akhirnya.. Doakanlah..

Ya Allah, aku yakin Engkau menyediakan insan terbaik untuk aku dan pada masa sama aku juga harus memperbaiki diri agar layak mendapat pasangan terbaik.. Sabar dan doa sebagai perisai jiwa..

Aku menerima mesej yang berinti luahan rindu seorang ibu kepada anaknya.. Saat membaca mesej dari mama, terasa rindu hati ini padanya Ya Allah.. Kejauhan ini ujian buat kami sekeluarga, aku membalas mesej mama  dengan hati yang bercampur rasa dan di penghujung ayat ku titipkan bicara: "dewasa ini banyak hal yang telah berubah tapi kata kasih sayang kami terhadap mama tidak pernah berubah.. Mama Masih sumber inspirasi kaka.."  Hampir jatuh airmata tapi ku tahankan kerana aku masih di pejabat, nanti ada pula yang hairan huhu.. :'(

10: 49 am
Aku mengakui, melalui pengalaman sendiri jarang ada insan yang dapat menerima teguran bila melibatkan hukum agama.. Sesekali aku terpukul jua oleh sikap sebilangan yang secara kasar menolak nasihat.. Ada pula yang berhujah dengan hujah yang menurut mereka benar untuk membela diri.. Tapi mungkin sahaja semua ini berpunca daripada kurang ilmu, cara menasihati, atau situasi yang tidak kena atau hati yang tidak ikhlas dari yang memberi nasihat.. Sebab tu niat kena betul, nak mengajak sama-sama menjadi hamba Allah bukan pula nak tunjuk diri bijak macam ustazah atau ahli falsafah.. Tetapi setelah berusaha dengan ikhlas memberi nasihat masih juga tidak dapat memberi kesan kepada individu itu maka ketahuilah 1 hal: "Sesungguhnya sabar dan berdoalah insyaAllah Allah akan tolong.. Kita sebagai manusia hanya pengantara tapi yang mengetuk pintu hati manusia ialah Allah.. Kerana dia Maha Kuasa.."

11:35 am
Aku akn pulang ke kampung, debaran ada dan aku harap beroleh ketenangan.. Syukur bonus masuk dah.. Moga aku merasa cukup dengan rezeki Allah, amin.. Salam ramadahan n salam lebaran kepada semua.. Mudah-mudahan ramadhan ini di terima amalan dan di ampun segala dosa dan kekhilafan..

p/s: Bersahabatlah dengan hati yang ikhlas.. Semoga keihklasan kita dapat di rasakan jua akhirnya..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment