Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 21 September 2011

~apa yang istimewa sangat?

 Apa saja yang berlaku.. semua di luar jangka,
9:35 am
Bismillah, Sebelum memulakan 1000 langkah kita mulakan dengan 1 langkah.. Ewah, kata-kata yang aku dapat dari ikm fm, terima kasih siti & saiful seronok pagiku dengan mengambil aura dari kalian.. Semua dari izin Allah.. Aku mulakan pagi dengan baju rona hitam dan tudung kelabu.. Memberi kelaianan pada hari ini.. Tamu di Asia City awal lagi dah memanggil untuk di kunjungi.. 
Sebaik tiba di pejabat aku dan 5 lagi rakan sama-sama pergi tamu untuk melihat menu untuk sarapan pagi ini.. Berbagai-bagai menu ni, rambang mata.. Sambil tu aku beli bawang merah dan bawang besar.. Hehe,
11:00 am
Alahai, cepat masa berlalu.. Sampai aku tak sedar dah jam11 pagi rupanya.. Hari ini kelihatan baik-baik sahaja.. Tapi ujian juga untuk aku bila melihat beraneka kuih raya yang terhidang di pejabat ni, alahai kena diet ni.. Huhu, asyik makan silap hari bulan timbangan rosak pula bila nak timbang berat hehe.. Harap tak lah sampai macam tu sekali..
11:37 am
✿ ♥ HATI BERBUNGA, dan ibaratnya musim bunga sakura di jepun.. Hehe
✿ ♥ ♥ HATI BERBUNGA, sehingga tiada ayat untuk menzahirkan perasaan.. Alhamdulillah
✿ ♥ ♥ ♥ HATI BERBUNGA, seperti bumi terhenti seketika.. Perasaan indah yg Allah ciptakan..
>Ada Kebahagiaan,
Hanya dengan bicara yang entah apa sahaja yang dibualkan..

>>Ada Senyuman Indah,
Walaupun perbualan yang tak sampai sejam lamanya..

>>>Ada Keceriaan Terpancar,
Hanya dengan lawak yang biasa tapi kena di jiwa..

>>>>Ada Ingatan Mencuri Hati Ini,
Yang lekat di minda hingga tak jemu untuk di ingati.. Pelik jika di imbas kembali..

~apa yang istimewa sangat?

Panggilan teman itu Allah jua yang mengizinkan.. Pada saat hati ku teruji dengan sekeliling yang pelbagai halnya, Allah menenangkan aku.. STOP! Aku kembali memijak bumi untuk memberi ingatan pada diri, bahawa yang Allah hadirkan itu pinjaman.. Pada bila-bila masa akan di pulangkan apabila sudah luput tarikhnya.. Jangan lupa itu Nur Hani~ Semoga kami saling kasih-mengasihi, rindu-merindui, ingat-menginagati dan doa-mendoakan kerana Allah.. Amin

Aku jalani walaupun ada gementar, dan aku mahu terus melangkah gagah manakala selebihnya aku pasrah pada Allah.. Hanya doa sebagai senjata ku menempuh segala takdir hidup ku..

p/s: Selalulah berbaik sangka walau keadaan tidak mengizinkan kamu demikian.. Hikmah pasti ada..

('-')/nur_hani

2 comments: