Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 25 August 2011

Saling ingat-mengingatkan.. (KaWan)

10: 35 am
Permulaan pagi masih lagi bisa mengukir  senyuman indah anugerah Allah.. Alhamdulillah.. Ya Allah,  aku cuba menjauhkan diri.. Cuba berdikari lagi,  aku tak mahu memautkan diri pada sesuatu yang akan melalaikan aku dari melaksana tanggungjawab yang Allah beri. . Sekiranya hatinya telus untuk mengenali sejauh mana pun aku menjauh dia pasti akan mencariku dengan hati atas izin Ilahi.. 

Persahabatan ini terduga, ku kira dia dapat ku ajak sama-sama memperbaiki diri dengan bait kata indah agar tidak mengguris hati-hati antara kami.. Alhamdulillah ada ketika aku merasa dia dapat memahami prinsip ku tapi ada ketika kesabaran teruji namun ku gagahi hati untuk teguh dengan pendirian tanpa menyakiti hati insan yang bernama kawan.. Namun aku sendiri kini tidak pasti hala tuju perhubungan ini.. Aku hanya mampu berdoa persahabatan ini terisi dengan kasih sayang kerana Allah, bukan kerana lain-lain hal yang boleh mencemari keelokan adab sebuah persahabatan..

Masih ada lagi insan yang benar-benar mahu menghargai kasih sayang aku dan tulus dalam perhubungan jadi mengapa aku harus sedih kiranya aku akan kehilangan seorang teman.. Lagipun untuk apa memaksa hati orang.. Ada ketika lebih baik diam dari banyak bicara insyaallah dia akan sedar  jua akhirnya.. Doakanlah..

Ya Allah, aku yakin Engkau menyediakan insan terbaik untuk aku dan pada masa sama aku juga harus memperbaiki diri agar layak mendapat pasangan terbaik.. Sabar dan doa sebagai perisai jiwa..

Aku menerima mesej yang berinti luahan rindu seorang ibu kepada anaknya.. Saat membaca mesej dari mama, terasa rindu hati ini padanya Ya Allah.. Kejauhan ini ujian buat kami sekeluarga, aku membalas mesej mama  dengan hati yang bercampur rasa dan di penghujung ayat ku titipkan bicara: "dewasa ini banyak hal yang telah berubah tapi kata kasih sayang kami terhadap mama tidak pernah berubah.. Mama Masih sumber inspirasi kaka.."  Hampir jatuh airmata tapi ku tahankan kerana aku masih di pejabat, nanti ada pula yang hairan huhu.. :'(

10: 49 am
Aku mengakui, melalui pengalaman sendiri jarang ada insan yang dapat menerima teguran bila melibatkan hukum agama.. Sesekali aku terpukul jua oleh sikap sebilangan yang secara kasar menolak nasihat.. Ada pula yang berhujah dengan hujah yang menurut mereka benar untuk membela diri.. Tapi mungkin sahaja semua ini berpunca daripada kurang ilmu, cara menasihati, atau situasi yang tidak kena atau hati yang tidak ikhlas dari yang memberi nasihat.. Sebab tu niat kena betul, nak mengajak sama-sama menjadi hamba Allah bukan pula nak tunjuk diri bijak macam ustazah atau ahli falsafah.. Tetapi setelah berusaha dengan ikhlas memberi nasihat masih juga tidak dapat memberi kesan kepada individu itu maka ketahuilah 1 hal: "Sesungguhnya sabar dan berdoalah insyaAllah Allah akan tolong.. Kita sebagai manusia hanya pengantara tapi yang mengetuk pintu hati manusia ialah Allah.. Kerana dia Maha Kuasa.."

11:35 am
Aku akn pulang ke kampung, debaran ada dan aku harap beroleh ketenangan.. Syukur bonus masuk dah.. Moga aku merasa cukup dengan rezeki Allah, amin.. Salam ramadahan n salam lebaran kepada semua.. Mudah-mudahan ramadhan ini di terima amalan dan di ampun segala dosa dan kekhilafan..

p/s: Bersahabatlah dengan hati yang ikhlas.. Semoga keihklasan kita dapat di rasakan jua akhirnya..

('-')/nur_hani

Wednesday 24 August 2011

Rencana Allah Maha Kuasa,

9: 45am
Assalmmualaikum w.b.t Alhamdulillah memasuki 25 ramadhan1432H sudah.. Seperti biasa, sesuatu yang kita rancang ada ketikanya berubah sebelum atau apabila tiba masanya.. Aku terus meyakini ada sesuatu yang Allah telah takdirkan, dan pasti ada sebab Allah tidak izinkan pertemuan ini.. Siapa tahu mungkin akan ada pertemuan yang lebih baik.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Sebenarnya pertemuan kami pada hari jumaat ini di batalkan kerana "my dad" jemput aku dari Papar untuk pulang ke kampung.. Jadi, takkan nak menolak pula kan? Lagipun aku tak tahu nak ajak siapa untuk pertemuan tu, aku masih kekok nak keluar berdua sahaja.. Ya Allah, aku harap dia tidak keberatan mengenai hal ini.. Sekiranya ada jodoh lagi pasti akan jumpa lagi..

Persahabatan kami agak berbeza sekali.. Hampir dari semua sudut berbeza dengan orang lain, aku menganggap ia unik dan cuba membiasakan diri.. Aku selalu ingatkan diri, selama ini aku bersendiri dan berdikari aku mesti ingatkan diri menjaga hati agar tidak mudah terluka walau apapun akan terjadi di hadapan nanti.. Percaya akan indah akhirnya nanti kerana tiada duka yang abadi..

12:10 pm
Tak ku menyangka yang ku duga menjadi nyata atas izinNya.. Aku akan lalui jua.. Mhm, (: Patutlah lain macam jak perangai aku semalam.. Pelik tapi benar..

2:20 pm
Maaf, saya sekadar ingin tahu siapa kamu.. Tiada niat untuk mengganggu kehidupan kamu, Ya Allah semoga perhubungan ini memberi menfaat bersama dan semoga kami dapat saling menghormati tanpa ada pula yang menyakiti dan di sakiti.. Amin.. Aku ubati keresahan denganNya yang selalu mendengar suara hatiku, syukur islam agamaku.. :'( Alhamdulillah.. Allah Maha Besar..

Allah Maha Hebat..

p/s: Kita tidak mungkin menjadi sempurna, tapi kita boleh mendekati kesempurnaan..

('-')/nur_hani

jaga HATI, n jaga SOLAT..

11: 10am
Alhamdulillah untuk hari ini, masih Allah izinkan untuk hidup lagi.. Puasa juga belum bocor setakat ini, hanya sahaja berdoa moga di terima di sisiNya.. Aku tak sangka boleh buat 3 hal sekaligus, semua kuasa Allah.. Aku membuat tugasan sambil mendengar radio ikim fm dan mencatat ilmu yang aku perolehi.. Alhamdulillah, banyak hal yang menyedarkan aku, dan hati ku sungguh terdiam seketika merenung diri semula.. Aku memang bukan orang hebat atau yang terlalu bijak pandai dalam bicara, aku juga tidak berharap orang akan mengambil perhatian tentang aku hanya sahaja ilmu yang ada ingin ku kongsi bersama.. Selebihnya terserah kalian untuk mememikirkannya.. 

Ini antara petikan yang menyinggah masuk terus dan menyentuh hati, untuk perkongsian bersama:
  • Jangan tanya bagaimana hendak mengubah orang? Tapi tanyalah bagaimana mengubah diri sendiri..
  • Ambillah seberapa banyak hal-hal yang positif untuk memperoleh aura yang baik..
  • Jagalah hati yang satu,  dan jagalah solat 5 waktu..
  • Setiap hari rancanglah hal yang baik-baik..
  • Beribadahlah kerana rasa kasih kepada Allah atas segala kasih sayangNya..
  • Ikhlaskanlah hati mencari redha dan ampunan Allah dalam setiap amal kebaikan..
  • Sibukkanlah diri untuk banyak memberi..
  • Sebutlah hal baik-baik dalam pertuturan seharian..
  • Mendidik diri dengan menambah ilmu pengetahuan agama dan kongsikan..
  • Jauhi sifat suka bermegah-megah atau dambakan perhatian dan selalulah membersihkan jiwa..
  • Selalulah bersifat merendahkan diri walaupun berada di status tertinggi..
  • Muhasabah diri, layakkah kita untuk memiliki nikmat yang di beri..
  • Lebih baik didik diri untuk  ikhlas melaksana perkara kebaikan secara perlahan-lahan daripada langsung tiada inisiatif untuk mengikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan kerana asyik takut  ibadah jadi riak..
1: 05pm
Hati ku menangis, menangisi perasaan yang hadir saat ini.. Bimbang perasaan ini salah dan bimbang perasaan ini memudaratkan.. Aku meminta petunjukNya dan aku merasakan sebaiknya aku menjauhi.. Aku tidak pasti ini yang terbaik atau sebaliknya, tapi aku tak tahu bagaimana.. Secara  jujur aku bahagia saat Allah detikkan hatinya untuk menghubungi aku dan mengisi hari-hari ku dengan menambah kuntum senyuman saat kami saling berhubung melalui talian telefon.. Apatah lagi sikapnya yang menyenangkan buat aku bahagia, terdetik jua adakah aku jatuh cinta? Tiada jawapan yang hadir untuk memberi kepastian.. Namun wujud istilah rindu yang di luahkan antara kami dan aku keliru dengan perhubungan ini sahabatkah atau cintakah? Aku cuba selitkan dalam hubungan ini ingatan bersama untuk saling mengingati Allah.. Aku takut akan melalaikan diri dari meningati Allah.. Aku selalu mengingatkan diri bahawa pada bila-bila masa Allah boleh mengambil dia semula dari aku.. Jadi aku harus sederhana dalam segala hal..

Pada masa sama aku ingatkan diri untuk memelihara tingkah dan pergaulan kerana itu setiap pertemuan aku akan bawa teman.. Jumaat ini akan ada 1 lagi pertemuan, sebagai tanda berterima kasih kepada dia tempoh hari.. Semoga pertemuan itu nanti di redhai dan menambah ukhwah antara kami.. Aku tak pasti ia pertemuan yang akan bersiri atau mungkin penutup buat kami.. Tunggu kan kisahnya nanti.. Biarlah Allah yang menentukannya.. 

3:25pm
Banyak hal di luar jangka.. Ya Allah, sabarkan aku dengan setiap ujian yang Engkau takdirkan.. Amin.. 

p/s: apa jua kemusykilan rujuk pada pakar  dalam sesuatu hal yang anda musykil.. Selebihnya mintalah petunjuk kepada Allah..

('-')/nur _hani

Sunday 21 August 2011

Aku Mencuba..

10: 29am
Alhamdulillah aku masih hidup lagi.. Sambung tugasan yang sepatutnya.. Allah izinkan aku untuk menggunakan anggota lagi.. Pagi ini hati sangat rindu, kepada ayah dan bonda yang nun jauh di sana.. Air mata tak tahan dan akhirnya bergenang derasnya.. Awal pagi ku kirimkan mesej untuk kurangkan kerinduan.. Aku bersyukur membuat sejuk di sudut hati, terasa dekat restu mereka di sini Allahu Akbar..

Perkenalan menjadi kawan,  menyambung ukhwah 2 insan.. masih lagi berkawan, soal perkembangan aku tak dapat hendak pastikan.. Aku takut terlalu tinggi meletak harapan, biarlah masa memberi ruang untuk saling memahami.. Alhamdulillah pertemuan pertama membuat aku senang dengan dia, peribadinya ada yang mencuri perhatian ku.. Keramahannya buat aku suka untuk berbual tanpa rasa kekok.. Malah sikapnya tempoh hari yang sangat mengambil berat membuat hati terpaut.. Aku lalui sahaja waktu ini, semoga perhubungan ini tidak mengganggu perhubunganku dengan Allah dan insan-insan di sekeliling ku.. Amin

Aku mencuba membuka ruang, mudah-mudahan saat tiba insan itu Allah memberi aku petunjukNya.. Semoga dapat menjaga HATI yang cuma 1 ini.. Moga sentiasa bertambah taqwa dan iman amin..

Sedang mendengar radio ikim fm.. Nasihat hal perkahwinan, sebaiknya kahwini wanita kerana agamanya selain harta dan kecantikannya.. DOA sebaiknya dari dalam hati sebagai pelindung, semoga diri dan pasangan dapat sama-sama sepakat menjaga rumah tangga dan menjadi insan soleh dan soleha.. Jangan putus asa, sentiasa berusaha dan tambah ilmu rumah tangga..

11: 09am
Tentang wanita:
  • Kasih sayang wanita umpama bulan, kadang besar kadang kecil namun sering terserlah..
  • Wanita adalah insan lembut tapi bukan lemah.. 
  • Wanita itu hiasan dunia, bukan untuk di sanjung pula..
p/s:  DOA adalah senjata terbaik untuk memelihara diri..


('-')/nur_hani

Thursday 18 August 2011

Ke garisan penamat RAMADHAN

9: 46 am
Aku bertugas sebagai PA minggu ni.. Suasana suam-suam kuku dan bila-bila jak aku kena ready untuk taipsurat, fax surat, rekod surat, dan lain2 hal yang perlu sebagai PA, ilmu dapat pengalaman pun dapat.. Lagipun taklah berat sangat aku rasa, syukurla juga.. Cuma tugasan aku yang asal terbantut.. Mhm, aku semakin risau masalah sakit kepala ni terlalu sakit sangat.. Sehingga mengganggu fokus aku, mhm.. harap aku boleh terus bertahan..


Ada sesuatu menarik ingat aku kongsikan.. Minggu ini sepertinya berbeza dari biasa, 1 panggilan telefon dari kawan lama telah mengisi jadual harian.. Semua pada aku aturan Allah yang mendetikkan di hatinya untuk mencari aku sedangkan hampir setahun kami terputus hubungan kerana aku telah bertukar nombor.. Kuasa Allah di luar kotak jangkaan aku.. Perkenalan seminggu ini menghadir rasa yang pelbagai, ada gembira ada gementar dan hati gusar.. Namun aku berbicara pada diri, apapun yang ada dalam perhubungan ini aku harap ia membawa hal-hal positif dan aku harus BERANI untuk menghadapi.. Tak terlintas untuk terlalu serius, tapi aku serahkan pada Allah untuk menentu kerana hati manusia boleh berubah-ubah.. Selama hampir genap seminggu berhubung melalui e-mail, mesej dan panggilan telefon aku gembira juga dia hadir di hari-hari ku..
Perlahan-lahan aku mengenali dia..
  • Mempunyai adik beradik 9 orang
  • Mempunyai kembar seiras
  • Bertanggungjawab (boleh di harap jaga budak)
  • Matanglah juga dan
  • Pada aku dia "juz nice"
Aku berkongsi kisah dengan beberapa teman dan ahli keluarga akan perkenalan yang unik ini, respon mereka ada yang ok ada yang tak dan pada masa sama aku sebenarnya segan.. Tapi aku kata pada diri tak salah berkongsi, biasalah tu.. Aku perasan aku semakin matang kini, CERIA tapi CEKAL itu yang aku nak jadi.. Sejauh mana hubungan ini akan pergi aku tiada jawapan tapi sekiranya membawa kebaikan dan menfaat bersama harapanku agar kekal hendaknya.. Semoga ada jujur dan ikhlas kerana Allah dalam perhubungan ini.. Aminnn,


10: 21am
Fuh, sakitnya kepala ni.. Ya Allah, amat sangat ni..Berdenyut sangat kuat, migrain kah apa ni.. Ni la degil sangat tak nak pi medical check up..


12: 02pm
Masa untuk rehat.. Bos tak de sampai ke petang.. Hehe, suka lah pulak.. (: Tapi tugasan lain kat kaunter dah minta ganti.. Hehe, jalani sahaja janganlah anggap beban jadikan sahaja pengalaman.. Tolong orang juga kan.. Tak sabar nak pulang kampung, mungkin aku pulang awal lah ni.. Naik bus lah.. Hehe, rasanya begitulah kan macam kebiasaan.. This is LIFE, a lot of thing happen out from what you imagined.. Alright thas all for today.. Adiusss, salam.. (:

p/s: Elakkan berprasangka bukan-bukan jika hadir kemusykilan minta petunjuk Allah,

('-')/nur_hani

Sunday 14 August 2011

Di puncak ,15ramadhan

Alhamdulillah, 15 ramadhan akhirnya.. Sampai jg,

10: 54 am
Aku nak story suasana di kampung baru-baru ni..  Hehe.. Suasana tak di rancang,  sabtu tu aku balik ikut kaka sepupu.. Aku jak balik, adik-adik ada hal jadi tak dapat join sama.. Nak di jadikan cerita, kami singgah kat servay hypermarket putatan.. Then, masa membeli-belah tu kami terfikir nak berbuka bersama kat rumah my dad.. Lastly, kami beli bahan untuk di masak.. Hehe, aku punyalah teruja.. Bu Sal pun ikut sama, sebab dia nak berbuka dengan abang dan adik dia.. Suara di hujung talian bapa begitu suka hati masa aku bagitahu nak berbuka ramai-ramai senang hati di buatnya.. Dari supermarket aku dan kaka sepupu terus menyinggah bazaar ramadhan beli lah kui 2,3 jenis dan abc.. Hehe, belian tak juga banyak tapi belanja lumayan juga.. :) Sekali-sekala berkumpul apa salahnya belanja lebih sikit..

11: 37 am
Continue..

Jam 4 lebih kurang gitu sampai rumah.. Sampai jak rumah terus tukar baju dan masak.. Kaka sepupu masak aym goreng, aku masak sayur jak.. Nasi bapa dah masak.. Terasa juga riuh rendah di rumah.. Keletah anak buah aku walau sorang menambah meriah suasana.. Lari-lari sana-sini hehe comel sangat aksi dia.. Minta manja lagi dengan atuk dan nenek-nenek dia.. Sekarang ni lagi makin bijak bercakap, alahai tak terlarat melayannya.. Terkenang pula zaman aku dan adik-adik masih kecil lagi, nakal lebih kurang lah.. Aduyai.. Hehe, kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar candid yang sempat aku ambil masa tu..

 
Ayam goreng, wangi wo..

hah, tgkla anak buah ku tgh mnja2 ngan nenek2 dia.
mengadu sakit kepala.. Hehe
nak di gambar lari lah pula dia.. adoyai.. mcm2 hal
 Di bawah cahaya bulan, suasana luar rmh aku..

My dad orang paling gembira masa ni.. Banyak lagi sebenarnya gambar ni, tapi ni ajalah yang dapat di upload hehe.. Tu ajalah nak cakap tuk arini.. Selamat menjalani ibdah puasa.. (:


p/s: Berbuka puasa bersama boleh eratkan silaturahim.. So ambil peluang ni untuk menyenangkan hati orang tersayang..

('-')/nur_hani

Thursday 11 August 2011

sebenarnya aku ~LEMAH~

11: 41 am
Bismillahirrahmannirrahim.. Sangka ku diri ini cukup tabah, sangka ku senyuman sini sudah bisa membuktikan aku sekuat karang di lautan.. Nyata tidak.. Sememangnya kita manusia yang hidup dengan graf emosi yang ada ketika turun dan ada ketika menaik.. Sebaiknya ambil aura positif untuk bangkit lagi.. Sememang kekuatan yang ada pada jasad, roh dan jiwa serta ini milik Allah jua, kepadaNya aku kembali memohon di kirim kesabaran, kekuatan, dan keteguhan iman.. Hal-hal sekitar kita memang memberi pengaruh besar kepada diri, tapi sepatutnya kita yang kawal situasi bukan kita pula yang terikat pada situasi.. Mhm,

12:01 pm
(aku cari perkataan motivasi dan doa untuk tenangkan hati yang gundah gulana)


akhirnya aku menyinggah di link ini :
http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/12/wirid-zikir-penenang-jiwa-paling-mujarab/

http://feryco.com/petua-mencuci-hati

"Takkan pernah berhenti mencari walau masa tak pernah berpihak.."  Itulah ayat yang kena pada aku saat ini, menguatkan semangat aku.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 

Aku masih mahu berterima kasih kepada orang-orang yang tidak mahu mengendahkan aku dan pernah menyakiti hati ini.. Kenapa? Kerana sikap mereka itu juga aku telah belajar kuat untuk fighthing with myself and my emotion eventhough its honestly hurting me.. 

12: 35 pm
out sebentar, 


1: 24 pm
Sedang dduduk menghadap skrin komputer sambil dengar Ikim fm.. Alhamdulillah,  syukur selepas dengar bacaan ayat Al-Quran di Ikim fm hati terasa sejuk yang amat.. Subhannallah, Allahuakbar.. Lapang rasa dada.. Semuanya atas izinNya, kurniaan ini mendamaikan aku tika ini..


Cas diri dengan melakukan lebih banyak kebaikan, supaya hadir banyak hal yang baik-baik..


2: 00 pm
yes! dapat bubur lambuk lah pula.. Member bagi, baru nak rasa ni.. Nanti berbuka baru mumum.. harap sedaplah ye.. hehe, banyak pula berita gembira dalam aku dupdapdupdap ni.. Get bonus, Alhamdulillah rezeki Allah.. Bila dapat tak tahu, tunggu jak.. K.. Done for today! Salam sayang buat semua.. :) Selamat berbuka puasa..


P/s: Ingat hal yang baik-baik jak walaupun ada banyak hal yang tidak baik telah berlaku.. K,


('-')/nur_hani

Tuesday 9 August 2011

Aku di hari ini,

11:20 am
Barulah punya kelapangan untuk menaip lagi.. Beberapa hari ini sibuk sangat.. Sekarang pun sibuk cuma boleh lah cari masa untuk berkongsi kisah.. Tadi sahur makan roti dan kurma, minum air milo dan 1 botol air suam.. Setakat ini energy ok lagi.. Alhamdulillah..

Kelmarin, adalah kawan bawa baby dia kat ofiz comel sangat.. Nak satu, hehe macamlah boleh order kan? Hehe, ramai juga kawan sebaya aku yang dah kahwin dan ada anak.. Jodoh masing-masing kan ada awal ada pula kemudian.. Aku? kena tunggu lagi, calon pun belum ada.. Aku tak nak terburu-buru tapi pada masa sama aku pun berdoa untuk di pertemukan jodoh sampai syurga harapnya.. Siapalah mamat tu ye? Aku pun masih menunggu, jangan kan nama rupa pun aku tak tahu hanya Allah yang Maha Tahu.. :)

Buat masa ni my focus more kepada adik-adik.. Pada masa sama aku kena plan kerjaya aku, dan apa nak jadi lagi 2, 3 tahun.. Wow, sound good.. Moga dapat di laksanalah kan.. Semenjak aku buat iklan untuk 1 syarikat hari tu aku rasa mungkin ini 1 lagi peluang untuk aku menceburi bidang yang aku minati ni.. Mesti berusaha!

1:50 pm
Selesai.. 1 perkara.. Syukurlah..

Mhm ada 1 hal aku musykil n baru aku tahu kenapa begitu.. Akhirnya di tunjuk jua, so from now on I wont disturb anymore.. Ya Allah, Engkau Maha Hebat.. Banyak betul rahsia yang kita tak tahu tapi sampai masa Allah akan tunjuk juga..

2: 04 pm
Sunyi ofiz.. Aku tengah fikir nak beli apa kat bazar nanti.. Rindu nak buka posa dengan keluarga ku sayang..  Kaka rindu kamu adik-adik ku, mama dan bapa sayang kalian semua.. Kejauhan yang menduga betul.. huhu rasa nak nagis jak.. Orang tak kan faham pun perasaan ni.. Mhm..

2:37
Tengah on9 ambil baca news paper,  aku cuba cari tajuk yang menarik nak kasi fresh minda ni.. Mhm, pening kepala lah pulak.. Enough for today.. Tak larat nak cakap banyak..

('-')/nur_hani

Thursday 4 August 2011

Perjalanan aku pd 5 Ramadhan,

10:00 am
Sudah 5km, lebih kurang begitulah perjalanan kembara tahun ini.. Kembara ramadhan sudah memasuki hari ke 5  insyaAllah.. Aku amat bersyukur atas kurniaan Allah ni, aku mencari-cari peluang dan kesempatan untuk mendekatkan diri kepadaNya.. Harap dapat istiqomah.. Sememangnya banyak ujian supayaLaksana ikut kemampuan bukan paksaan.. Harap-harap ibadah di terima dan beroleh redha dan ampunanNya.. Jom sama-sama kita tambah baik kualiti iman.. :)

10:35 am
Pesta ibadah, itulah istilah bagi mereka yang sungguh-sungguh dalam merai bulan ramadhan yang hanya setahun sekali.. Bunyinya seronok sekali.. Istimewanya bulan inilah ada tadarus al-quran,  ada sembahyang terawih, solat lewat malam, dan kaya dengan pahala berganda pada setiap amal kebaikan, serta lebih banyak mengingatkan kita tentang kesusahan orang lain (seperti anak yatim, ibu2 tunggal dan orang2 miskin), MasyaAllah hebatnya ramadhan.. Pendek cerita ramadhan bukan sekadar menahan lapar malah ia lebih daripada itu.. 

Ramadhan ialah anugerah yang memberi banyak menfaat kepada mereka yang mempunyai ilmu tentangnya.. Sebab itulah kita yang beragama islam kena rajin baca Al-Quran dan terjemahan untuk tambah ilmu di dada.. Jangan sekadar islam pada nama tapi biarlah pada hati dan ruh kita.. Yang utama buatlah ibadah Lillahi taala.. Saya kagum mendengar mualaf yang lebih memahami islam berbanding mereka yang sejak lahir beragama islam.. Hal ini menjadi salah satu sebab diri ini terpanggil untuk mempelajari lebih lagi tentang islam.. Mudah-mudahan di permudahkan..
Banyaklah bertanya pada mereka yang berilmu supaya tak sesat di akhirnya..

special
Walaupun mungkin dah terlewat, aku ingin titipkan niat puasa dan berbuka puasa.. Sebab kat radio sabah tadi aku dengar dorang cerita sal niat puasa n buka puasa pada masa sama ada kawan ofiz mintak ajr niat buka puasa.. Mari sama-sama berkongsi ilmu tak rugi.. :)So  juz klik k? :)

11:49 am
Harap tak sia-sia puasa kita.. Moga di terima di sisiNya.. Banyak hal indah berlaku pada bulan ni sejuk rasa hati,  kemanisan yang tak terungkapkan.. Alhamdulillah.. 

Baru jak tadi telefon my dad, dia tak sihat nak balik kampung ni.. Suara Ayahanda merajuk, aku senyum di hujung telefon tapi aku harap ayahanda faham keadaan aku.. Insyaallah esok aku balik kampung bolehlah membuat juadah buka puasa harapnya.. Rindu rumah, hanya Allah yang tahu..

12: 11pm
Sedang sunyi di pejabat, ada yang keluar untuk berehat n ada yang prepare nak pi solat jumaat.. Menikmati sunyi ini, banyak hal pula yang berlingkar di ruang fikir.. Ya Allah,

12:34 pm
azan dzohor dh ~OUT~


p/s:
Banyakkan belajar dari Al-Quran dan bertanya jika ada kemusykilan.. Jangan diam tanpa berusaha cari jawapan..


('-')/nur_hani

Tuesday 2 August 2011

رمضان كريم ~cari ilmu :)


8: 20 am
Redup di pagi 3 ramadhan..

10: 05 am
Line sistem tak berapa bagus lah pulak.. Jadi aku rajinkan jemari menaipkan bicara lagi.. Sungguh aku rindukan tazkirah dan solat jemaah.. Bila kah akan ada peluang untuk aku merasa tenang dan damai dengan sesungguhnya, rindu Ya Allah..

10: 27 am
Pada saat ini, di sekitarku ramai yang sibuk mencari duit lebih apatah lagi mengenang hari raya yang bakal tiba dan membuat ada ketika aku juga ingin mencari kerja part-time sabtu ahad.. Tapi aku mula fikir, apa guna hidup jika mengabdi pada kerja sedangkan aku sebaiknya belajar untuk merasa cukup dengan apa yang Allah telah kurnia.. Rezeki Allah meluas sungguh Allah tak mungkir janji.. Kita jaga Allah,  maka Allah akan jaga kita insyaallah..  Yang utama kita mesti jaga tali kita dengan Allah (perhubungan dengan Allah melalui solat, zikir, istighfar, dan memperbanyak amal kebaikan)..  Jadi tak jadilah aku hendak kerja part-time,  tapi pada masa sama ada rezeki dari sumber lain.. Rezeki datang dari sumber yang tak pernah di duga, kata orang kalau rezeki takkan ke mana.. :)

12: 09 pm
Tadi lepas dengar tazkirah kat ikim.fm dapatlah ilmu alhamdulillah berguna untuk memperbaiki diri.. antaranya seperti berikut:

  • Jangan sibuk mengubah orang, tapi sibukkan lah mengubah diri.. Ubah diri sebelum hendak ubah orang lain.. 
  • Bertanggungjawablah atas apa yang berlaku,  jangan salahkan orang atas sesuatu keadaan dan semak diri semula jika ada khilaf terdahulu yang tak di sedari..
  • Berlawanlah dengan kelembutan walaupun kamu di baling dengan umpatan dan hinaan yang menyakitkan.. Belajar mencari kebaikan dalam kejahatan (istiqamah untuk selalu positif)..
  • Cuba senaraikan kebaikan dan keburukan kita sebagai cara muhasabah diri.. 
  • Selalulah memberi kemaafan, agar hadir banyak hal yang positif pada masa depan..
2:00 pm
Aku boleh dengar kaka-kaka di pejabat ni sibuk cerita pasal apa menu nak berbuka.. Aku diam jak.. Cuma nak beli 1 menu jak di bazaar sebab aku nak masak di rumah nanti.. Lebih jimat, mhm.. Lagipun buat apa beli barang dapur kalau tak masak.. :) Kan? Rindu nak masak dengan mama macam dulu-dulu.. Seronok dengar kawan-kawan yang dapat berbuka dengan keluarga suasana yang pasti meriah.. Semenjak kerja ni boleh di hitung makan bersama tu berapa kali sahaja.. Aku positifkan diri walaupun keluarga di uji kerana bagi aku inilah tanda kasih sayang Allah agar aku lebih faham dan menghargai mereka yang sangat penting dalam hidup aku..  sebab tanpa mereka siapalah aku yang comel ni.. hehe

p/s:  Hiduplah seperti air yang tetap meneruskan perjalanan walau apa keadaan dan ujian..

('-')/nur_hani