Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 28 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA~ ('-')/

Assalammualaikum~ w.b.t



  • Alhamdulillah...
Di izinkan lagi aku hidup pada hari ini, memegang gelaran sebagai isteri kepada cik abang yang nun jauh di mata tapi selalu dekat di hati.. Siapa menyangka, siapa menduga.. Setelah sebulan menjadi tunangan orang aku akhirnya kini telah pun mendirikan rumah tangga bersama insan yang telah berjaya memenangi hati keluargaku.. Atas izin Allah semuanya..

  • Sejak 9. November. 2012...
Kini sudah genap 19 hari memasuki fasa baru, semuanya aku syukuri kerana penantian selama ini akhirnya bertemu jawapannya.. Syukur sangat, ada bahagia dalam halalnya perhubungan.. Anugerah terindah.. Tanggungjawab baru, keluarga baru dan segala yang serba baru kecuali aku orang yang sama namun tetap berbaeza dari segi emosi dan banyak sudut untuk membina rumahtangga yang harmoni lagi diredhai insyaallah.. Sekalipun telah diikat dalam akad, hubungan ini teruji jua saat harus berjauhan kerana komitmen pada kerjaya.. Namun itu tidak menghalang cinta yang baru sahaja berputik diantara 2 hati ini..

  • Teringin benar aku kisahkan...
Perjalanan menuju ke jinjang pelamin.. Bagaimana konflik itu dan ini serta pelbagai peristiwa yang mengganggu emosi.. Akan aku usahakan kiranya punya kesempatan.. :) Blog ini sesungguhnya sangat sunyi, usaha ku untuk menambah follower pula selalu bertangguh.. Semoga punya kesempatan.. 

  • Cukup dulu bicaraku..
Kalau di ikutkan hati banyak benda nak cerita cuma boleh jadi kaku pula depan pc ni hihi.. Insyaallah akan bersambung..

p/s:
Dalam mengharungi kehidupan jangan takut di lambung ombak.. Banyakkan sabar dan istighfar..

('-')/Nur_hani