Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 13 May 2012

Ku FikiR-FikiR

Assalammualaikum w.b.t



"Tanda-tanda seseorang itu dikurniakan kesejahteraan pada hati seseorang hamba-Nya ialah apabila empunya hati terus bersangka baik sehingga terpaksa memujuk hatinya dengan anggapan yang tidak masuk akal, sehingga anggapannya itu mampu membahagiakan hatinya, hatta kepada pembencinya.."

10:53 am 
Aha, ayat kat atas ni aku dapat masa terbaca status kawan di fb.. Terus aku buat rujukan untuk kongsi dengan kalian.. Walaupun aku tak begitu mengenali orangnya, tapi banyak juga ilmu yang aku perolehi melalui dia dengan izin Allah.. Serba sedikit aku jatuh hati dengan akhlaknya.. Subhannallah, semua ini kuasanya memperindah akhlak manusia sehingga indah pada pandangan manusia lain.. 

Aku baca berulang-kali ayat ni, aku mahu fahami hingga aku boleh didik diri menjadikannya sebahagian sifat dalam diri.. Mungkin kerana selalu berbaik sangkalah Rasullullah boleh bersabar dengan semua tomahan manusia yang menentang perjuangan baginda sekalipun mereka menyakitinya dengan pelbagai cara, detik hatiku.. Allah Maha Hebat, memberi kekuatan kepada insan yang selalu bersangka baik..

Nah! Makanya, Nur Hani walaupun di sakiti kenalah bijak dalam menawan emosi dengan pujuklah hati supaya selalu berbaik sangka.. Walaupun ayat-ayat pujukan itu seperti sukar di terima oleh logik akal.. Misalnya, :
 
situasi 1 : Dia tak sengaja lukakan hati kamu kerana dia tidak tahu bagaimana cara untuk menceritakan pada kamu apa sebenanrnya yang berlaku dengan cara yang paling baik.. 

situasi 2 : Dia tidak pandai memahami atau menafsir tindakan kamu, mungkin dia di kelilingi oleh orang-orang yang cakap/tegur terus tanpa berkias melalui tindakan mahupun sindiran.. 

situasi 3 : Dia marah kamu kerana dia tiada ilmu tentang cara-cara menghormati orang lain kerana ada kemungkinan orang di sekitarnya juga memaksa dia menjadi demikian..

situasi 4 : Dia tidak menunaikan solat sebab tiada sesiapa yang pernah tegur dia untuk menunaikan solat, dan tiada sesiapa yang mahu mengajarnya..

situasi 5 : Dia tak suka senyum sebab dia tiada gigi, jadi dia malu mahu senyum..

situasi 6 : Dia bermasam muka sebab berfikir banyak hutang yang perlu di jelaskan..

situasi 7 : Orang tu pandu laju-laju sebab dia sakit perut (cirit birit) dan tergesa-gesa mencari tandas..

situasi 8 : Dia suka menyakiti hati orang sebab dia kurang kasih sayang, jadi dia tak suka melihat orang bahagia sebab dia sendiri tak dapat rasa bahagia.. Orang ni paling kita kena kasihan..

situasi 9 : Dia banyak cakap kat pejabat sebab di rumah tiada sesiapa yang nak dengar dia bercakap, yang ni pun kesian juga..

situasi 10 : Dia jeling-jeling kamu sebab Allah ciptakan kamu comel..

Hah, ni la antara keadaan yang selalu aku yakin ramai orang lalui dan penyelesaiannya maafkanlah mereka ni.. (:

12:12 pm
 
Tengahari dah pun, apalah aku nak buat ni.. Erm, nak ajak teman keluarlah ada benda nak beli pula.. Harapnya ada yang sudi menemankan, hehe.. 

Panjang masa ni, lagipun ABC (Allah Bagi Cuti).. 

Masa untuk -REHAT- chaw cin ci..

p/s:
Setiap kali rasa nak marah, istighfar ingat Allah.. Syukurlah walaupun pahit sebab tanda Allah sayang tu lah dia nak uji melalui perangai manusia.. Pendek cerita, jangan cepat melatah..

('-')/ Nur_hani

No comments:

Post a Comment