Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 24 August 2011

jaga HATI, n jaga SOLAT..

11: 10am
Alhamdulillah untuk hari ini, masih Allah izinkan untuk hidup lagi.. Puasa juga belum bocor setakat ini, hanya sahaja berdoa moga di terima di sisiNya.. Aku tak sangka boleh buat 3 hal sekaligus, semua kuasa Allah.. Aku membuat tugasan sambil mendengar radio ikim fm dan mencatat ilmu yang aku perolehi.. Alhamdulillah, banyak hal yang menyedarkan aku, dan hati ku sungguh terdiam seketika merenung diri semula.. Aku memang bukan orang hebat atau yang terlalu bijak pandai dalam bicara, aku juga tidak berharap orang akan mengambil perhatian tentang aku hanya sahaja ilmu yang ada ingin ku kongsi bersama.. Selebihnya terserah kalian untuk mememikirkannya.. 

Ini antara petikan yang menyinggah masuk terus dan menyentuh hati, untuk perkongsian bersama:
  • Jangan tanya bagaimana hendak mengubah orang? Tapi tanyalah bagaimana mengubah diri sendiri..
  • Ambillah seberapa banyak hal-hal yang positif untuk memperoleh aura yang baik..
  • Jagalah hati yang satu,  dan jagalah solat 5 waktu..
  • Setiap hari rancanglah hal yang baik-baik..
  • Beribadahlah kerana rasa kasih kepada Allah atas segala kasih sayangNya..
  • Ikhlaskanlah hati mencari redha dan ampunan Allah dalam setiap amal kebaikan..
  • Sibukkanlah diri untuk banyak memberi..
  • Sebutlah hal baik-baik dalam pertuturan seharian..
  • Mendidik diri dengan menambah ilmu pengetahuan agama dan kongsikan..
  • Jauhi sifat suka bermegah-megah atau dambakan perhatian dan selalulah membersihkan jiwa..
  • Selalulah bersifat merendahkan diri walaupun berada di status tertinggi..
  • Muhasabah diri, layakkah kita untuk memiliki nikmat yang di beri..
  • Lebih baik didik diri untuk  ikhlas melaksana perkara kebaikan secara perlahan-lahan daripada langsung tiada inisiatif untuk mengikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan kerana asyik takut  ibadah jadi riak..
1: 05pm
Hati ku menangis, menangisi perasaan yang hadir saat ini.. Bimbang perasaan ini salah dan bimbang perasaan ini memudaratkan.. Aku meminta petunjukNya dan aku merasakan sebaiknya aku menjauhi.. Aku tidak pasti ini yang terbaik atau sebaliknya, tapi aku tak tahu bagaimana.. Secara  jujur aku bahagia saat Allah detikkan hatinya untuk menghubungi aku dan mengisi hari-hari ku dengan menambah kuntum senyuman saat kami saling berhubung melalui talian telefon.. Apatah lagi sikapnya yang menyenangkan buat aku bahagia, terdetik jua adakah aku jatuh cinta? Tiada jawapan yang hadir untuk memberi kepastian.. Namun wujud istilah rindu yang di luahkan antara kami dan aku keliru dengan perhubungan ini sahabatkah atau cintakah? Aku cuba selitkan dalam hubungan ini ingatan bersama untuk saling mengingati Allah.. Aku takut akan melalaikan diri dari meningati Allah.. Aku selalu mengingatkan diri bahawa pada bila-bila masa Allah boleh mengambil dia semula dari aku.. Jadi aku harus sederhana dalam segala hal..

Pada masa sama aku ingatkan diri untuk memelihara tingkah dan pergaulan kerana itu setiap pertemuan aku akan bawa teman.. Jumaat ini akan ada 1 lagi pertemuan, sebagai tanda berterima kasih kepada dia tempoh hari.. Semoga pertemuan itu nanti di redhai dan menambah ukhwah antara kami.. Aku tak pasti ia pertemuan yang akan bersiri atau mungkin penutup buat kami.. Tunggu kan kisahnya nanti.. Biarlah Allah yang menentukannya.. 

3:25pm
Banyak hal di luar jangka.. Ya Allah, sabarkan aku dengan setiap ujian yang Engkau takdirkan.. Amin.. 

p/s: apa jua kemusykilan rujuk pada pakar  dalam sesuatu hal yang anda musykil.. Selebihnya mintalah petunjuk kepada Allah..

('-')/nur _hani

No comments:

Post a Comment