Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Wednesday 8 June 2011

Pagi ini dan seisinya..

7:20am
Alhamdulillah.. Hari ini suasana pagi mendung, tapi langsung tidak menjejaskan keceriaan di wajah ku seperti cerianya baju pilihanku iaitu kurung merah jambu yang buat diri rasa ayu.. Masih dapat menghirup udara yang segar di bumi bertuah..

Permulaan yang baik untuk hari rabu, dan kebetulan ada pasar tamu berhampiran tempat kerja.. Aku singgah di pasar tamu sebelum ke tempat kerja dan sempat membeli ayam segar, ubi jepun dan makanan untuk sarapan pagi (nasi lemak dan kuih-muih).. Mulanya nak makan bubur ayam, tapi abang "cute" tak jual plak hari ni.. atau mungkin aku terlalu awal..

sampai pejabat perkara wajib yang aku lakukan :

* hidupkan suis komputer, buka facebook dan blog kemudian "update my new acc.."
* sarapan pagi dan kemudian mulakan tugasan.. KERJA..

9:05am
Suasana pejabat agak biasa, namun ada beberapa perkara luar biasa.. Bos yang tak pernah marah buat pertama kali ku lihat tingkahnya yang berbeza dari biasa dan sedikit mengejutkan.. Tapi pada aku, dia manusia biasa ada ketika batas kesabaran itu tergugat.. Pada masa sama ada rakan sekerja yang sedang gementar menanti ujian memandu hari ini.. Sempat juga beberapa rakan sekerja memberi galakan dan nasihat, moga semua selamat dan semoga lulus hendaknya.. amin..

11:59am
Lalala, suasana ofis sunyi semacam rupanya ramai yang teda.. Tapi bos-bos sibuk ke hulu ke hilir.. Aku, "steady", "rest" jap.. Penat plak mata ni, asyik menghadap nombor dari tadi.. Lagu-lagu kat radio S wat aku nak tido lah pulak.. Ingat Tuhan nampak jangan curi tulang, itulah pesan yang memotivasi aku.. Pada masa sama tengah fikir menu tuk tengahari.. Nak makan apa erk? Maggi kot, atau tapau kat bawah.. Masih berfikir, tiba-tiba aku terdiam!*#$% Mhm, hati ku seketika rawan, mengenang betapa beruntungnya aku.. Kenapa? Kerana aku masih boleh membuat pilihan untuk di makan sedang ada di luar sana yang tiada langsung bekalan makanan apatah lagi pilihan.. Subhannallah, moga aku selalu jadi orang yang sederhana dalam semua hal, amin..

3:37pm
Cuaca luar panas, tapi kat pejabat sejuk yang amat, beberpa minit sebelum pulang suasana lengang.. Apapun syukur dapat laksana tugas dengan jayanya walaupun ada masa "sistem down.." Mudah-mudahan pekerjaan hari ini di kira sebagai ibadah di sisi Allah.. Amin,

Salam..

[Cermin diri ialah pada akhlak dan peribadi, moga dapat memeliharanya]
('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment