Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Tuesday 22 January 2013

Aku & Dia (K.A.M.I)

Bismillahhirrahmannirrahim.. 
Bila ada diri-mu dan diri-ku bersatu..

Terasa rugi sebenarnya bila terlepas peluang untuk mencatatkan apa yang berlaku sehari-hari..
Tapi apakan daya adakala masaku terbatas jua..
Hari ini aku punya sedikit kesempatan untuk menitipkan gambar-gambar yang aku rasa sweet untuk dikongsikan.. Hehe, detik manis menjadi isteri orang.. Hihi :)


Kembali mengimbas detik indah itu..













Mengharukan,  selesai diijabkabulkan.. Alhamdulillah..

Baaa chakkk! Hihi, di balik pokok tirus lah pulak hihi :)
Hihi, romantik wei.. Hehe, sukenyeee..


Semoga cinta ini sampai ke syurga, insyaallah..

p/s:
Akhir kata, doakan kebahagiaan kami ya.. Pesan ku buat diri dan kalian jadilah insan yang bersyukurlah bila ada hal indah yang boleh di ingati.. Peliharalah sebaiknya apa yang kita ada dengan doa dan kasih sayang yang telus tanpa berbelah bahagi.. Selebihnya jagalah hubungan dengan-Nya agar dia memelihara urusan kita..

('-')/Nur_Hani


Sekilas Dalam Ingatan 2012 sebelum 2013

Assalammualaikum, wbt..

Sesuai dengan tajuk "Sekilas Dalam Ingatan 2012" aku mulakan bicara dengan peristiwa-peristiwa berkaitan:
  1. Majlis perkahwinan dan majlis pertunangan berlangsung pada tahun 2012 dan tanpa aku menyedari semuanya berlaku sepantas kilat.. 
  2. Seminggu selepas majlis perkahwinan, menerima berita husband my mum telah kembali ke rahmatullah.. Semenjak itu banyak hal yang telah berubah..
  3. Cik abang beli kereta baru iaitu Encik. SAGA FLX (L.E+S.E), jenama proton warna maroon.. Lagipun kereta lama asyik meragam, syukurlah ada juga improvement dan memberi keselesaan bersama..
  4. Lagi satu hal yang aku nak kongsi ialah aku dapat panggilan ujian bertulis dan menaip kat UITM untuk jawatan Pembantu Tadbir Operasi (N17) lulus atau tak tunggu lah resultnya..

•❥ Bermulanya lembaran di tahun 2013, sudah hampir di hujung bulan januari.. Pada tahun ini: 
  • Kontrak aku di sambung lagi 6 bulan, alhamdulillah.. Di pendekkan cerita aku kena berjauhan dengan suami lagi 6 bulan.. Hihi, sabar lah ye.. Hah itulah namanya ujian..
  • Adik lelaki aku dapat tawaran lapor diri dari SPA, buat kali ke 3 mencuba dan kali ini barulah dia berjaya melepasinya.. Alhamdulillah, harap dia bijak membawa diri..
  • Seorang lagi adik lelaki aku dapat tawaran kerja jadi guru KAFA.. Alhamdulillah rezeki datang lagi, dan kalau tak salah bulan ni dia mula bekerja.. Aku tak sempat pula bertanyakan apa-apa tentang perkembangan terbaru..
  •  Hah, adik aku yang sorang pula dah dapat kerja kat klinik swasta, nampak gayanya dia seronok kerja kat sana.. Aku tumpang gembira.. Aku perasan dia banyak berubah, sekarang ni dia seakan mula berhijrah ke arah lebih baik mungkin sebab pergaulan dengan kawan sekerja, alhamdulillah.. Semoga dia istiqomah..
  • My beloved mum pula sepertinya membina kembali kekuatan dan keyakinan diri selepas pakcik pass away.. Hidup perlu diteruskan, syukurlah aku dapat mendengar suara bahagia mama sekarang.. Kini mama hanya perlu menguruskan diri dan kedai yang telah diusahakan bersama pak cik sebelum ni.. Mujurlah ada si adik kecil temankan mama dah masuk darjah 5 dia tahun ni.. Sekurang-kurangnya taklah my mum rasa sunyi sangat sebab kami dah masing-masing bekerja..
  • My dad rasanya sepenuh masa mencurahkan cintanya pada kebun buah-buahan.. Sesekali pulang ke sana seronok tengok my dad dengan cik suami di kebun.. Selalunya aku akan memerhati dari ruang dapur, entah apa saja yang digelakkan.. Hehe..
  • Alhamdulillah, aku rasa semakin serasi dengan keluarga baru walaupun pada awalnya ada rasa kekok maklum saja aku masih ahli baru.. Semoga akan terbina persefahaman, kerjasama dan komunikasi yang baik di antara kedua buah keluarga yang baru bersatu ini.. Amin.. Lagipun bila di buka cerita sala-silah keluarga saling berkait rupanya.. :) 
•❥ Tahun 2013 ni banyak sebenarnya perancangan.. Aku siap buat nota kat mini diary, berharap semuanya akan berjalan lancar.. Apa yang utama semoga Allah jadikan hati ini tetap redha walau apapun ketentuan-Nya.. Lagipun perancangan Allah pastinya yang terbaik.. 
p/s:
Tak mengapalah kalau sesekali ber-alah untuk mendapatkan senyuman dari insan tersayang, tak rugi mencipta keceriaan untuk melihat kebahagiaan orang lain.. Bila kamu boleh menerima kelebihannya yang ada padanya belajarlah juga untuk menerima kelemahannya kerana dia juga seperti kamu tidak sempurna.. So, ikhlaskanlah hati kamu untuk menerima apa adanya kerana penyatuan ini adalah untuk saling melengkapi..
:)
 ('-')/Nur_Hani