Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 14 May 2012

sukan dan kesihatan~

Tetiba pulak ni tajuk terlintas di akal..



Assalammualaikum w.b.t


10:00 am
Kali ni aku nak sembang tajuk ni sebab ada kaitan dengan aku sendiri.. hehe.. Zaman sekarang hujung minggu selalu waktu orang shopping jarang-jarang di dengar hujung minggu di gunakan untuk meluangkan masa dengan bersukan.. TAPI masih ada juga sebilangan kecil penghuni di kawasan perumahan dan rakan sepejabat yang masih mahu menjalani cara hidup sihat.. Seperti aku dan rakan-rakan ku, kami luangkan masa selama 2 jam lebih pada setiap sabtu untuk bermain badminton dan ada ketika aku berjalan kaki di taman 6 ke 7 pusingan.. Janji pecah lemak, dan keluar peluh lagipun asyik makan jak dan duduk dalam aircorn..


Aku pilih tajuk kesihatan ni sebab:


Beberapa hari lepas aku jatuh demam, selesma lagi melanda terganggu juga kerja ni.. Mata pulak berat semacam, tak mahu makan ubat cuma minum banyak air dan bila masuk waktu rehat mesti nak tidur kejap supaya dapat cas semula tenaga.. Rasanya tidur lewat itu salah satu puncanya, dan gara-gara makan ice-cream di musim panas kurang pulak minum air nah ambik aku.. Sudah tu beberapa minggu terlepas aktiviti sukan itulah badan lemah semacam..


Aku cuba jadi doktor sendiri, beli ubat kat farmasi sekali di bagi entah ubat apa ni asal makan dada bergegar.. Sah, kuat sangat dosnya tu lah jadi begitu aduhai memang terasa juga deritanya.. Aku bawa baca beberapa surah yang selalu jadi amalan baru aku dapat bawa bertenang.. Allah jak tahu apa yang aku lalui masa tu.. Masa tu Allah tarik selera makan, yang tekak boleh terima cuma sup dan bubur jak.. Pergh, masa tu lah kita tahu nilai sebuah kesihatan betapa sesungguhnya kita tak sedar.. 


11:01am
Kebetulan pulak sekarang musim sakit, lagipun keadaan cuaca yang tak menentu boleh buat badan kita yang tak kuat antibodi cmudah di serang demam, selesma, pening kepala, batuk dan macam-macam lagi.. Bertambah lah pelanggan klinik ni kali..


Tapi paling seronok bila perhatian di beri oleh rakan-rakan, si dia mahupun ahli keluarga.. Terasa berbunga-bunga hati walaupun mereka mungkin tak bisa selami rasa ini.. Umpama ubat bila perhatian di beri, suntikan semangat untuk tetap kuat dalam sakit.. Indahnya


11:38am
Pejabat lengang masa ni, ramai pulak yang kursus.. Bos-bos pergi "meeting" jadinya lalala.. Amanah wei, kerja tetap kerja walaupun tiada bos..


p/s:
  • belajarlah jujur dengan diri sendiri..
  • sentiasalah menguatkan emosi walaupun sakit melanda diri


('-')/Nur_Hani

No comments:

Post a Comment