Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 18 July 2011

MatA tak semak Lagi!

10: 50 am
Alhamdulillah, dengan izin Maha Kuasa sehari lagi buat diri ini..  Wah, sedap mata memandang melihat kekemasan.. Lalala.. Maksudnya? 

Akhirnya my boss cut his hair.. Tapi, yang sodihnya ni hah member  aku yang sebaya aku tak lah reti nak potong rambut.. Tak rimas kah dengan rambut lebat, panjang yang belah tengah tu macam tabir dah aku tengok.. Kalau ia pun nak berjimat agak-agak lah juga..

I dont know, whether they realize it or not about their self.. Whatever, its not me! Should I say that to myself so that I can ignore what I saw.. Huhu.. The best thing I can do may be..  

*******************************************************************  
Suka hati kome lah..                    
Bah! antam tia, mana saja tah kadikamu..                      
Terserah kamu, imej anda melambangkan diri anda..               
It's up to you, its about people impression..                                 
Lu punya pasal lo, wa tila mau ambil kisah pun..                          
*******************************************************************
Lala.. Biarkanlah.. :)

12:25 pm
Sudah tengahari.. Tak sedar masa hari ini.. Sepatutnya hari ini aku teman adik pergi hospital.. Tapi cuti aku tak banyak lagi nasib ada mak cik tolong temankan dia, senang juga hati sedikit..

Beberapa hari lepas aku pulang kampung.. My lovely dad  masak special  untuk anak dia ni.. Jangan jeles, urat daging masak kari, sotong masak kicap dan sambal ikan & sayur campur.. perh!  Lumayan ni menu dia.. Hehe, sedap tul.. Besa 1 piring jak makan ni kali 2 piring, cancel my diet.. Lalala.. Pada masa sama teringin nak korek lagi rahsia masakan bapa kesayangan ku ni.. Hehehe berguru lah kiranya.. Bapa memang terkenal dalam family kalau menu kampung ni, sebab tu nak sangat ambil tahu rugi kalau tak belajar..

Mhm, pada masa sama kesihatan bapa akhir-akhir ni kurang memuaskan.. Mengadu sakit perut..  Mungkin lepas operation tu tak sembuh lagi.. Merisaukan juga, mudah-mudahan kesihatan bapa akan beransur pulih.. Doakan dia ya? Terima kasih semua.. amin.. 

Konflik dalam keluarga adalah lumrah, mungkin ada ketika diam adalah penyelesaiain terbaik agar ketegangan bisa bertukar reda dan menjadi mudah untuk di selesaikan.. Aku terlalu sayangkan keluargaku, namun aku juga manusia biasa yang sesekali mahu menzahirkan rintihan hati untuk didengari.. Kemaafan ku pohon jika ada bait bicara yang telah menyakiti insan-insan yang ku kasihi.. Sesungguhnya jauh di satu sudut mengharapkan selalu bahagia hendaknya..

1:00 pm
Siapa sangka? Tiada siapa menduga, kawan aku serumah kini adalah my junior during in the high school.. Macam tidak percaya! tapi itulah hakikatnya, gembira bertemu mereka.. Hope pertemuan ini membawa sesuatu yang lebih baik pada masa depan.. Amin,

2:15 pm
Ku bangkit semula dari lara yang sangat panjang.. Cuba membetulkan apa yang dapat aku perbetulkan dan memperbaiki segala yang masih boleh aku perbaiki.. Jika aku terus meratapi kedukaan sampai bila-bila aku tak akan dapat mencapai kebahagiaan sedangkan terlalu luas rahmat Tuhan untuk aku menaruh harapan  dan merealisasi impian .. Tak dapat di nafikan kadang hadir jua perasaan kecewa, tapi aku harus belajar membuka hati dan terus positif menjalani hari yang Allah kurnia buat diri.. Peluang sentiasa ada, insyaallah berkat usaha dan doa pasti aku  bisa miliki bahagia..
SABAR menanti.. 

My sister  nak bawa pi   Wisma Merdeka.. Katanya nak tengok sunset.. Kebetulan pulak aku pun nak tenangkan fikiran jadi aku setuju sajalah.. :) Huahua.. Memang kat sanalah tempat lepak aku dan adik aku, dah jadi rutin setiap minggu wajib pi  sana.. Bagus juga, boleh relax my mind.. Ada yang nak ikut sekali?  Jom.. Tiada yuran di kenakan.. Lalala..

p/s:
*Biarlah kita jadi insan yang di buang ke langit menjadi bintang, jatuh ke bumi menjadi permata..
(Ke mana pun kita di buang kita boleh menjadi insan yang cemerlang, mudah-mudahan)

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment