Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 19 July 2013

KiTa WarNai HaRi iTu BersaMa~

Bismillahhirrahmannirrahim~

Assalammualaikum, wbt..


   Astaghfirullah al-azim dah lama benar aku membiarkan blog ini senyap tanpa kisah baru.. Mana tidaknya semenjak sibuk dengan perpindahan dan memasuki bulan ramadhan aku yang kat rumah ni pun sibuk mengurus itu dan ini.. Kesihatan pula sedikit terjejas mungkin masih menyesuaikan diri dengan tempat baru..Sejak awal bulan Julai aku sudah mulakan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa, dan aku akui janggal juga pada awalnya, sudah biasa bekerja lebih kurang 3 tahun.. Masa majlis hari tu sempat juga kawan pejabat buat majlis perpisahan.. Part yang paling sukar ialah memberi ucapan, suara dah beketar-ketar lepas tu boleh pula sebak nak menangis rasanya.. Hadoi, alangkah sedih rasa hati.. Tapi part favourite ialah posing dan dapat hadiah.. Huahua, dorang tau aku dah pindah rumah baru dorang siap buat collection untuk beli hadiah, orang bagi ambil jelah malu-malu lagi.. Syukur alhamdulillah dan terima kasih semuanya..



   Sudah melepasi 10 ramadhan, kini memasuki hari ke 11 seluruh umat islam di dunia menunaikan rukun islam ke 3 ni.. Aku pun macam suri rumah lain, asyik memikir juadah untuk berbuka dan merancang pengisian yang bermenfaat sepanjang ramadhan ni.. Inilah hikmahnya pindah kat sini, dapat juga berpuasa bersama suami tersayang dan menyediakan hidangan bersahur dan berbuka.. Kepada cik suami inilah anugerah buat kita, "SemOga KiTa LeBih poSitiF meWarNai HaRi-haRi yaNg meNdaTanG BersaMa!"~ :)

   Sepatutnya pada entri kali ini aku berkisah tentang trip ke Tawau pada bulan lepas, tapi nampak gayanya aku buat plan B.. Haha, plan B lah sangat, maka dah hampir hilang memori nak cerita pasal trip kat sana.. Hampeh bebenar aku ni.. Alahai Pn. Nurhani, apa dah jadi? :)

Tapi memandangkan aku dah buka cerita, apa kata aku cerita sedikit je lah ye, tentang perjalanan ke Tawau.. Sebenarnya pada hujung bulan  Mei yang lalu aku dan keluarga sebelah suami pergi ke Tawau untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar aku.. Sambil menyelam minum airlah jawabnya kan? Memandangkan kat Tawau terkenal dengan barang dapur macam kuali, senduk, periuk belanga, lesung batu dan apa sahaja lah yang melibatkan dapur dan yang paling extreme harga di sini lebih murah daripada beli di bandar.. Hah kalau dah tak percaya silalah datang sendiri hehe.. Nah, apalagi aku dengan sangat gumbiranya memasang niat untuk shopping.. Huahua, cik suami pun dah bagi green light.. Lagipun semuanya untuk rumah yang bakal kami tinggal bersama juga.. Anyway ada satu moment yang sweet untuk aku kenang iaitu suapan dari cik suami.. Seingat aku sebelah petang lepas majlis akad nikah aku dan suami mencari makanan untuk makan malam, sekurang-kurangnya tak lah kelaparan kat hotel nanti sementara menunggu majlis sebelah malam.. Nak di jadikan cerita, tempat baru jadi aku pun tak pandai nak cari tempat makan.. Bila sebut KFC cik suami pula naik muak, jadinya aku bercadang beli nasi dan ikan sardin plus limau, plus bawang, plus cili padi.. Cik suami lebih setuju menu yang ini, yang penting bukan ayam haha.. Siap jak beli bahan dan nasi bungkus 2 aku dan cik  suami balik ke hotel, dan aku pun buatlah persiapan apa yang patut.. Cik suami ada bawa juga pisau serbaguna jadinya senanglah kerja aku.. Tengah menyiapkan makan tu tangan aku terkena lukalah pula, entah bila kena dah la tu tangan kanan pula macamana nak makan ni? Aku pun tak perasan pasal luka tu, nasiblah dah siap semuanya.. Finally masa nak makan tak ada sudu lah pula, bila pakai sudu hotel mak ai patah lah pula.. Sungguh "sudah jatuh di timpa tangga lagi".. Jadinya memandangkan tangan aku pun sakit, terpaksalah cik suami suapkan isteri dia ni.. Syukurlah cik suami dengan senang hati sudi suapkan isteri dia yang manja sesangat ni, hadoi.. Hikmah jugalah semua tu, merasa juga suapan dari abang sayang aku hehe.. Rasanya itu jaklah kenangan yang menarik untuk aku kenang.. Tapi ada satu hal lagi yang aku teringat, sebelum majlis akad nikah ipar aku tu sempat juga aku minta make-up dengan biras sebab dia offer, ahai.. Mekasihlah sangat ye,walaupun.. hee :)

   Sambung pasal bulan puasa, alhamdulillah sejak pindah tempat baru ni dapat jiran pun cukup bagus.. Masa awal-awal pindah tu aku sempat juga pergi kenduri dorang jadi secara automatiknya aku berkenalan dengan dorang sekeluarga.. Inilah namanya semarak warna keharmonian hehe.. Sejak bulan puasa ni amalan bertukar juadah pun dah jadi kebiasaan, macam tak sangka aku akan dapat alami situasi macamni pada usia muda macamni.. Kalau masa kecil dulu nenek akan buat juadah dan aku jadi tukang hantar kali ni aku belajar buat sendiri walaupun tak lah teror mana yang penting ada usaha kan? Lama-lama nanti mahir lah tu macam masterchef, huahua.. Cute~

  Terkadang terasa sunyi juga, sebab jauh dari keluarga dan yang ada pun kawan-kawan yang masing-masing dah bekeluarga.. Kat sini aku banyak menghabiskan masa di rumah dan sesekali bertegur dengan jiran sebelah menyebelah.. Mengemas rumah sudah menjadi rutin bagi aku dan insyaallah tak berapa lama lagi aku akan sibuk membantu suami dengan bisnes dari rumah.. 

   Namanya pun pulau, cuaca di sini dah confirm lah panas kan? Itu yang bikin aku jarang nak keluar rumah haha, nak jaga warna kulit lah sangat.. Lagi satu, walaupun kawan baik aku ada di sini aku sendiri belum pernah ada kesempatan nak jenguk dia begitu juga dia apalagi sejak dia mengandung ni.. Aku pun tak reti bawa kereta itulah susah juga nak cakap.. Cik suami pula kerja shift, kena tunggu 4 hari baru ada cuti 4 hari.. Tapi cuti 4 hari tu kadang-kadang ada sahaja urusannya.. Ada kawan minta coverlah, customer nak jumpalah, balik kampunglah dan macam-macam hal yang kadang-kadang tak di sangka.. Semoga ada kesempatan ziarah kenalan pada bulan puasa ni harapnya..

Warna-warna baru muncul di sini, walaupun pada asalnya terasa asing aku yakin dapat membiasakan diri..Lagipun aku dan suami berhasrat untuk membina keluarga baru di sini insyaallah dapat 2,3 dah ok rasanya.. Mudah-mudahan Allah kabulkan amin..Sementara itu, kami honeymoon lah dulu jawabnya.. Hehe..

Hari ini nak fikir juadah apa pula erk? Ahai, nasi ayam santek kot.. :)

p/s: Menjaga hubungan baik dengan jiran amalan yang mulia, jadilah jiran yang baik.. Pesan buat diri dan kalian yang sudi melapangkan masa membaca entri ini.. Sekian, wassalam..

('-')/ NUR HANI_in da house



No comments:

Post a Comment