Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 14 July 2011

Usaha ke Arah itu,

3:49 pm
Lewat petang ini barulah berkesempatan menitipkan bicara di blog ini.. Alhamdulillah, limpahan nikmat kurnia buat aku.. Sekalipun tekak ini serasa sakit, dan pening kepala yang datang tak di undang masanya.. Namun aku masih mampu meneruskan hari, Alhamdulillah..

Tajuk usaha ke arah itu merujuk pada pengumpulan semula semua karya ku.. Semua sajak yang aku hasilkan sepanjang perjalanan hidup ku ingin aku buku kan.. Soal keuntungan bukan lah pokok utama ku.. Sebaliknya perkongsian kisah-kisah di sebalik bait-bait kata itu yang cuba aku sampaikan.. Niat ini sudah sekian lama aku pendamkan, akhirnya hati ku terbuku untuk mengusahakannya dengan sungguh-sungguh.. Acapkali mencuba pasti ada ujiannya, aku tak mahu putus harapan..

Mudah-mudahan hajatku kesampaian.. Amin..

4: 02 pm
Sebentar lagi nak pulang.. Aku nak kena buat jadual waktu untuk diri menjelang bulan yang paling di nanti pencinta kedamaian.. Aku tak nak ketinggalan jadi sebahagian dari mereka, jom sama-sama kita muhasabah diri.. Dekatkan diri dengan Dia supaya kita beroleh kasih sayang yang melimpah dariNya.. Amin..

p/s :
Hari-hari kita berbaki entah berapa, moga kita selalu baiki niat hati dan baiki kualiti iman pada diri..
amin..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment