Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 16 September 2011

Bersaksi 2 kalimah,

>> 2:4 1pm
Alhamdulillah.. Atas izin Allah aku bernafas lagi di atas bumi bertuah Malaysia.. Bersaksikan 2 kalimah syahadah aku membulatkan niat menjalani hari mencari redha dan keampunan Allah.. Manusia seperti ku ada ketika lelah dan lemah.. Aku mengakui tak mudah untuk aku berada di mana aku di sini saat ini.. Kejayaan sepenuhnya belum aku miliki namun akan ku usaha untuk merai, selebihnya ku serahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa..

Hari ini aku sendirian di rumah makcik.. Aku mengisi lapangku dengan berkongsi hari melalui blog ini .. 

>>3:01 pm
Baru sebentar tadi aku menghubungi kedua ayah dan bonda tercinta.. Hati lega mendengarkan khabar kedua-duanya.. Senyum ku bukan kepalang, ada kuntum-kuntum bahagia aku rasakan.. Orang kata kalau mahu di sayangi belajarlah menyayangi.. Aku banyak terlepas peluang melimpahkan kasih dan sayang kepada kedua insan penting dalam hidup ku ini, dan kini aku tak mahu mengulangi kekhilafan yang membuat aku kerugian.. Maafkan kaka, kaka akan berusaha tebus semuanya..Kaka sayang kalian berdua..

Aku yakin Allah sedang melihat, memerhati hatta setiap inci hal sekecil zarah yang terjadi di atas bumi ini tak terlepas dari cctv Allah.. Membuat aku semakin menginsafi diri, dalam usaha untuk membaiki mutu ibadah aku tak mahu mengalah walaupun ujian semakin menekan apalagi ketika hendak membuat kebaikan.. Aku selalu berkata pada diri bahawa selalulah menjaga niat hati, kerana di situ fokus utama..

Aku sangat bersyukur, terlalu banyak hikmah dalam segala hal yang di takdir dalam hidup ku.. Kesakitan yang dahulu aku rasakan membuat aku lebih memahami situasi orang lain.. Ada satu sudut yang membuat aku melihat dunia ini dari cara yang luar dari kebiasaan.. Aku juga berpeluang memahami diri aku yang sesungguhnya perlu menambah ilmu dan harus lebih bermotivasi untuk memberi aura yang positif kepada orang di sekeliling ku.. Aku juga didik diri buat baik bukan sebab pujian atau keduniaan tapi biarlah Lillahi taala.. Begitu juga halnya kalau bersahabat biar ikhlas, bukan mengharap agar di balas..

`Jangan mendamba dunia, ia tak kekal selamanya..
``Hisablah diri untuk bekalan ke akhirat tempat kembalinya kita semua..

Syukur Allah permudahkan aku dalam memperoleh ilmu pengetahuan.. namun ilmu ku tidaklah sehebat para alim ulama, atau ustazah di luar sana.. Tapi ini tidak bermakna aku akan berhenti menuntut ilmu sebaliknya peluang-peluang ini membuka hati yang terlalu satu untuk lebih memahami agama yang aku anuti ini.. Aku wanita akhir zaman yang masih memerlukan pimpinan insan..

`Ya Allah, hadirkanlah untuk ku seorang penolong dari-Mu..
``Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalanya..

>>4:07 pm
Membaca jambatan ilmu, aku paling suka membaca buku motivasi daripada majalah-majalah yang ada sebilangannya hanya berintipati gosip semata-mata.. Aku dah banyak koleksi buku, tapi koleksi--koleksi juga yang penting di baca dan ambil menfaat untuk rujukan kehidupan.. Sebab tu aku merasa setiap hari adalah hari baru yang tak harus di persia..

Mhm.. Ada satu hal aku nak kongsi, aku ada satu tabiat baru  iaitu mudah simpati bila ada yang melalui situasi yang mana membuat mereka bingung dan dilema.. Ada yang sanggup melukakan hati sendiri untuk terus berada dengan kekasih hati, ada yang dilema oleh masalah keluarga, dan tak kurang yang menjadi kejam kerana merasa seluruh dunia musuhnya.. Sebenarnya mereka ada masalah dengan hati.. Pada aku mereka ni cukup kasihan, aku pernah terfikir untuk menghulur bantuan memberi nasihat tapi ilmu sejengkal cuma dan aku hanya mampu mengangkat doa.. Tapi bila mereka perlu pertolongan aku berusaha juga membantu agar mereka tak berputus asa dengan kehidupan ni.. Aku sangat gembira untuk menghulurkan bantuan saat mereka berada dalam kesulitan.. Aku hanya pengantara, Allah jua yang memberi keizinan..

Aku rasa dah macam-macam kisah aku masukkan kat sini,  tapi masih lagi berpandu tajuk iaitu bersaksi 2 kalimah aku ingin berkongsi tips untuk penghuni rumah sepenuh.. Semoga kalian tak mensia-siakan masa agar kelapangan yang ada dapat di guna untuk merawat hati dan menambah iman pada Ilahi.. Masa itu emas.. Walaupun aku bukan sepenuh masa kat rumah tapi aku harap bergunalah setiap tips ini semua berdasarkan pemantauan aku dan sedikit cedukan pendapat dari pelbagai pihak.. Sekadar ingin berkongsi , terserah anda untuk memikirkan keperluannya.. Kita mulakan:-

  1. Jaga 5 waktu, dan berusaha untuk istiqamah Lillahi Taala..
  2. Selesai tugasan rumah bolehlah menonton tv, dan ada baiknya anda menonton saluran yang menambah pengetahuan bukan sekadar hiburan kosong yang akan merosakkan pemikiran..
  3. Cari hobi yang boleh memberi faedah seperti memasak, menjahit, membaca buku, menulis sajak, melukis dan paling tidak pun bersukan bersama keluarga atau jiran lagipun ianya baik untuk kesihatan.
  4. Berzikir sambil melakukan aktiviti seharian, tambah pahala dan buat kita rasa dekat dengan Tuhan..
  5. Belajar ilmu agama, berpakat dengan ahli komuniti tempat anda tinggal dan upah ustaz atau ustazah bertauliah sebagai sumber rujukan..
  6. Selain itu anda boleh mendirikan solat-solat sunat agat keimanan bertambah kuat..
  7. Muhasabah diri, koreksi kesilapan dan cuba perbetulkan persepsi yang mengatakan anda menanggung beban.. Sebaliknya beritahu diri bahawa tanggungjawab ini anda laksanakan sebagai tanda kasih-sayang anda terhadap ahli keluarga dan setiap satu berada dalam penilaian Allah..
  8. Manakala yang terakhir, anda di cadangkan supaya mengisi lapang dengan membaca Al-Quran dan terjemahan bertambah lagi ilmu pengetahuan... InsyaAllah,
Fuh, dah banyak aku mengomel ni, rasanya cukup sampai di sini.. Sekian.. sehingga bertemu lagi,

p/s : Jalani hidup dengan keikhlasan bukan dengan keterpaksaan.. 

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment