Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Tuesday 19 July 2011

Di baWah awan yaNg berSeraKaN..

8:45am
Awal pagi ini, aku mendongak ke langit biru.. Kepulan awan berserakan indah  hampir menutupi langit biru.. Aku yang leka menghayati dari jendela bas melahirkan kekaguman ciptaan Tuhan..

Mhm.. Selama aku menjadi pejalan kaki, aku mengalami pelbagai situasi.. Baru hari ini aku mendapati aku telah melalui banyak pengalaman yang tak dapat di bayar nilainya.. Mungkin hal ini biasa bagi sesetengah orang.. Pengalaman termasuk di dekati salesman, ternampak orang kurang upaya yang tersesat, terserempak orang gila & peminta sedekah, terlanggar orang dalam tak sengaja, terserempak orang sama setiap pagi, melalui kawasan persekolahan yang hingar-bingar, dan hampir boleh menghafal no. flat yang kerap lalu lalang di jalan raya.. Yang pasti melalui jalan yang sama, traffic light yang sama, dan simpang yang sama cuma sesekali ku mengubah arah untuk mencari ilham dan membuat kelainan pada hari yang terlalu biasa.. Hehe..

Aku juga belajar untuk merasai kesusahan hidup orang lain, supaya aku beringat dan  mengambil teladan dan buat sempadan.. Betapa aku sebaiknya selalu bersyukur kerana walaupun berdepan dengan pelbagai permasalahan, ternyata  ada mereka yang menghadapi ujian yang lebih hebat lagi..

Semua pengalaman itu mendidik aku menghargai insan-insan penting dalam hidupku terutama ibu bapa yang masih ada untuk aku berpaut kasih.. Aku juga belajar untuk mengelakkan pembaziran terutama yang melibatkan makananan.. Aku juga belajar menyimpan untuk masa kecemasan yang kita tak tahu bila tibanya.. Pada masa sama aku juga belajar untuk melaksana tanggungjawab yang di beri sebaik mungkin.. Aku juga belajar untuk lebih memahami situasi orang lain yang sering di pandang remeh sesetengah kita hari ini.. Tidaklah nanti kita di katakan tidak bertimbang rasa..

Aku juga perlahan-lahan menerima kenyataan bahawa aku harus banyak mengalah (sabar) dalam pertelingkahan, kerana perlahan-lahan ianya akan reda sendiri juga akhirnya.. Kata orang, Untuk padamkan api yang marak kita kena simbah air bukan minyak.. Tak mudah, namun tak susah terserah atas pilihan.. (So, ikut situasi lah  kan?) Hehe, lu fikirlah sendiri

12:13 pm
Terasa mengantuklah pula aku ni.. Alahai, mhm.. Menu lunch? Malas nak fikir masih kenyang lagi.. on diet!  Sekurang-kurangnyanya kena kasi  trun 3-4 kilo.. Lalala, chiayo!

 1: 40pm
Rehat, sambil kerja.. Lalala..

2:05 pm
Stop!

p/s:
Kita suka menghitung hari, tapi pernahkah kita menghitung amalan untuk di bawa mati?  Sebab kematian adalah rahsia Allah yang kita tak tahu bila dan bagaimana ketibaannya..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment