Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Tuesday 5 July 2011

Dah 3 hari,

8:00 am
Bismillahhirrahmannirrahim.. Rabu, dah 3 hari melalui hari pada minggu ini.. Seakan pantas masa berlalu.. Tak sedar "you all".. 

Nak kongsi ni seronok tadi membaca pengalaman cinta kenalan kat blog, "so sweet".. Awal pagi buat aku tersenyum.. Al-kisah cinta masa praktikal, macam-macam hal.. Kita hidup dengan pengalaman berbeza dan sesekali membaca kisah orang kita mungkin boleh ambil teladan yang baik kan?

10:25 am
Baru selesai perhimpunan bulanan.. Alhamdulillah, selamat semuanya walaupun keadaan dewan sangat uzur hingga mencetus kebimbangan di hati kalau-kalau runtuh bangunan ni.. Mhm, aku dan Mr. H memang akan selalu bertemu kerana kami di jabatan yang sama, jadi nak mengelak pun susah.. Sekali lagi, kami tidak bertegur sapa pada majlis perhimpunan ni.. Di hati aku kata, buat apa juga susah-susah fikir nak senyum dengan dia? Lagipun akhir-akhir ni macam dah makin dingin kami 2 walaupun masing-masing tak tahu kenapa tercetusnya hal ni.. Mulai hari ni aku hanya akan lalui seperti biasa jak, Mr. H saya tak memusushi kamu dan maaflah tak dapat nak berbaik dengan kamu.. Kamu bos saya dan rasanya saya tetap perlu menghormati kamu.. "DONE!"..

Huh.. "Refresh my mind" perhimpunan kali ini isu semasa, hal berkaitan PERHIMPUNAN BERSIH, dan PATI.. Di selit juga berkaitan "claim".. pengisisan yang agak baik untuk renungan bersama.. Semua pun penting dalam melahirkan keamanan negara serta rasa tanggungjawab sebagai salah seorang pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.. 

11:10 am
Pening memikir hal remeh-temeh.. "So", aku berlagak "cool".. Apa lagi bila bertanya soal hati pada aku, malas nak ambil pusing sangat.. Biarlah, pandai lah diam kalu dah penat bercakap.. Kadang-kadang ada ketika tawar hati nak bercinta, tapi aku juga manusia biasa yang tercipta dengan perasaan dan pada saat ini aku hanya mampu berdoa semoga di temukan dengan insan yang akan sama-sama membawa aku bercinta sampai syurga hendaknya aminnn..

Rindu pada keluarga tercinta, entah apa yang sedang mereka lalui tika ini? Aku dari jauh hanya mampu bertanya khabar dan mendoakan mereka di sana baik-baik sahaja hendaknya.. Puasa bakal tiba, di susuli dengan hari raya dan semoga saja ini akan menjadi medan pertemuan keluarga besar yang semakin berjarak ini.. Ujian tidak pernah lari dari papan kehidupan begitulah yang aku dan keluarga lalui kami juga tidak terlepas.. Pasti hikmahnya ada, dan ujian membuat diri makin merendah diri saat menghadap Ilahi.. Aku juga turut pesan pada teman-teman untuk menyimpan sabar saat menghadapi ujian, dan ikhlas menerima ketentuan, serta tidak lupa mensyukuri setiap kurniaan Tuhan.. Pesat buat diri juga..

Aku akui, kerinduan untuk solat tengah malam, serta rindu untuk meluang masa membaca Al-Quran dan  memahami maksudnya.. Terlalu banyak terisi masa dengan aktiviti luar hingga sesekali merenungi diri terasa ada yang kurang pada hati..  Rupanya kurang "dating" dengan Ilahi.. Mengaku cinta, malu rasanya pada Dia yang selayaknya menerima pujian dan rindu dari hamba-hambaNya.. Mudah-mudahan aku dapat menyusun masa untuk menyediakan peluang mensucikan hati-hati yang kotor ini dengan Al-Quran..

11:25 am
"Today" aku perasan banyak bos-bos dan rakan sekerja lelaki tidak menjaga penampilan diri terutamanya soal rambut.. Sungguh merosak pemandangan mata aku rasakan.. Rambut di biar panjang melepasi kolar dan ada yang menyimpan jambang, sungguh tidak kemas.. Ish3, kalau pun "busy" takkan takda masa nak tengok muka kat cermin dan tengok keadaan diri.. Padahal masing-masing lebih "handsome" kalau berkemas.. Kalau kerja kat bengkel tak mengapalah juga..Inilah yang kadang-kadang kaum adam terlepas pandang..


Mhm.. Tiba-tiba aku nak tanya, perlukah kita belajar mencintai orang yang kita langsung tidak cinta? Sebaliknya kita sayang dia sebagai kawan.. Aku janggal terus bila kawan yang aku "kamcing" di katakan mula ada "feel" kat aku.. Pelik perasaan tu, dan aku pulak berlagak seperti tiada apa-apa berlaku.. Ada ketika aku rasa dia main tarik-tali dengan aku, itu juga buat aku tak nak tunjuk emosi aku sangat.. Boleh bikin dingin lagi "relation".. Dia perasan aku dah tak macam dulu, tapi aku nafikan.. Terpulanglah pada masa yang akan menjawabnya.. huhu..

12:30 pm
Sebentar lagi waktu rehat.. Berhenti dulu..

p/s: Kamu tidak pernah sendirian, Allah ada bersama kamu..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment