Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 30 April 2012

.. Apa yang telah aku terjumpa,

Assalamualaikum.. intro ni aku nak bagi korang lagu ni..


~Memahami, mengerti dan menjalani penuh sabar dan hati-hati..~

 
21:00 pm
Fuh, layan sungguh aku lagu ni.. Hehe..
Sekadar cuma mengisi ruang ini..

Aku terjumpa sesuatu yang membuat aku berbahagia.. Atas izin Allah aku bertemu dengan hamba Allah ini, dan aku selesa untuk berkongsi banyak hal dengannya.. Makin mengenali makin ingin mengerti.. Namun aku tak meletak sebarang target di atas jalinan ini.. Aku menjalani saja landasan ini, berdoa ia akan kekal ke akhirnya.. Harusnya aku amalkan ikhlas menerima apa sahaja yang terukir di atas takdir.. Syukur alhamdulillah  sehingga hari ini kami dapat saling menjaga antara satu sama lain, semoga Allah redha..
Aku berharap dia dapat menerima hadirku seadanya aku..
Semoga Allah bantu kami agar dapat saling menjaga hati & iman.. Amin..

22:05 pm
Erm, nak kongsi sikit.. Ada 2, 3 kali terserempak dengan sorang ni bertudung labuh.. Sederhana perwatakan, buat aku melihat diriku.. Di hati berkata bertuahnya perempuan ni dia sudah ada ciri-ciri ahli syurga.. Semoga aku juga satu hari akan dapat berhijrah sedemikian untuk menjadi muslimah terbaik di sisiNya.. Amin.. Kemudian akal ku berbicara pada hati, normalnya yang memimpin adalah lelaki dan aku berdoa juga akan hadir insan yang sudi membimbing aku tentang ilmu agama agar dapat jadi hamba Allah yang sesungguhnya.. Sabar dalam penantian, (:

Sudah lewat malam.. Ku akhiri bicaraku dengan sekian..
-TAMAT-


p/s: Jangan terlalai oleh dunia dalam menjaga hubungan denganNya.. Itu tanggungjawab kita kerana selayaknya Allah menerima cinta dari hamba-hambaNya.. Belajar menyayangi kerana Allah.. (: ewah..

('-')/ Nur_hani


No comments:

Post a Comment