Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 16 November 2011

Aku Tetap ~DIAM

Bismillah,
Dengan nama Allah, aku memulakan bicara sekali ini.. Entah dalam kesibukan ini hati ingin benar berbicara soal rasa yang menduga emosi aku sebagai hamba-Nya.. Tapi aku pesan diri:
  • Jangan berkecil hati dengan perbuatan insan, itu tanda ingatan dari Tuhan.. Berterima kasih pada mereka kerana meluangkan masa untuk melihat kesalahan yang kita mungkin tak sedar tentangnya..
  • Apapun kesulitan mahupun ujian, memohonlah pertolongan dan perlindungan hanya kepadaNya..
  • Manusia hanya makhluk lemah yang tiada apa melainkan apa yang di izinkanNya..
  • Sila amalkan: POSITIF - FOKUS - SABAR .. Setiap perbuatan di nilai di sisiNya..
Semua aturan Allah, aku menerima tawaran kerja di syarikat swasta sebaik sahaja:
  1. Aku hantar resume pada 15/ 11/ 2011
  2. Aku di temuduga pada 16/ 11/ 2011
  3. Aku di minta lapor diri pada 17/ 11/2011, tapi aku mohon jasa baik mereka agar memberikan aku peluang sehingga 1 disember.. Alhamdulillah mereka telah beri aku peluang itu.. Semoga tidak sia-sia usaha aku.. Aminnn..
Pada  awalnya aku tak mahu memberitahu tentang ini pada sesiapa.. Tapi mungkin ada baiknya supaya mereka tak terkejut bila aku tiada nanti.. Semoga aku dapat menjalani tugas baru dengan dedikasi, aminnn..

Aku hanya ambil cas positif dalam minda sekalipun ada desas-desus dan suara yang tidak enak di dengar aku cuba tapis sebelum aku masukkan dalam minda.. Aku harus lebih matang, aku harus izinkan diri untuk berbahagia dan menjalani hidup ini dengan senyuman tanpa putus asa dalam apa jua ujian yang bakal di hadapi.. Allah sentiasa ada & mendengar doa dari hamba-hambaNya.. (: Ujian tanda kasih sayang Allah.. Bertabahlah!

Aku semakin baik dalam mengawal emosi, hati ku telah berbunga cinta padaNya.. Semoga dapat istiqamah demi Allah.. Atas izinNya hati ini semakin redha dengan pelbagai ragam insan yang hadir dalam hidupku, aku didik diri agar aku tidak mengharap balasan untuk setiap kasih sayang yang aku curahkan pada insan-insan yang hadir di hari-hariku.. (: Cukuplah ku niatkan setiap perbuatan mengharap redha & ampunan Tuhan kerana itu lebih mententeramkan perasaan..

DIAM satu-satunya hal yang dapat aku buat, aku tak akan bertanya apa lagi mengharap terlalu tinggi cukup sekadar ini.. Sesuatu yang memerlukan pengertian harus beserta kesabaran usah memaksa tapi ikhlas walau tak berbicara dalam kata tapi ada serta boleh di rasa, dan akhirnya akan ada jawapan yang lebih meyakinkan untuk sebuah persoalan.. Apa saja aku melalut ni, ni la nak jadi sasterawan salah masuk kelas dulu huhu.. Janji bahagia lah yerrr..

p/s:  JUJUR pada hati~ terima seadanya takdir Ilahi, usaha sambil berdoa kemudian berserahlah padaNya.. Pertolongan pasti tiba, sabarlah menanti.. Salam sayang buat kalian..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment