Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 23 May 2012

Hobi membaca~ kembali lagi ('-')/










Assalammualaikum w.b.t

Hah, ni lah buku paling baru aku beli minggu lepas masa pi kedai buku, rasanya dah 2bulan aku terabai hobi membaca ni.. Bagi mengurangkan rindu, dan menambah ilmu serta mengisi kekosongan lapangku maka aku pun kembali kepada hobi yang sesangatlah berfaedah ni..

11:50 am
Buku ni, aku baru baca sampai tajuk sejambak mawar muka surat 27.. Rasanya sesuai sesangat dengan jiwa wanita ku.. Sekadar ingin berkongsi, terutama kepada yang juga memiliki hobi yang sama sebab buku ni terdapat bayak kisah-kisah wanita yang boleh di jadikan teladan dalam membentuk akhlak kita sebagai muslimah.. Sebab tu lah aku terpikat dengan buku ni..

 Aku biasanya akan baca sebelum pergi kerja, lepas isyak dan bila-bila aku lapang terutama masa dalam bus

12:15 pm
Solat time~

1:25 pm
Masih ada waktu untuk rehat sebelum masuk jam 2 petang.. Hari ni posa, jadinya no menu for lunch but i need menu for dinner.. 
2:20 pm
Bekerja sambil layan lagu2 maher zain:
  1. Freedom 
  2. No. 1 For Me
  3. Forgive Me  
  4. Hold My hand
Dan 2 buah lagu The Muhibbains:
  1. Kunci Syurga
  2. Mengenal Cinta

Balik2 ni juga lagu2 ku putar kerana menambat hati di petang hari.. 
Tambah lagi lagu2 Nazrey, sungguh mendamaikan hati ni.. Hehe..

p/s:
  • Tambahkan ilmu tentang agama agar kita lebih memahami dan berusaha jadi insan lebih baik..  
  • Semoga kita berikan kudrat untuk melaksanakan ibadah demi mencari keredhaan dan ampunan dariNya..  
  • Psttt, kerja juga sebahagian daripada ibadah tau.. Jadi betulkan niat kita kerja Lillahi Taala.. Jom..

('-')/ Nur_Hani

Monday 21 May 2012

Nasyeed time~

Assalamualaikum.. w.b.t  ” #♫ ~
 
Dah masuk bulan rejab ni.. Ada yang berpuasa dan ada yang meningkatkan lagi ibadah.. Semoga istiqamah nak baiki diri jadi hamba terbaik di sisi-Nya.. Amin.. Meh layan jap lagu-lagu nasyid pilihan petang ni.. (:



p/s: Syok dengar lagu nasyid ni boleh jadi terapi tuk tenangkan emosi~

('-')/ Nur_hani

Friday 18 May 2012

RINDU_apa ertinya bagi kamu?

Assalamualaikum wbt:

9:20am
Bermulanya pagi jumaat, Alhamdulillah nikmat untuk hidup lagi semoga ada peluang untuk buat banyak ibadah.. Subhannallah, hari ni aku awal pagi sebak.. Aku menonton ceramah agama yang di sampaikan oleh Ustaz Don yang semakin di kenali.. Caranya bercerita tentang Rasullullah menyentuh hati ini, sungguh aku terkesan.. Subhannallah,

Berkongsi cinta untuk melahirkan masyarakat penyayang~ subhannallah cinta Rasullullah terhadap kita umatnya membuat aku tiba-tiba sedih, rasa ingin gugur air mata yang sedang tertahan pada kelopak mata.. Seolah ada kerinduan, apakah makna ini? Akhlaknya indah benar buat aku makin cinta bila membaca sirahnya..

Rindu juga pada ayah bonda, rindu solat lewat malam dan bertatih bercerita padaNya di lewat malam yang mendamaikan.. Aku sedang melaksanakan amanah yang besar, menjalankan tanggungjawab sebagai anak, kaka, cucu, kawan dan khalifah di bumi Allah.. Kudrat ku ini, moga dapat ku menfaatkan ke arah yang membawa kebaikan..

Dalam rumitnya resahku,
dalam kalutnya emosi,
aku menemukan jalan keluar..

Sungguh tak terlintas dek akal,
moga ianya berjalan mudah dalam izinNya,
kerana aku hanya mampu merancang,
sedangkan Allah jua sebaik-baik perancang..

Rasakan amanah itu,
moga jadi penguat untuk aku,
agar hati tetap gagah melaksana,
sekalipun pengorbanan harus ada..

3:55pm
Syukurilah kurniaanNya, pinjaman sementara yang bersamanya ada penawar (doa).. Jangan abaikan rasa hati ayahbonda, kenangkanlah pengorbanan mereka walaupun perasaan kamu teruji.. Tingkah itu biasa, mereka mengharap perhatian kamu.. Begitulah aku memujuk hati yang mengharap pengertian dari insan-insan tersayang..

p/s: 
Pelihara hubungan yang berupa amanah kepada kita.. (:

('-')/Nur_hani

Tuesday 15 May 2012

bebudak nie~ COMEL

Adik aku~ ni time dia slim ngee hehe
Ni pula sepupu aku~ puteri tercomel dalam famili




Ni 2 bersepupu yang sangat rapat~ sweet lah!

~secomel upin ipin~


11:40am
Hah, arini mood aku upload gambar plak.. Rindu kat 2 budak ni.. Bila tengok wajah ceria dorang ni hati ni bahagia sangat.. Mereka ni lah yang menceriakan kami sekeluarga, keletah 2 orang macam 5 orang juga.. hehe.. Meriah dengan gelak tawa! Kaka sayang korang..

p/s:
Budak-budak mudah meniru gaya orang dewasa, makanya jadilah role model terbaik untuk melahirkan generasi penyayang.. (:

('-')/Nur_Hani




Monday 14 May 2012

sukan dan kesihatan~

Tetiba pulak ni tajuk terlintas di akal..



Assalammualaikum w.b.t


10:00 am
Kali ni aku nak sembang tajuk ni sebab ada kaitan dengan aku sendiri.. hehe.. Zaman sekarang hujung minggu selalu waktu orang shopping jarang-jarang di dengar hujung minggu di gunakan untuk meluangkan masa dengan bersukan.. TAPI masih ada juga sebilangan kecil penghuni di kawasan perumahan dan rakan sepejabat yang masih mahu menjalani cara hidup sihat.. Seperti aku dan rakan-rakan ku, kami luangkan masa selama 2 jam lebih pada setiap sabtu untuk bermain badminton dan ada ketika aku berjalan kaki di taman 6 ke 7 pusingan.. Janji pecah lemak, dan keluar peluh lagipun asyik makan jak dan duduk dalam aircorn..


Aku pilih tajuk kesihatan ni sebab:


Beberapa hari lepas aku jatuh demam, selesma lagi melanda terganggu juga kerja ni.. Mata pulak berat semacam, tak mahu makan ubat cuma minum banyak air dan bila masuk waktu rehat mesti nak tidur kejap supaya dapat cas semula tenaga.. Rasanya tidur lewat itu salah satu puncanya, dan gara-gara makan ice-cream di musim panas kurang pulak minum air nah ambik aku.. Sudah tu beberapa minggu terlepas aktiviti sukan itulah badan lemah semacam..


Aku cuba jadi doktor sendiri, beli ubat kat farmasi sekali di bagi entah ubat apa ni asal makan dada bergegar.. Sah, kuat sangat dosnya tu lah jadi begitu aduhai memang terasa juga deritanya.. Aku bawa baca beberapa surah yang selalu jadi amalan baru aku dapat bawa bertenang.. Allah jak tahu apa yang aku lalui masa tu.. Masa tu Allah tarik selera makan, yang tekak boleh terima cuma sup dan bubur jak.. Pergh, masa tu lah kita tahu nilai sebuah kesihatan betapa sesungguhnya kita tak sedar.. 


11:01am
Kebetulan pulak sekarang musim sakit, lagipun keadaan cuaca yang tak menentu boleh buat badan kita yang tak kuat antibodi cmudah di serang demam, selesma, pening kepala, batuk dan macam-macam lagi.. Bertambah lah pelanggan klinik ni kali..


Tapi paling seronok bila perhatian di beri oleh rakan-rakan, si dia mahupun ahli keluarga.. Terasa berbunga-bunga hati walaupun mereka mungkin tak bisa selami rasa ini.. Umpama ubat bila perhatian di beri, suntikan semangat untuk tetap kuat dalam sakit.. Indahnya


11:38am
Pejabat lengang masa ni, ramai pulak yang kursus.. Bos-bos pergi "meeting" jadinya lalala.. Amanah wei, kerja tetap kerja walaupun tiada bos..


p/s:
  • belajarlah jujur dengan diri sendiri..
  • sentiasalah menguatkan emosi walaupun sakit melanda diri


('-')/Nur_Hani

Sunday 13 May 2012

Ku FikiR-FikiR

Assalammualaikum w.b.t



"Tanda-tanda seseorang itu dikurniakan kesejahteraan pada hati seseorang hamba-Nya ialah apabila empunya hati terus bersangka baik sehingga terpaksa memujuk hatinya dengan anggapan yang tidak masuk akal, sehingga anggapannya itu mampu membahagiakan hatinya, hatta kepada pembencinya.."

10:53 am 
Aha, ayat kat atas ni aku dapat masa terbaca status kawan di fb.. Terus aku buat rujukan untuk kongsi dengan kalian.. Walaupun aku tak begitu mengenali orangnya, tapi banyak juga ilmu yang aku perolehi melalui dia dengan izin Allah.. Serba sedikit aku jatuh hati dengan akhlaknya.. Subhannallah, semua ini kuasanya memperindah akhlak manusia sehingga indah pada pandangan manusia lain.. 

Aku baca berulang-kali ayat ni, aku mahu fahami hingga aku boleh didik diri menjadikannya sebahagian sifat dalam diri.. Mungkin kerana selalu berbaik sangkalah Rasullullah boleh bersabar dengan semua tomahan manusia yang menentang perjuangan baginda sekalipun mereka menyakitinya dengan pelbagai cara, detik hatiku.. Allah Maha Hebat, memberi kekuatan kepada insan yang selalu bersangka baik..

Nah! Makanya, Nur Hani walaupun di sakiti kenalah bijak dalam menawan emosi dengan pujuklah hati supaya selalu berbaik sangka.. Walaupun ayat-ayat pujukan itu seperti sukar di terima oleh logik akal.. Misalnya, :
 
situasi 1 : Dia tak sengaja lukakan hati kamu kerana dia tidak tahu bagaimana cara untuk menceritakan pada kamu apa sebenanrnya yang berlaku dengan cara yang paling baik.. 

situasi 2 : Dia tidak pandai memahami atau menafsir tindakan kamu, mungkin dia di kelilingi oleh orang-orang yang cakap/tegur terus tanpa berkias melalui tindakan mahupun sindiran.. 

situasi 3 : Dia marah kamu kerana dia tiada ilmu tentang cara-cara menghormati orang lain kerana ada kemungkinan orang di sekitarnya juga memaksa dia menjadi demikian..

situasi 4 : Dia tidak menunaikan solat sebab tiada sesiapa yang pernah tegur dia untuk menunaikan solat, dan tiada sesiapa yang mahu mengajarnya..

situasi 5 : Dia tak suka senyum sebab dia tiada gigi, jadi dia malu mahu senyum..

situasi 6 : Dia bermasam muka sebab berfikir banyak hutang yang perlu di jelaskan..

situasi 7 : Orang tu pandu laju-laju sebab dia sakit perut (cirit birit) dan tergesa-gesa mencari tandas..

situasi 8 : Dia suka menyakiti hati orang sebab dia kurang kasih sayang, jadi dia tak suka melihat orang bahagia sebab dia sendiri tak dapat rasa bahagia.. Orang ni paling kita kena kasihan..

situasi 9 : Dia banyak cakap kat pejabat sebab di rumah tiada sesiapa yang nak dengar dia bercakap, yang ni pun kesian juga..

situasi 10 : Dia jeling-jeling kamu sebab Allah ciptakan kamu comel..

Hah, ni la antara keadaan yang selalu aku yakin ramai orang lalui dan penyelesaiannya maafkanlah mereka ni.. (:

12:12 pm
 
Tengahari dah pun, apalah aku nak buat ni.. Erm, nak ajak teman keluarlah ada benda nak beli pula.. Harapnya ada yang sudi menemankan, hehe.. 

Panjang masa ni, lagipun ABC (Allah Bagi Cuti).. 

Masa untuk -REHAT- chaw cin ci..

p/s:
Setiap kali rasa nak marah, istighfar ingat Allah.. Syukurlah walaupun pahit sebab tanda Allah sayang tu lah dia nak uji melalui perangai manusia.. Pendek cerita, jangan cepat melatah..

('-')/ Nur_hani

Thursday 10 May 2012

Kata Pujangga






click to create your own
 

Wah, pendahuluan kata tu.. Terkena benar di hati ku, bila aku fikirkan benar juga.. Walaupun impian sekadar ingin memiliki baju gaun pengantin yang tercantik.. Tak pun ingin masuk syurga, itu juga masih impian.. Tak mengapalah berangan mungkin dari angan-angan kamu akan ada usaha untu merealisasikannya kan? 

Mungkin ada kebimbangan untuk merealisasi impian, tapi jangan pula itu menjadi penghalang.. Kita kena selalu fikir hal-hal positif dan kalau plan A tak jadi cubalah plan B.. Selain tu, cuba dapatkan nasihat daripada mereka yang banyak pengetahuan dan berpengalaman dalam usaha nak capai cita-cita.. jangan menyerah dengan berhenti berusaha! Jalanilah hidupmu dengan sabar dan solat..


p/s:
  • Saya taklah terlalu baik, tapi saya bercita-cita mahu jadi baik..
  • Dulu impian jadi doktor sekarang ianya berubah mengikut keadaan dan masa..
  • Aku suka berangan nak pakai "dress" cantik-cantik macam "princess", tapi kalau dapat hijrah pakai jubah dan tudung labuh kan elok..

    ('-')/ Nur_Hani

Thursday 3 May 2012

Apakah itu? Atau ini..

Apa yang dinanti tak kunjung tiba,
terujinya hati hanya Dia Maha Tahu..


Aturan ini menghadirkan banyak liku,
menemukan aku dengan hal yang tak terlintas dek akal,
menjadikan aku dilema dengan semua,
sehinggakan aku keliru mengertikan tiap satu..

Manakah yang benar dan mana pula yang palsu,
sehingga mata berkaca,
terusan mendakap langit harapan,
dan enggan menyerah kerana yakin adanya Allah..

Di balik senyum keriangan, ada duka yang tersembunyi..
Di balik kekuatan terpamer, ada kelemahan di hadapan Tuhan..
Di balik bicara yang memberi inspirasi, ada buku motivasi yang menguatkan emosi..
Nah itulah kita, kekuatan yang ada sebenarnya tiada melainkan dengan izin-Nya..

Wahai hati,
berbahagialah dengan ujian,

bersyukurlah walaupun itu menyakitkan,
bersabarlah kerana di akhirnya pasti kamu akan bisa menemukan sesuatu yang lebih baik..


p/s: 

Jalani hidup ini tanpa henti.. Walau gagal bertemu arah, yakinlah penuh pasrah padaNya kita berserah..


('-')/ Nur_hani