Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Sunday 12 June 2011

Pengisisan Hari Ahad ku..

6:50am
Bangun agak awal, walaupun tubuh kepenatan.. Aku cuba memulakan hari dengan senyuman lalu menyusun jadual aktiviti pagi ini:

7:00am\ cuci kain..
7:30am\ sarapan pagi..
8:30am\ jemur kain..
9:00am\ menonton televisyen..

Selepas semuanya terlaksana seperti yang di rancang aku memilih untuk berehat, penat yang amat menyebabkan aku yang jarang tidur petang terdorong untuk tidur.. Lebih kurang jam1 petang aku menerima mesej dari "my bestfriend".. Aku menerima ajakan untuk keluar "jogging".. Aku sangat teruja dan terus setuju, temujanji kami pada jam4 petang dan aku tak sabar menanti..

4:05pm
Aku sudah bersiap, dan kami kemudian bertolak  ke Taman Rimba Tropika berhampiran Jabatan Pertanian.. Kami bertiga termasuk adik kesayanganku begitu teruja untuk ber"jogging".. Suasana agak meriah, ada yang datang sendiri, dengan pasangan, tak ketinggalan yang datang seisi keluarga.. Sebaik meletakkan kereta kami bersedia memulakan aktiviti riadah dengan berjalan kaki kemudian lari anak seterusnya "jogging" mengikut rentak sendiri, kami saling kejar mengejar..

Sesekali berjalan kaki menhayati sekeliling aku dapat melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti termasuk tai chi, bermain badminton, ayunan, jongkang jongkit dan senam robik.. Yang paling menarik perhatian aku bila ada bapa-bapa yang mendukung anak mereka di atas bahu membuat aku sedikit cemburu.. Tapi aku tumpang bahagia melihat situasi begitu.. Hati ku berdetik mudah-mudahan aku juga bisa membina keluarga sihat dan bahagia.. amin..

Tanpa sedar aku telah berjaya membuat 6 pusingan, dan kami kemudian berehat seketika di tangga menghadap ke jalan raya.. Kami sempat bertukar cerita tentang perkembangan masing-masing dan saling bertukar pendapat.. Aku lega "my bestfriend" sudi berkongsi kisahnya dan aku harap aku telah memberi nasihat yang berguna..

Selesai berehat aku sempat bermain 1,2 cus di tangga dengan adik kesayanganku.. Akhir sekali kami berangkat ke Grace Point untuk minum petang sambil bersembang.. Macam-macam gelagat manusia, yang paling aku tak selesa ada pula "uncle" yang bawa anjing ke taman padahal sudah ada papan tanda larangan membawa binatang peliharaan terutama anjing.. Hairan, tak nampak atau buat-buat tak nampak?

Lebih kurang jam6 lebih kami berangkat pulang.. Badan rasa segar, berehat sebentar kemudian mandi.. Otak sudah ligat memikir mahu saterika baju, kemas barang dan nak menonton AF9 konsert final..

9:00pm
Masing-masing (rakan serumah) mencari tempat duduk, masa untuk menonton konsert.. Aku banyak berdiam dari bicara.. Hanya menyampuk bila "ngam" tajuk.. 

Persembahan yang paling di ingati persembahan Nera, Hazama dan Fina.. Yang lain tak nak komenlah.. Hazama menang dan sesuailah sebab dia paling ok "last night".. Tahniah, moga tak lupa diri..

12:00pm
Aku mensaterika baju untuk seminggu, tenaga sedikit "low" tapi masih segar.. Sebaik selesai, barulah aku boleh tidur.. berakhir sudah ahad ini, sehingga jumpa lagi.. Assalammualaikum..

p/s untuk diri:
Selalulah melakukan "kebaikan sebagai satu tanggungjawab"  yang harus di ikuti dengan keikhlasan beserta kesabaran, dan JANGAN pula menganggap ianya sebagai 1 BEBAN! ingat, Tuhan yang membuat penilaian pada setiap perbuatan.. 

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment