Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 25 April 2012

Ulat Juga Akhirnya Bertukar Menjadi Rama-rama

Nah! begitulah kita manusia.. Melalui tahap-tahapnya.. Dari anak kecil yang belajar merangkak, kemudian berjalan,  lalu menjadi dewasa.. Proses kedewasaan ini adalah bila kita melalui banyak pengalaman dalam hidup.. Bila aku imbas kembali aku akhir-akhir ini kurang melalui ujian getir seperti yang sudah-sudah.. Pasti akan ada jua nanti, namun aku berharap Allah beri aku kekuatan untuk apa jua jua ujian yang bakal aku rempuh pada masa depan.. 

10.45 am
Entah mengapa, Allah hadirkan satu-persatu sahabat lelaki dalam hidup aku.. Pada awalnya aku enggan itu berlaku, tapi kuasa Allah aku tak dapat nak sangkal.. Pada masa sama satu-persatu juga menjauh kerana aku sendiri mahu menjaga batasan itu.. Mungkin di sebabkan syarat dalam persahabatan yang aku beri menjadi kunci pemisah kerana mereka tidak dapat menerimanya.. Pada aku persahabatan tak perlukan kata-kata manis, tapi bila bersahabat kita harus jujur dan saling menghormati antara satu dan yang lain.. 

11.00 am
Pasti ada hikmah semua ini.. Entah mengapa saat menaip ini air mata seakan bergenang.. Seusai bicara ini agaknya menenangkan hati ini yang banyak menyimpan kisah sehar-hari.. Erm, baru-baru ni aku balik kampung.. Ayahandaku bertanyakan kiranya aku sudah menemui pengganti hati, aku diam dan sekadar berkata hanya berkawan belum serius.. Ayahanda menyuarakan hasrat hati ingin melihat aku bertemu jodoh sebelum dia tiada.. (Saat menaip ini airmata ku jatuh jua, berderai dalam sedar..) Luluh hatiku mengenang permintaan ayahanda.. Malam itu aku berfikir panjang, hati kecil ini berkata "siapa yang tidak mahu berkeluarga, punya anak-anak, suami dan kehidupan di fasa baru namun aku tak dapat melihat lagi siapa jodohku.." Aku tak berhenti berdoa, sambil tu aku usaha juga.. Namun insan yang hadir pada hari-hari ku semuanya berbeza dengan pencarianku.. Ada yang terlalu mengejar cita, ada yang terlalu muda dan tidak matang.. Masih segar dalam memori, baru beberapa hari berlalu macam semalam ayahanda berbicara padaku.. Aku sedar ayahanda dan bonda bimbang akan usia ku yang semakin meningkat semoga Allah bantu aku untuk tunaikan impian kedua ayahanda dan bonda.. 

11.05 am

Aku dalam penantian, semoga ada tawaran panggilan kerja di mana-mana agar aku dapat bayar baki yuran kolej dan menampung kehidupanku serta berkongsi rezeki dengan ahli keluarga dan semoga dapat beribadah juga dengan rezeki kurniaanNya, insyaallah.. Betul kata orang, makin besar gaji, makin besar juga keperluan.. Semoga Allah cukupkan keperluan kita semua.. Nak kongsi sikit.. Bila berbelanja pernah tak senaraikan 2 benda ni selain keperluan diri? 

1/ untuk ibu ayah

2/ untuk tujuan ibadah

Terkadang malu juga dengan Allah, rezeki melimpah tapi tak reti mahu berkongsi.. Ada ketika terlepas pandang dengan 2 benda ni.. Semoga dapat istiqamah masukkan 2 senarai ni setiap kali keluar gaji, agar lebih berkat rezeki yang diperolehi.. Amin.. (:

11.25 am
Seketika aku menggantikan tugas PA, pengalaman sebegini sukar diperolehi tapi ok lah juga.. Aku rasa dah acapkali aku di beri kepercayaan jadi rasanya ini tanggungjawab yang aku kena pikul sehabis baik.. Tugasnya tak lah berat manapun cuma kerja aku sebenar pulak yang terganggu sedikit, sebab tu lah kekadang tak tercapai target bulanan aku..


11:37 am
Hah, malam ni ada acara untuk merai pesara.. Aku salah seorang petugas di bahagian pentas jadi jawapannya "no excuses".. Malam ni nak pakai : kemeja hijau, slek coklat, n make-up juz nice.. Tak perlu lah "over", aku pun nak "simple" ja.. 

Wah sedar tak sedar berjela pula ayat aku, sambil tu aku nak kongsi lah sikit apa yang berlaku beberapa ketika ini:
1/ Melancong ke labuan melawat sahabat karib.. Merapatkan ukhwah..
2/ Pakcik aku yang kahwin orang labuan tu dah dapat "baby", Alhamdulillah..
3/ Sahabat aku dah buka kedai akhirnya, makin sibuk la nanti.. Semoga jadi orang berjaya yang beriman..
4/ Adik aku juga dah mulakan operasi kedai "cafe" dan "car wash".. Semoga mereka juga jadi insan yang berjaya dan beriman..
5/ Berlima menyewa sebilik.. Jimat sedikit, tapi nampak gayanya bulan 5 nanti berat juga aku nak bayar sewa sendiri.. Macam nak cari tempat mahu pindah ni sebab yang lain tu pun mahu pindah juga..
6/ Abang aku nak kahwin dah, bulan 6 ni.. Nak kena fikir baju lagi, ahai..

Ok, kisah ku terhenti di sini dan jalan yang masih belum habis ku lalui.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Salam sayang buat kalian..

p/s:
Wahai hati tetaplah berpegang teguh dengan pendirian, sekalipun kamu berkemungkinan kehilangan teman.. Allah kan selalu ada, (:

('-')/ Nur_hani


No comments:

Post a Comment