Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Friday 10 June 2011

Kesyukuran dalam Sebuah Kedamaian..

9:15am
Jumaat, hari ini hitam dan kelabu menjadi pilihanku.. warna yang sedikit kelam-kabut tapi masih memberi keselesaan.. Alhamdulillah, hari ini aku di hantar ke pejabat oleh mama.. Kebetulan mama hantar pak cik ke "airport" pagi ni jadi singgah lah sebentar mama jumpa anak manja dia ni.. Hehe.. Nama jak kaka tapi manja.. Itulah aku, suka di manja, tapi hakikatnya aku sering berdikari..

Semalaman aku memikir dilema akhirnya aku memilih jawapannya.. Semoga tiada pihak yang berkecil hati.. Hari ini aku menangis dari hati yang terdalam, bukan kerana amarah bukan pula benci tapi kerana kesyukuran kepadaNya atas segala kedamaian yang aku bisa rasakan di hari-hari ku.. Jumaat ini benar-benar ku kesyukuran.. Itulah perasaan yang membuat aku merasa kerdil dan lemahnya diri tanpa kasih sayangNya.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan aku tidak layak sesaat pun melupakan Dia yang sentiasa ada dan Maha Melihat hamba-hambanya.. Sehingga tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatianNya.. Allah Maha Hebat..

Kitaran hidup, ada fasa-fasa yang perlu kita lalui sebelum memperoleh kejayaan.. Seharusnya kita tidak mempersiakan tiap kesempatan, namun ada ketika kita merasa selesa hingga terlepas pandang beberapa hal tapi selagi punya akal gunakanlah ia untuk keluar dari apa jua permasalahan..

11:09am
Syukur dah gaji.. Gembira.. Pada masa sama banyak hal yang menunggu untuk diselesaikan.. Semoga segala yang dipelan dapat di laksana dengan jaya.. amin.. Kejap lagi aku nak keluar makan dan beli barang kat CP..

3:05pm
Tadi ada perbincangan urusetia untuk acara esok.. Aku sangatlah teruja tapi gementar maklumlah acara tu melibatkan menteri-menteri.. Mudah-mudahan berjalan lancar, amin.. Tugasan nampak mudah, tapi protokol tu yang utama.. Aku pilih baju simple jak janji "nice" hehe.. Okay, "be ready!"..

Memikir hadiah untuk "my dad", maklum sahaja hari bapa.. Rindu kat bapa, tadi telefon dia lepas juga rindu.. Sempat juga menerima pesanan dari bapa, tiba-tiba terharu apa pun mudah-mudahan bapa sihat-sihat saja.. Mama pun, rindu nak peluk mereka, sayang kamu cinta hati ku..

"Jika persoalan serasa menyakitkan, nantikan jawapannya dalam kesabaran (kelegaan)"..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment