Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 5 September 2011

Hati milik Ilahi,

8:14 am
Bismillahhirrahmannirrahim.. Suasana pejabat sedikit sunyi sepi.. Ada yang masih bercuti, al maklum raya kan sebulan hehe.. Tangan dah rindu menaip, dan hati teruja untuk brkongsi cerita di hari raya.. Walaupun dah seminggu raya, bulan puasa punya memori tersendiri yang aku tak dapat lupa.. meh perlahan-lahan kita belek kisah ramadhan ku yang membuat aku teruja.. Apapun ku mulakan dengan memohon kemaafan atas segala kekhilafan dalam sedar atau tidak..
  • Ramadhan bez part buat kuih smpai jam 2:30 am, tapi yang rugi tak dapat p ikut terawih.. Huhu.. Banyak peristiwa yang membuat aku mengukir senyuman.. Syukur,
  • Lepas tu bila tiba raya, part yang paling aku suka ialah jalan2 dengan member2.. Sekian lama menyepi tanpa berita, pertemuan menjalin semula ikatan.. Alhamdulillah..
  • Aku juga sempat ambil pose2 terbaik.. buat tatapan kalian.. (:  hehe, nanti akan di sediakan 1 page khas tuk gambar tatapan kalian.. sabar menanti ya..
  • Cuba untuk lebih bijak mengawal emosi.. Bukan mudah, tapi tak susah sendiri pilihlah..
9:18am
Temanku itu sudi menghadirkan diri ke rumah pada raya yang ke2.. Alhamdulillah, semua baik-baik sahaja.. Aku tidak terlalu melihatkan keterujaan.. Cuba bertenang malah aku tak mahu dia menduga hati ku.. Jelas aku merasa mudah memahami dan aku tak akan memaksa.. Sebagai seorang kawan aku seharusnya memberi kebebasan.. Masih saling berkenalan, moga aku dapat menjaga hati sebaik mungkin.. Akan ingin menjarakkan diri, agar selalu menjaga batasan..
Sekali lagi Allah menguji imanku, kehadiran teman baru itu rasanya bukan untuk aku miliki.. Allah mahu aku selalu berkongsi dan jalani secara sederhana, dan ingatan buatku bahawa tiada hal yang abadi melainkan Allah.. Cinta pada Allah aku takkan rugi, malah banyak hal yang baik-baik terjadi.. Sekalipun di uji damai di sisi Ilahi kerana menyakini tiada hal yang sia-sia.. Setiap kali hati terlalai aku cuba istighfar, dan mengingatkan diri hidup tak lama kat dunia ni.. Ketahui bahawa hati ini milik Allah sememangnya.. Sesungguhnya Dia layak untuk di cintai, kerana kasih sayangNya pada hamba-hambaNya terlalu banyak sekalipun ada yang berpaling dariNya.. Ya Allah teguhkan imanku, tetapkan pendirianku kepadaMu ku memohon.. Semoga di perkenankan, amin..

Kini aku lebih bahagia begini, Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.. Aku mahu memperbaiki ibadah ku dan hubungan denganNya.. Semoga hati ini selalu dalam iman dan taqwa.. Ya Allah:
Semoga aku sentiasa sabar menerima ujian,
Sentiasa syukur atas segala kurniaan,
Sentiasa redha segala qada,
dan ikhlas mencari redha dan ampunanNya..

11: 04am
Raya aku dapat bersama mama dan bapa.. Aku cuba meluang masa untuk kedua-duanya.. Penat namun inilah tanggungjawab, berusaha membahagiakan sehabis daya walau ada ketika hati kecil ini teruji.. Aku berdoa agar kami sekeluarga beroleh limpahan kasih sayang, keteguhan iman, kesihatan tubuh badan dan di murahkan rezeki (yang halal).. Sempat juga bersama-adik-adik dan anak-anak buah yang comel dan keletah yang pelbagai.. Hehe

Ujian, tak mungkin hilang dari papan kehidupan.. Berpegang kuat pada isi Al-Quran dan sunnah.. Tiada yang mustahil di sisi Allah.. Allah Maha Hebat..

p/s: Syawal, sebaiknya garisan permulaan untuk tingkatkan lagi ibadah lepas dah khatam Ramadhan.. Bukan cuba, tapi laksana untuk istiqomah ibadah lewat malam harapnya.. Banyakkan ingat Allah, jaga hati dengan hati-hati kerana di sana nilaian Ilahi..

('-')/ nur_hani

No comments:

Post a Comment