Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Saturday 11 June 2011

Hujan rahmat..

6:24pm
Pagi sabtu, jam5 subuh aku sudah bangun dan bersiap sedia untuk acara penting hari ini.. Jujurnya aku tidak bersemangat untuk memulakan acara hari ini, namun sebaik jam loceng berbunyi aku segera duduk dan menadah tangan memohon diberi kekuatan untuk memulakan hari ini lagi.. Alhamdulillah aku dapat memujuk hati untuk bersiap.. Pemilihan baju warna hitam, tudung kelabu, aksesori pula jam tangan, rantai sempena hadiah hari lahir baru-baru ni, dan cincin.. Aku mengenakan kasut tumit tinggi 3 inici, berwarna putih..  Sedikit bedak, celak mata, gincu merah jambu dan aku telah bersedia.. Penampilan yang meyakinkan aku untuk memulakan hari.. Tepat jam6:30 seperti yang di janjikan aku menunggu di ruang tamu sebelum di jemput menghadiri majlis pagi ini..

Lebih kurang jam7, persiapan saat akhir masih dilakukan aku turut sama membantu.. Acar bermula pada jam10 lebih kurang, maklum sahaja menanti ketibaan VVIP..

Hujan lebat di luar, tapi aku tak menyedari maklum sahaja dalam dewan.. Namun cuaca itu langsung tidak menjadi halangan untuk meneruskan majlis.. Tugasku sebagai urusetia hadiah dan penyambut tetamu tidaklah terlalu berat dan tidak ada pula yang terlalu menarik sepanjang acara tersebut.. Semua sama seperti acara lain, ada perasmian, ucapan, persembahan dan makan serta penyampaian cenderamata. Tapi yang utama info tentang 1 Malaysia dan sedikit pesanan buat setiap anggota berhubung tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat.. 3 perkara yang melekat di minda ku Informasi, Interaktif, dan Inovatif.

Aku sempat mengambil gambar dan beramah mesra dengan kenalan baru, suasana agak meriah dengan kehadiran jemputan yang memenuhi ruang lobi dan dewan Hotel Promenade.. Hari ini Mr. H kelihatan serius, aku pula yang rasa janggal agaknya dia marah kat aku.. Tapi untuk apa kalau, mhm.. Apapun aku harap ini tidak akan berlanjutan tak tahu dari mana mahu mulakan.. Ya Allah, tak mahu bermusuh..

Alhamdulillah, acara berjalan lancar dan semua orang kenyang perut dan senang hati..

7:00pm
Aku tiba di rumah hampir jam2 petang.. Penat berehat seketika dan kemudian aku cuba melelapkan mata.. Lewat petang aku bawa adik pergi bandar, nak beli barang dapur dan lain-lain.. Sempat pula aku di khabarkan ada kawan serumah yang berderita hal rumah di FB.. Tak ke aib tu cerita hal kat rumah kat orang lain secara langsung si FB plak tu, tak faham nak marah bukan budak lagi.. Ada otak fikirlah.. Agaknya betul kata sasterawan negara, anak muda sekarang kurang mengenali bahasa indah kerana itu kurang adab sopannya..

Pasa masa sama tengah menunggu bus, aku dan fikiran merayau-rayau.. Ya Allah bantu aku untuk tenang melalui hari ku.. Hanya itu mampu ku bicara kepada hati dalam rasa gundah-gulana..

Jam4 petang, suasana di "shopping mall" sangat ramai dan padat.. Aku singgah si "cyber cafe" untuk update blog dan FB.. Sambil tu layan lagu kat youtube.. Tenagh seronok sunyi-sunyi buat bising pula budak-budak di sini, mhm.. "keep do my job".. k, tu jak lah perkongsian hari ini. Hingga bertemu lagi.. InsyaAllah isnin nanti..

('-')/ nur_hani

No comments:

Post a Comment