Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 18 August 2011

Ke garisan penamat RAMADHAN

9: 46 am
Aku bertugas sebagai PA minggu ni.. Suasana suam-suam kuku dan bila-bila jak aku kena ready untuk taipsurat, fax surat, rekod surat, dan lain2 hal yang perlu sebagai PA, ilmu dapat pengalaman pun dapat.. Lagipun taklah berat sangat aku rasa, syukurla juga.. Cuma tugasan aku yang asal terbantut.. Mhm, aku semakin risau masalah sakit kepala ni terlalu sakit sangat.. Sehingga mengganggu fokus aku, mhm.. harap aku boleh terus bertahan..


Ada sesuatu menarik ingat aku kongsikan.. Minggu ini sepertinya berbeza dari biasa, 1 panggilan telefon dari kawan lama telah mengisi jadual harian.. Semua pada aku aturan Allah yang mendetikkan di hatinya untuk mencari aku sedangkan hampir setahun kami terputus hubungan kerana aku telah bertukar nombor.. Kuasa Allah di luar kotak jangkaan aku.. Perkenalan seminggu ini menghadir rasa yang pelbagai, ada gembira ada gementar dan hati gusar.. Namun aku berbicara pada diri, apapun yang ada dalam perhubungan ini aku harap ia membawa hal-hal positif dan aku harus BERANI untuk menghadapi.. Tak terlintas untuk terlalu serius, tapi aku serahkan pada Allah untuk menentu kerana hati manusia boleh berubah-ubah.. Selama hampir genap seminggu berhubung melalui e-mail, mesej dan panggilan telefon aku gembira juga dia hadir di hari-hari ku..
Perlahan-lahan aku mengenali dia..
  • Mempunyai adik beradik 9 orang
  • Mempunyai kembar seiras
  • Bertanggungjawab (boleh di harap jaga budak)
  • Matanglah juga dan
  • Pada aku dia "juz nice"
Aku berkongsi kisah dengan beberapa teman dan ahli keluarga akan perkenalan yang unik ini, respon mereka ada yang ok ada yang tak dan pada masa sama aku sebenarnya segan.. Tapi aku kata pada diri tak salah berkongsi, biasalah tu.. Aku perasan aku semakin matang kini, CERIA tapi CEKAL itu yang aku nak jadi.. Sejauh mana hubungan ini akan pergi aku tiada jawapan tapi sekiranya membawa kebaikan dan menfaat bersama harapanku agar kekal hendaknya.. Semoga ada jujur dan ikhlas kerana Allah dalam perhubungan ini.. Aminnn,


10: 21am
Fuh, sakitnya kepala ni.. Ya Allah, amat sangat ni..Berdenyut sangat kuat, migrain kah apa ni.. Ni la degil sangat tak nak pi medical check up..


12: 02pm
Masa untuk rehat.. Bos tak de sampai ke petang.. Hehe, suka lah pulak.. (: Tapi tugasan lain kat kaunter dah minta ganti.. Hehe, jalani sahaja janganlah anggap beban jadikan sahaja pengalaman.. Tolong orang juga kan.. Tak sabar nak pulang kampung, mungkin aku pulang awal lah ni.. Naik bus lah.. Hehe, rasanya begitulah kan macam kebiasaan.. This is LIFE, a lot of thing happen out from what you imagined.. Alright thas all for today.. Adiusss, salam.. (:

p/s: Elakkan berprasangka bukan-bukan jika hadir kemusykilan minta petunjuk Allah,

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment