Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 29 June 2011

Gelabah, kenapa?

12:43 pm
Suasana pejabat huru hara seketika.. Pemeriksaan fail meja, kebetulan Mr. H jadi pemeriksa dan aku pulak yang gelabah.. Kenapa gelabah ni? Aku mengelak lagi, dan senyuman gagal aku pamerkan, dia tanya pun aku tak pandang muka.. Salahkah aku? dia nampak serius menyemak, dan aku tak berminat nak ambil tahu.. Hari ni dia kelihatan segak, baju taris merah dengan rambut belah tepi dan senyuman "extra sweet", opss.. Astaghfirullahalazim.. Tapi pastinya aku tak tersenarai dalam perhatianya maklum sahaja berdepan dengan banyak fail meja yang perlu di semak, jadi cikgu lah nampaknya.. begitu gelak hati ku.. hehe

1:10 pm
Alhamdulillah, merasa juga aku nasi ayam air tangan kak N.. Syukur alhamdulillah, dengan izinNya aku dapat menikmati hidangan tengahari yang meriah ni.. Mr. H pun sempat merasa menu hidangan sambil menyemak fail meja yang berselerakan.. Aku memang tak boleh pandang dia owh..

Beberapa bulan sebelum aku tamat kontrak, dan aku begitu sibuk memikir apa "next plan" yang samar-samar ni.. Maklum sahaja masa terlalu pantas berlalu, tanpa sedar sudah di bulan jun dan bakal menyusul julai.. ramadhan menanti untuk menghadirkan malam yang lebih damai, di ikuti dengan hari raya yang bakal di rai.. Solo lagi, mana agaknya bakal suami ku tika ini? ('-')/ hehe

Berita gembira ingin ku kongsi, adik aku dapat kerja, sambil belajar.. mudah2an jadual kerja dan belajar dapat dia bahagikan dengan baik dan moga Allah permudahkan.. Pada masa sama dapat lah menampung belanja dia smentara menunggu PTPTN.. moga dia sukses hendaknya, tak pernah lupa mendoa kejayaannya..

Aku melihat diri ku di cermin dan tersenyum.. Akhirnya awan hitam itu berlalu, begitulah kata ku pada diri.. Erm, keyakinan ku bahawa kesabaran ubat mujarab walau pahit tapi ia bermenfaat.. Aku yang dahulu takut berdepan dengan hari-hari kini semakin ceria dan positif dalam melalui satu hari ke satu hari berikutnya.. Alhamdulillah, cinta ku pada Allah seakan bertambah, dan ada ketika ujian sudah begitu biasa pada mata ku.. Hanya saja apabila melibatkan keluarga, hati ini terusik jua hingga kadang menitis juga permata berderai.. Bila hati hancur luluh saat itulah insan dapat melahirkan kesungguhan dalam DOA, kerana itulah bukti lemahnya kita tanpa Dia.. AllahMaha Kuasa..

2:00pm
Nak mulai waktu kerja semula, pening lah pulak.. Fikir hal rumah boleh buat serabut, macam-macam hal dan rakan serumah akan berkurang.. Semalam sempat lah makan-makan sedikit dan melayan jiwnag sebentar di pantai Tanjung Aru sempena hari-hari akhir member serumah tu kat sini.. Ramai juga orang semalam, ada berdua dan sekumpulan pun ada, lepak-lepak hirup angin pantai pastu balik..

Cakap sal rumah, terasa nak pindah pun ada tapi tak tahulah fikir panjang dulu terlalu banyak yang mengganggu ruang fikir macam berat berkati-kati.. Sabar nur hani, separuh dari iman tu..

Menanti panggilan temuduga, belum sedia apa-apa.. Apakah yang patutnya aku sediakan?
-pengalaman kerja?
-isu semasa?
-pekeliling?
-wht else?

2:22 pm
Sunyi semacam, dengar bunyi keyboard n mouse jak dan radio yang tak berhenti melalak.. bla bla bla.. ngantuk pulak.. betul orang kata mulut ni 1 sebab kalau dua takut tak reti diam nak bercakap jak, lagipun salah dalam bicara boleh mengundang padah.. "So be carefull with your words".. 

3:02 pm
KERJA.. ikhlas kah kita? buat "extra job" tapi "payment" sama saja, tapi tanpa sedar kita sebenarnya dapat "extra mark" tuk pahala insyaAllah.. Tapi yang utama kena telus, tepuk dada tanya iman.. Sikit lagi nak siap, "fighting!"..

p/s: "Bila perlu bicaralah, jika tidak sebaiknya DIAM.."

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment