Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 24 August 2011

Rencana Allah Maha Kuasa,

9: 45am
Assalmmualaikum w.b.t Alhamdulillah memasuki 25 ramadhan1432H sudah.. Seperti biasa, sesuatu yang kita rancang ada ketikanya berubah sebelum atau apabila tiba masanya.. Aku terus meyakini ada sesuatu yang Allah telah takdirkan, dan pasti ada sebab Allah tidak izinkan pertemuan ini.. Siapa tahu mungkin akan ada pertemuan yang lebih baik.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Sebenarnya pertemuan kami pada hari jumaat ini di batalkan kerana "my dad" jemput aku dari Papar untuk pulang ke kampung.. Jadi, takkan nak menolak pula kan? Lagipun aku tak tahu nak ajak siapa untuk pertemuan tu, aku masih kekok nak keluar berdua sahaja.. Ya Allah, aku harap dia tidak keberatan mengenai hal ini.. Sekiranya ada jodoh lagi pasti akan jumpa lagi..

Persahabatan kami agak berbeza sekali.. Hampir dari semua sudut berbeza dengan orang lain, aku menganggap ia unik dan cuba membiasakan diri.. Aku selalu ingatkan diri, selama ini aku bersendiri dan berdikari aku mesti ingatkan diri menjaga hati agar tidak mudah terluka walau apapun akan terjadi di hadapan nanti.. Percaya akan indah akhirnya nanti kerana tiada duka yang abadi..

12:10 pm
Tak ku menyangka yang ku duga menjadi nyata atas izinNya.. Aku akan lalui jua.. Mhm, (: Patutlah lain macam jak perangai aku semalam.. Pelik tapi benar..

2:20 pm
Maaf, saya sekadar ingin tahu siapa kamu.. Tiada niat untuk mengganggu kehidupan kamu, Ya Allah semoga perhubungan ini memberi menfaat bersama dan semoga kami dapat saling menghormati tanpa ada pula yang menyakiti dan di sakiti.. Amin.. Aku ubati keresahan denganNya yang selalu mendengar suara hatiku, syukur islam agamaku.. :'( Alhamdulillah.. Allah Maha Besar..

Allah Maha Hebat..

p/s: Kita tidak mungkin menjadi sempurna, tapi kita boleh mendekati kesempurnaan..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment