Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 8 July 2011

SAHABAT, aku_kamu_mereka

11:23 am
Pagi jumaat yang menghampiri waktu rehat.. Alhamdulillah segala kudarat dan waktu buat kita.. Hari ini suasa suram.. Banyak "member" yang khursus.. Sepi seketika "oficce" ni..  Alhamdulillah, aku dan rakan "kamcing" dah boleh bertegur sapa seperti sedia kala.. Kadang-kadang ada baiknya buat sesuatu tanpa fikir panjang, sebab aku ni di gelar sebagai gadis rumit yang terlalu memikir bila buat tindakan takut menghasil kan tindakan..  Sering di gelar juga gadis sastera kerana bila nak berbicara selalu belit-belit sebelum sampai ke isi utama.. Tapi istimewanya orang cakap, aku kategori orang yang romantik cumanya luculah "pompuan" pulak yang romantik sepatutnya lelaki.. Hehe.. Berbalik pada tajuk tadi, hehe.. Bila tadi aku tegur "i mean say something, no matter what" dengan "member kamcing" untuk berbual ok jak aku rasa lebih selesa.. Kesimpulannya kadang-kadang main belasah jak cakap bagus juga.. haha

11:37 am
Tengahari masa panjang ni nak buat apa erk? Masih kenyang lah.. Lagipun sarapan tadi berat:
makan nasi + sayur kobis + sambal aym yang ku masak.. Kat luar cuaca panas pulak berfikir nak keluar.. Ada yang lain sah-sah keluar pergi "shopping mall".. kadang bukan nak membeli, saja ukur jalan kat bandar ni.. hehe.. Macam-macam jak gelagat orang ni.. Bagus juga kategori senaman ringan..

4:55 pm
Hari ni nak kongsi tentang persahabatan..

Masa sekolah dulu mesti setiap kita ada kawan baik, tak tahulah kalau ada yang boleh jalani hidup sendiri-sendiri.. Mesti bosan "life" tu.. Dulu "bezfren" aku mesti 2 orang.. Maksudnya termasuk aku kami ber 3.. (Lebih kurang ala-ala totally spice, atau charlies angel, tak pun macam power puff girl.. Pendek kata semua yang sekutu dengannya).. Tapi tak kekal lama, yang paling lama setakat ni  dan masih lagi "contact each other" dengan kawan masa kat sekolah menengah.. Asalnya dulu "team" kami  7 orang, "group" paling besar, paling bising, dan paling suka buat fenomena..  Hehe.. Sampai  pernah kami 1 kumpulan di denda gara-gara bising dalam kelas.. Berdiri atas meja lagi tu.. Paling menang lah! Tapi tiap tahun makin berkurang ahli sebab ada yang pindah sekolah.. Hidup ini bukan kita yang tentukan jadi semua tu dah jadi adat dalam persahabatan bertemu dan berpisah..

Cuma aku paling sedih bila kita cuba berkawan ada ketika di salah mengertikan.. Sesekali teguran juga di anggap kesalahan, tapi sebagai rakan rasa tanggungjawab buat kita boleh simpan kesabaran walaupun di pulaukan atau mungkin menjadi bahan untuk di persendakan.. Apapun aku tetap sayangkan persahabatan yang pernah di jalinkan.. Sesekali persahabatan di uji Tuhan, itulah saat untuk kita tahu sejauh mana kekuatan ikatan itu mampu di pertahankan..

p/s:
Tujuan persahabatan adalah untuk saling menjaga antara satu sama lain.. Jadi jangan pernah menikam kawan dari belakang begitulah harapnya di kalangan kita semua.. teguran buat aku juga..
Tu jak nak cakap..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment