Powered By Blogger
Half Purple and Blue Butterfly

Monday 13 June 2011

Cari tenang dalam kekalutan..

5:45am
Bismillahirrahmanirahim.. Pagi ini aku agak kelam-kabut.. Selalunya aku akan bangun awal untuk menyediakan sarapan dan memulakan hari dengan ketenangan yang lagsung tidak mengejar masa.. hari ini aku terpaksa mengejar masa.. Syukur aku masih boleh memujuk tubuh untuk menggerakkan tiap anggota untuk pergi bekerja..

7:25am
Aku tiba di pejabat, terasa penat dan lemas anggota.. Kurang tidur agaknya, aku membawa mata tidur dalam 5minit.. Alhamdulillah aku dapat menyegarkan pagi ku.. Semangat pulih semula, dan kekusutan jadi lega dalam kedamaian.. Kemudian aku mencari-cari sarapan, Asia City jadi pilihan bersama teman..

8:00am
Tugas bermula, aku memasang fokus.. Cuba positif dan terus senyum untuk membangkit motivasi dan "energy".. 

1:15pm
"Lunch McD", kawan sekerja belanja.. Alhamdulillah moga murah rezekinya.. Rehat, solat dan bertugas semula..

Terima mesej dari adik, perlukan pertolongan.. Aku cuba membantu sedayaku, maklum sahaja "student" jadi aku fahamlah situasinya kerana aku pernah melaluinya..

3:00pm
balik kerja nanti nak "jogging".. Harap aku kuat untuk melaksanakannya.. Mahu menjalani hidup yang sihat.. =)

p/s untuk diri:
Hati akan tenang kalau dapat membantu orang lain keluar dari permasalahan.. InsyaAllah..

('-')/nur_hani

No comments:

Post a Comment