Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 3 June 2013

25, ada apa dengan angka? ~

Allah Maha Besar, ツ
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..




Bismillahhirrahmannirrahim..  
Syukur dengan nikmat hayat lagi sehari, aku mempunyai kesempatan menyisipkan sedikit waktu buat blog yang agak sunyi seketika dari kisah ku di alam nyata.. Kesunyian ini adalah kerana kekangan waktu yang menyulitkan jemari ini melantunkan kata yang sekian lama ingin aku luahkan dari hati terdalam.. aiseh.. hehe..


Tajuk hari ini "25, ada apa dengan angka?".. Secara berbunganya walauapapun nombor yang melingkar di sekeliling hidup kita setiapnya punya makna tersendiri.. Misalnya nombor 25: 25 tahun berkhidmat dalam syarikat atau jabatan, 25 tahun sudah usia perkahwinan, 25 tahun umur anak yang sulung, 25 tahun ialah umur mendapat pekerjaan, 25 tahun umur yang sesuai untuk mengakhiri zaman bujang, atau mungkin saja pada tarikh 25 haribulan merupakan tarikh kelahiran anda.. (*pst.. pst.. aku dah pening nak pilih nombor jadi jangan hairan nombor yang menjadi contoh hanya nombor 25.. hehe.. )



Aku pula nak berkisah tentang pencapaian yang telah berlaku kepada nombor 25 ini.. Secara rawaknya nombor 25 ini telah pun berjaya menaiki satu pangkat yang memberikannya gelaran sebagai "isteri" dan "menantu".. Pemilik  nombor 25 ini juga perlu membuat keputusan besar dalam hidupnya iaitu melepaskan kerjayanya kini untuk memilih berada di sisi suami tercinta.. Sekalipun mendapat reaksi yang pelbagai, sebagai seorang isteri pemilik nombor 25 ini memahami tanggungjawabnya kini lebih kepada suami kerana itulah hakikatnya setelah memilih untuk berumah tangga.. Semoga hati ikhlas untuk redha dengan keputusan ini.. Selama ini  nombor 25 telah mencipta kisahnya tersendiri dan setiap kisahnya menghadirkan insan yang pelbagai ragam.. Kemanisan, kepahitan dan rasa-rasa lain yang telah mewarnai hidup ini serba sedikit memberi kesan kepada peribadi pemilik  nombor 25 ini.. Kalian juga sama, karakter kita semua terbentuk hasil persekitaran dan pembawaan diri.. Kunci yang utama dan patut ada pada setiap kita ialah jati diri, yang tidak akan mengizinkan kita menjadi pak turut sebaliknya lebih berpendirian dalam membuat keputusan atau tindakan.. Semoga kita lebih bijak menggunakan akal dan emosi dalam sehari-hari.. Belajarlah mengawal kekalutan dengan istighfar, semoga Allah memipin tingkah kita..

Fasa demi fasa itulah jalanan cerita hidup setiap kita.. Manakala hal naik atau turun melihat pada usaha dan takdir yang tertulis buat kita.. Seseorang mengingatkan aku dengan kata-katanya "jika kita tidak bergerak atau bertindak, kita tidak akan pergi ke mana-mana dan tidak dapat mengubah nasib kita".. Aku memikirkanya berkali-kali walaupun ayat itu sudah cukup tersurat dan jelas maknanya.. Aku seharusnya mengawal minda separa sedar dan sedar untuk set minda agar selalu positif.. Hanya aku mampu megubah jalan hidup aku dan orang sekeliling sebenarnya tidak mampu pun menghalang aku untuk berjaya.. Sebaiknya aku kurangkan bercakap, dan lebihkan tindakan yang menghasilkan hal-hal yang baik dan membawa kebaikan..

Sekian sahaja bicara ku buat masa ini.. Rasanya terlalu sedikit untuk di kongsikan.. Apapun semoga ada menfaat buat kita semua.. Insyaallah kesempatan akan datang aku nak cerita kisah perjalanan pergi tawau masa cuti minggu lepas, nantikan kisahnya nanti.. insyaallah.. Apapun terima kasih kepada yang singgah membaca, dan selamat sejahtera semuanya..


p/s : Hidup biar kaya dengan budi pekerti, barulah kita lebih di sayangi insyaallah..

('-')/ NURHANI_in da house