Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Thursday 9 June 2011

Kebetulan yang menyenangkan..

9:00am
Suasana pejabat ceria hari ini, aku pun sama.. Hari ini khamis dan merupakan hari batik bagi jabatan kerajaan.. Dan aku memilih biru sebagai warna pilihan, malah bukan aku seorang sahaja ada juga beberapa orang rakan dan bos-bos serta pengarah pun turut sama mengenakan warna biru nampak meyakinkan.. "Feel GOOD!".. Satu lagi kebetulan, sedang ceria ada pula rakan sekerja nak "spend" makan.. ewah, hari yang baik rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari.. Dia ajak makan lepas habis waktu bekerja tapi bukan berdua malah kami bertiga.. Hehe, rasanya sempena TL yang telah lepas, haha janji mesti di kota.. Aku tak minta tapi dia yang janji, hehe rasa bersalah kot, apapun "happy" lah.. 

Ops.. ada pulak tiba-tiba Mr. H hari ni..Lama tak nampak, mhm entah kenapa kalau nampak dia aku susah nak senyum dia tak pernah sakiti hati aku cuma agaknya dek kerana geram dengan tingkahnya dulu masa pertama kali masuk ke pejabat dia bersikap agak kasar tu yang bikin aku geram.. Tapi, aku tak patut buat begitu, cuma minda aku telah di set setiap kali jumpa dia aku memang tak boleh senyum, terus wajah serius.. Padahal pernah juga Mr. H 2, 3 kali senyum masa kami terserempak di mana-mana majlis atau acara yang di anjurkan oleh jabatan cuma aku pula buat tak tahu.. Maaf Mr. H, harap-harap benda ni tak berlanjutan..

Semalam aku sempat titipkan beberapa kata-kata dari teman dan sedikit berkisar kisah dan pengalaman.. Moga dapat aku pegang sebagai pedoman.. :

Nilaian Allah pada Hati bukan pada Wajah..

JANGAN fikir apa yang terjadi pada silam kamu,
Tapi
 Fikir apa yang kamu ingin jadi pada masa depan kamu..

"Merebut kebahagiaan dengan Dendam 1 Kerugian, 
Tapi 
Menanti Kebahagiaan dengan Kesabaran 1 Keuntungan"

2:43pm
Riuh rendah bila sahut menyahut suara mendendang lagu anuar zain yang sedang berkumandang di corong radio yang nun di sudut.. Layan.. hehe, aku yang sibuk menaip sempat ketawa kecil melihat tingkah mereka.. Beberapa jam lagi sebelum pulang ada pula ni pengumuman khas, ada acara di hotel promenade sabtu ni bersama menteri.. Terus otak ini berfikir nak pakai baju apa? Pada masa sama membuat aku dilema lagi ada majlis "uncle J" juga.. Ya Allah, berikan aku petunjuk.. Mahu sangat hadiri majlis kahwin "uncle J" nanti ambil hati pula keluarga.. Antara nak jaga hati bos dengan keluaraga, tersepit di antara 2..

3:45pm
Berakhir dulu diari hari ini, hingga bertemu lagi esok hari.. Sekejap lagi makan "free" kawan "spend", menanti setengah jam lagi.. 

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment