Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 24 October 2011

Mengadulah hanya padaNya~

Bismillah,
2:23 pm
Aku mengutip masa yang ada menyelitkan kesempatan untuk menaip bicara kata.. Kesibukan itu tak pernah berhenti, tapi sebenarnya aku masih bisa jalani..

Ya Allah, ampuni aku bila salah saat semalam aku menangis semahunya.. Ada terlalu banyak yang aku pendam, tak terluah hanya mampu ku bicara padaMu dalam air mata.. Tak terkawal emosi bila semuanya hadir dalam 1 masa, hingga aku terasa berat bahu menerima segala.. Semua kudrat datang dariMu dan sesungguhnya hanya kepadaMu aku meminta kekuatan dan keteguhan iman.. Seakan tak tak berdaya,  namun semakin kuat sakit ujian ku rasakan membuat aku juga semakin kuat berdoa.. Menatap cermin aku terpanah pada ayat yang tuliskan di tepi meja solek bunyi lebih kurang begini "air mata keperitan, dan liku-liku penuh ujian adalah warna-warni kehidupan".. Aku merenung kembali diri, muhasabah mencari tenang lalu ku duduk di tepi katil.. Aku terlihat buku di rak sudut bilik "jangan bersedih" kemudian ku capai dan ku baca isinya.. Alhamdulillah lega, ada kesan di balik kata penulis membuat aku berhenti menangis..

3:40 pm
Walaupun ada sakit, dan keadaan menekan aku perlu terus berjalan dan hanya kepada Allah aku pautkan segala harapan.. Meyakini dan terus meyakini sambil mengukir senyum lagi.. Kepada kamu semua insan-insan yang aku sayangi, kehadiran kamu adalah ujian bagi aku dan kamu juga kekuatan ku.. Apapun yang kalian cuba lakukan untuk menyakiti hati ini ketahuilah di kejauhan ini masih ada doa dari aku buat kalian.. Kita sama sahaja, insan lemah yang sering melakukan kesilapan namun yang membezakan kita adalah iman dan taqwa.. Semoga kita dapat bersatu dalam menyintai Allah dan memperbaiki ukhwah yang sedang di uji Allah ini..

p/s: JanGan lah puTus asa, HakikaTnya zaman iNi ada yanG tak meliHat hati sebagai hal utama unTuk di niLai tapi perCayaLah masih ada yanG mengutamakan keBaikaN hati buDi.. KetahuiLah kamu bhawa haTi kamu selalu dalam NiLaian Allah.. OranG yang berGerAk MelaKukan keBaikan serinG di uji taHap kesaBaraNnya, pastikan kaMu tidak MudaH mengaLah dengan ujiaN iTu.. Berdoalah kepada Allah kerana itu senjata terbaik yang dapat memberi kekuatan luar biasa..

('-')/nur_hani

Thursday 20 October 2011

keTika kiTa b'jauH..

Alhamdulillah, ada nyawa untuk sehari lagi..


8:00 am
Memahami ini takdir Ilahi, aku semakin kuat berdoa.. Malah setiap kali aku senyum aku tak berhenti bersyukur dan berdoa semoga aku bersederhana hendaknya.. Perasaan yang hadir ini ada hal membuat aku bahagia namun ada ketika membuat aku gelisah pula.. Ya Allah, aku pohon pimpinan-Mu agar aku sentiasa berada di landasan agama-Mu.. Entah mengapa aku begitu ambil berat tentang dia yang baru mencuri perhatianku.. Persahabatan ini tak ku tahu sejak bila ia kelihatan begitu indah.. Hati manusia boleh berubah-ubah.. & memang berubah-ubah.. Aku dan dia sama-sama mendiamkan diri saat ini.. Kesibukan dengan tugasan menjadi batasan & aku belajar menerima seadanya semoga dia pun sama.. Aku terusan berbaik sangka kerana aku yakin positif yang kita fikir positif juga yang terjadi,  insyaallah.. ******* ('-')/ hati kami milik Allah, hanya Dia yang mampu menggerakkan hati manusia dan aku memohon Allah ilhamkan kepadanya agar dia menyayangi aku kerana Allah dan semoga kami saling menjaga hubungan ini penuh hati-hati..Semoga di penuhi bunga-bunga rindu yang berlandaskan batasan dalam agama..

9:30 am
Fuh! Sabar  jak lah tadi masa nak turun beli makanan, aku 1 lif dengan Mr. H mhm..  Ms nk msuk lif, pintu lif nak tutup tapi sempat di tahan oleh Mr. H nak tak nak aku terpaksa berterima kasih kat dia.. Aku ingatkan dia dah berubah sejak majlis penutupan hari raya tu tapi masih macam tu sombong sesangat sampai senyum pun susah.. Aku silap besar, euw.. Geram lah! Ermmm, terpaksalah aku menghadap dinding lif tu sementara menunggu dia keluar di tingkat 5..  baru ok, tu pun aku sempat membebel sendiri huhu.. Aku pujuk hati maafkan dia sebab dia budak kecil (hehe, sbb dia pendek.. hoho.. notty nya aku, ish3x kesian dia).. Teringat peristiwa hari selasa dia duduk betul-betul sebelah aku, yang tak sopan tu mengganggu aku tengah bercerita ngan bos Z mhm teruk tul dah bengang aku angkat kaki lah cau dulu.. Lepas tu tak lama lepas tu dia pun pergi tempat lain eee.. Mcm sengaja jak mhm.. Tak suka!

Saat-saat akhir aku di sini, sebentar lagi aku tak tahu hendak ke mana.. Tiada plan ni, teruk kah aku bila aku tak ada apa benda hendak plan? Penyambungan tu tidak di luluskan semalam walaupun ada yang cuba membela nasib kami.. Tak mengapa, tQ atas usaha kalian..

11:20 am
Aku cemburu melihat melihat mereka yang punya pasangan, punya suami dan kekasih atau tunangan.. Namun aku bicara pada diri, aku juga harus selalu bersyukur kerana ada yang aku miliki tak di miliki oleh orang lain.. Aku juga harus yakin dan sabar dalam menanti teman seperjalanan kerana itu aku tak putus berdoa menanti dia tiba untuk kami saling menyokong antara satu dengan yang lain.. Sementara itu aku harus menambah ilmu dan memperbaiki hubungan dengan Allah, ibu bapa, saudara-mara dan sahabat-sahabatku.. Ya Allah, jangan biar aku berputus asa.. Pautkan hatiku pada cinta-Mu..

12:01 pm
Ada panggilan dari dia, teman istimewa pada aku.. Bicaranya membuat aku tersenyum lagi Alhamdulillah.. Aku senang saat dia menerangkan pada aku mengapa dia senyap seketika dan aku lantas menyatakan aku faham dan tidak menyalahkan dia.. Secara tak sedar aku teruja dan nada suara ku agak tinggi, maaf ya kiranya kamu tidak selesa.. Aku tak sempat bertanya banyak hal dia sibuk agaknya.. Ada panggilan manja ******* dan aku tertanya lagi adakah kami sudah declare? Perasaan ini semoga dapat aku kawal dengan sederhana.. Kami tak mungkin bertemu sehingga Allah mengizinkan itu dan aku membiarkan semuanya berlaku mengikut kehendakNya.. Semoga perhubungan ini memberi menfaat kepada kami untuk saling mendekati cinta Ilahi.. Nyata aku takut dengan perasaan ini, tapi aku kembali meminta kekuatan pada Allah agar aku tenang selalu.. Argh.. teruknya sikap aku tadi, tergesa-gesa tak sopan betul.. Erm dh la tu benda dah jadi, jangan ulangi lagi ya?

Sepertinya ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan di hujung talian tadi.  Aku berharap dia baik-baik sahaja hendaknya,  walau apapun yang harus dihadapinya semoga dia redha &tabah menghadapi  dengan iman, taqwa dan doa pada Tuhan.. Aku tak begitu mengenali kamu tapi aku yakin kamu seorang yang baik dan aku yakin kamu juga seorang yang jujur.. Cuma kamu bukan seorang yang bijak meluah malah kamu agak ego untuk mengekspresi perasaan tapi kamu nakal dalam perbualan membuat aku tersenyum  dan tertawa dengan tingkah kamu.. duhai kamu sahabatku, mari bersama kita berjalan seiring saling menyokong dan mendoakan antara satu dengan yang lain kerana ukhwah fisabilillah.. Soal jodoh antara kita , sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi petunjuk buat kita berdua agar tiada yang terluka dan kecewa pada akhirnya..

Cukup, cukup, dan cukup Lah.. lalala hehehe

2:14 pm
Relax time.. Pada asalnya aku terfikir untuk keluar joging tapi aku kemudian membuat keputusan untuk mengisi malam ini dengan sesuatu yang menyejukkan hati dan membawa aku dekat dengan Ilhai semoga Allah izinkan.. Amin..

3:o5 pm
Sempat pula ada orang promote jualan murah di sini alahai.. Macam2.. Layannn (:

p/s: Sayangi diri mu kerana kamu begitu berharga~
('-')/nur_hani

Thursday 13 October 2011

Orang Sabar akan Menang..

11:38 am
Bismillahirrahmannirrahim..
Ya Allah, aku memohon ampunan-Mu atas segala khilaf ku..
Perhubungan yang hadir ini adalah atas izin-Mu mengetuk hatinya
untuk mencari aku dan aku.. Aku dapat berbaik sangka kerana aku tahu ini 
ketentuan-Mu dan perancangan-Mu adalah sebaik-baik perancangan.. 
Pastinya ada sesuatu dan tidak sia-sia.. Aku memohon pada-Mu
semoga perhubungan yang hadir ini akan menambah cintaku pada-Mu
dan menambah kuat keimananku sebagai hamba-Mu..

Semalam aku menerima mesej dari dia.. 
Aku mendiamkan diri beberapa hari ini dan akhirnya
petang kemarin dia menghubungiku, katanya ada kursus
sehingga sabtu nanti.. Semalam dia memujuk untuk keluar makan, tapi
kami belum tentukan masa dan tarikhnya.. Katanya keluar "dating".. Entah 
mengapa aku begitu teruja sehingga hanya Allah tahu ada sebuah senyuman
menguntum di hatiku dan aku kongsikan dengan teman serumah.. 
Padahal kami hanya kawan dan belum rasmi apa-apa pun.. 
Kenapa agaknya? Mungkin aku sudah lama tidak bertemu janji begini..
Semalam aku nantikan mesejnya selepas isyak tapi tiada, 
dan aku akhirnya membawa mata yang penat ini untuk tidur.. 
Aku menyangka dia mungkin sudah tidur disebabkan
kepenatan dan aku tak mahu mengganggu dia.. 
Aku belajar menerima sikapnya, walaupun ada ketika hati ini
  teruji namun aku minta Allah sabarkan aku menghadapi tingkah
insan di sekeliling aku.. Soal janji itu antara dia dan Allah, 
aku diam tanpa menagih janji kerana aku redha.. 
Pasti ada hikmah setiap sesuatu itu walaupun
ada satu bisikan ingin bertanyakan.. Bila Allah izinkan
pasti akan tiba pertemuan itu tanpa kamu sangkakan pujuk hatiku..

Sebelum tidur aku sempat menghubungi ayahanda ku 
untuk menanyakan khabar.. Aku bahagia mendengar suara itu.. 
Semoga ayahanda ku baik-baik-baik saja..

2:00 pm
Aku menerima panggilan dari seorang yang sangat penting
dalam hidupku, hanya Allah tahu sayangnya aku pada insan ini.. 
Allah uji aku dengan sikapnya, aku berusaha untuk memenuhi
setiap permintaannya kerana pada aku dia
1 ketika dahulu sahabat terbaik yang aku pernah miliki.. 
Aku begitu menhormatinya kerana istimewanya
dia dalam hidupku.. Kini ada jarak antara kami
namun aku cuba berbaik sangka..Huhu, nak nagis lak..

Walau apapun tingkah manusia pada aku, aku bersabar
kerana mengharap redha dan ampunan Allah semata-mata..

p/s: Orang yang sabar pasti akan menang! InsyaAllah..
('-')/nur_hani

Wednesday 12 October 2011

Semuanya beres..

2: 29 pm
bismillah.. aku mulakan bicara dalam keadaan cuaca panas di luar.. kesyukuran aku, terlerai segala kekalutan menjadi tenang dan lapang aku rasakan.. selesai semua urusan, fuh.. Alhamdulillah, auch sakit kepala menyerang lagi..

aku terharu dengan kesungguhan sahabat dalam  menghulurkan bantuan.. sekalipun tidak dapat menghulur bantuan, kesungguhan mereka cukup membuat aku merasakan bersyukur punya teman sebegini.. saat kamu mencari-cari pertolongan namun aku tak pernah berhenti meyakini hadirnya pertolongan Tuhan.. walaupun sekeliling ku ada tekanan aku masih cuba gagahi berjalan dan memperbaiki hubungan dengan Tuhan.. cakap tentang sahabat aku nak berkongsi sesuatu.. aku suka ayat ni:
"TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan... Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan.."
sekian untuk hari ini, ringkas dan kemas aiseh.. out~
3:01 pm
p/s:  ingatkan diri agar ikhlaslah dalam persahabatan Lillahi Taala.. jangan putus harapan..
 
('-')/nur_hani

Tuesday 11 October 2011

pandu uji~ iman di jalan kehidupan..


11: 12 am
Tak mampu aku bicarakan.. Perasaan yang gusar menanti gaji tak masuk, mana lagi nak fikir itu dan ini.. Ya Allah, macamana ni? Aku buntu, teramat sangatlah aku bingung tahap gaban.. Kebingungan bila dimaklumkan akan di masukkan pada hari khamis ini.. Sebagai manusia biasa aku ada ketika ketandusan idea memikirkan jalan keluar dari semua masalah ini.. sebenarnya kecil jak masalh aku ni, tapi jadi beban bila semua orang seakan mendesak ni.. Aku masih boleh senyum, masih boleh berdiam, masih boleh bersabar tapi mereka bolehkah menerima sepertimana aku? Kekadang, aku lelah dengan semuanya..

11: 40 am
Ada pula ni orang-orang datang pejabat PA membawa kisah masing-masing, aku layan juga ni sebab bagus juga ada pengalaman orang lain yang kita boleh jadikan iktibar.. Sayang aku tiada kemahiran melukis, kalau ada bolehlah aku buat 1 lukisan dan jual jadi boleh dapat duit.. Aku dah buntu tak nampak jalan keluar.. Aku cuba hubungi kawan, aku berserah kepada Allah untuk semua hal ni.. Sekarang dah masuk waktu, baik aku sign out dulu.. Mhm..

14: 54 pm

Aku dah habis fikir, minta tolong kawan pun susah.. Aku di maklumkan  oleh kawan sekerja gaji masuk khamis.. Ya Allah, aku mohon kesabaran menghadapi ujian ini kerana aku mahu redha menerima ketentuan ini.. Sungguh besar ujian ini, sehingga aku hanya mampu -DIAM-.. Bagaimana aku hendak jelaskan keadaan ini,  mereka tak mampu memahami situasi ini.. Aku yakin ini ujian Allah untuk aku hambaNya.. Aku sedikit tertekan juga dengan sikap sebilangan kaka kat pejabat ni sehingga aku seketika terpinga, mungkin pada aku tak mengapalah tidak mengucapkan terima kasih tapi ada bicara yang menyakiti hati ini tanpa sedar.. Sabar, begitulah kata hatiku.. Aku sedar aku hanya bekerja sementara tapi aku manusia juga.. Ya Allah 1 hari ni aku punya sabar teruji yang teramat.. Satu persatu, khabar tentang gaji, hal rumah lagi, fikirkan mama lagi, dan sikap kaka kat ofiz ni hampir hilang sabar.. 

Asar dulu, out..


16: 05 pm
Aku menangis masa di surau tadi, tak tahan hatiku menanggung rasa ini sendiri.. Aku melihat ke bawah bangunan dan keadaan sekeliling dan aku bicara dalam hati memujuk untuk diri lebih tabah menghadapi ini.. Semua kehendak Allah, mencuba aku dengan semua ini dan pasti tidak sia-sia setiapnya.. Aku redha,

Aku menyepi dari mengambil kisah hal sekeliling dan memotivasi diri agar teruskan senyum walaupun keadaan seakan tak mengizinkan.. Aku berlagak seolah tiada apa yang tersirat, namun di lubuk hati ini hanya Allah Maha Tahu.. Aku hanya mampu berdoa kembali memohon kepada Allah semoga ada jalan keluar untuk setiap satu permasalahan..
 
Soal  dia yang hadir aku ingatkan diri agar lebih BERSEDIA,BERWASPADA dalam menjaga hubungan YANG LEBIH DIREDHAI.. Aku mesti KUAT dan SABAR DALAM MENGHADAPI SETIAP TEMPOH PERTEMUAN DAN PERHUBUNGAN TERSEBUT..

p/s: Selalulah redha dan didik hati berlapang dada menhadapi setiap ujian sekalipun berupa kehilangan, ketakutan dan lain-lainnya.. Percayalah Allah sedang menilai keteguhan iman kita.. Jadi perbanyakkan berdoa dengan yakin dan penuh kesungguhan..



('-')/nur_hani

Friday 7 October 2011

TaK saLaH berAngaN asaLkan..

3:00 pm
Seronok, lunch tadi pi Suria Sabah with my friend.. Aduhai, tiba-tiba pula kepala pening sangat ni.. Ya Allah, sabar  jak aku tahan ni.. Semakin teruk ni bila-bila jak datang dan boleh mengganggu masa bekerja fuh ujian, ujian, memang ujian.. Bersambung pasal lunch, lepas cari makan dan tengok sale aku balik pejabat.. Kemudian aku layan member pejabat karaoke hehe.. Adalah member pejabat nyanyi lagu bob Af memori seorang teman kah 2, aku lupa dah tajuknya tapi yang penting aku sempat berangan lagu tu seperti di tujukan khas untuk aku.. Hehe,  tapi sah aku berangan ikut suka-suka jak bukan serius pun.. Kak N kata tak apa berangan, kalau tak betul pun sekurang-kurangnya kamu dapat berangan hal yang indah.. Hehe, janji aku dapat kawal angan-angan aku jangan sampai tak berpijak di bumi yang nyata..

Aku chat dengan junior kat sekolah lama.. Bagus juga, peramah hehe.. banyak tanya dia tapi aku ni layannn aja.. Mhm, terganggu sedikit kerja.. Ya Allah, kirimkan aku kekuatan menangani sakit ini..

4:05 pm
Baru lepas solat asar, aku lega cikit.. hilang dah sakit kepala atas izin Allah.. Alhamdulillah.. Kejap lagi balik, b ready yeah..  Nak tengok pembentangan bajet tapi tak dapat woo.. janji petang ni joging dengan sahabat karib ku.. Nak keluarkan peluh ni..(:

*Perlukah aku suarakan kata hati, agar aku dapat menjauhi dan dia lebih mengerti.. Atau harus aku biarkan begini berahsia soal hati, dan mengizinkan pertemuan untuk melangsungkan jalinan yang sedang berlangsung..

p/s:  Sahabat-sahabatku, jangan banyak fikiran.. Cubalah lalui takdir ini dengan keselambaan.. Jangan terlalu keseriusan agar lebih tenang melaluinya.. Hehe,

('-')/nur_hani

Tuesday 4 October 2011

SEPI~seketika mencari2 tenang..

Assalammualaikum,  wbt:

10:11 am
Selesma.. Hampir masuk minggu ke 2,  ujian padaku semua ini pasti ada hikmahnya.. Jumaat lepas aku balik kampung untuk pergi kenduri arwah sekali majlis tahlil.. Aku sempat membantu apa yang boleh,  tapi 1 hal yang aku jauhi ialah bersembang dengan orang sebab takut ter keluar kata-kata yang tak sepatutnya.. (: mengelak lebih baik kan?  Al-maklum kadang-kadang kita tak sedar apa yang lidah kita lafazkan.. Huhu, mulut ni kena di jaga sebaik agar tak menyakiti insan-insan yang tidak sepatutnya..

10:22 am
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku, 
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Aku suka betul ayat ni, sesuai buat ingatan supaya tak salah langkah dalam bercinta..  Sungguhpun hati ini masih tak mampu untuk membuka hati.. Allah uji aku dengan menhadirkan 3 insan sehingga aku sendiri kebingungan.. Kemudian aku tak dapat memberi jawapan kepada setiap mereka kerana ingin menguji setiapnya.. Pada aku masih terlalu awal untuk menduga hati mereka walupun ada yang telah ku kenali hati budinya dan masih ada pula yang membuat hati bertanda tanya sejauh mana kesungguhannya.. Ya Allah, aku pada awalnya teruja kini seakan ingin biarkan semuanya.. Jujur, aku mengharap teman yang akan menyokong dan bersama dalam perjalanan.. Tapi mungkin belum tiba masanya, dan aku perlu terus positif pada setiap hal.. 

Ya Allah, hambaMu ini lemah namun enggan mengalah.. Masih meyakini hikmah setiap hal yang telah terjadi.. Wahai ayahanda dan bonda tercinta kaka ingin mengadu rasa hati ini yang terasa perih melalui hari.. Namun kaka masih syukuri adanya doa kalian untuk kaka terus meneruskan kehidupan ini.. Beberapa hari ini emosi kaka ternyata terganggu, dan tangis ini kerap kali hingga tak terbendung lagi.. Aku yakin tinggi kasih sayang Allah kepada hambaNya.. 

14:33 pm
Ada orang kata :
"cinta perlukan pergorbanan dalam melalui setiap liku2 hidup.. biar orang yang kita cinta rasa dihargai.." Aku ingin ayahanda dan bonda rasa dihargai walaupun aku dalam kesibukan.. 

Ya Allah, bantu aku untuk terus menjaga perhubunganku denganMu, perhubunganku dengan ibu bapaku, perhubunganku dengan ahli keluargaku, dan perhubunganku dengan insan-insan di sekelilingku.. semoga aku sentiasa menjaga perlakuan dan batasan dalam pergaulan.. Ya Allah,  Izinkan diri ini untuk terus berbaik sangka dengan setiap ketentuanMu kerana sesungguhnya hanya Engkau Maha Tahu rahsia segala sesuatu.. YaAllah tabahkan aku menghadapi semua ini, tenangkan resah hatiku, lapangkan fikiranku agar aku bisa terus berdiri di sini..

Biarkan! Usah di angankan! Semua ini pasti menemui kesudahan yang membahagiakan, insyaAllah..

p/s: Bila ada yang tidak kena, segeralah kembali muhasabah agar beroleh petunjuk Allah..  Perkasakan diri dengan ilmu dan jangan biar diri jauh dariNya.. Wanita, kamu Allah ciptakan sebagai insan yang kuat malah kamu menjadi tunggak penting dalam institusi kekeluargaan.. Percayalah tangisan itu untuk membasuh luka dan membina kekuatan yang baru untuk kamu.. Teruskan bertabah ya,

(tangis ku tertahan, fuh..)
('-')/nur_hani